Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, March 25, 2011

Takyahla Sampai Nak Bunuh Diri Ye....



Assalam.. korang baca tak surat kabo arini ada perempuan kat kelate nak bunuh diri terjun dari tingkat 3 bangunan pusat membeli belah kat kelantan. Bila disiasat perempuan berusia 20 tahun tersebut menghadapi tekanan akibat masalah cinta. Mungkin disebabkan kekasihnye curang, cintanya tak berbalas or mungkin jugak keluarga tak merestui cintanya wallahualam...

Pepun tindakan perempuan tersebut adalah tak wajar sama sekali. Mmg aku akui putus cinta dengan pasangan adalah penyakit yang paling dasyat. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Banyak kes perceraian, putus cinta, cinta beralih arah adalah bukti cinta sesama manusia adalah tidak sejati. Cinta sejati adalah cinta kepada yang hakiki.

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan tenang dan positif. Memanglah pada mulanya susah nak menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.

So kesimpulannya.. teruskanlah hidup walaupun kita dikecewakan. Janganlah beriye sgt mengharapkan cinta sesama manusia kerana ianya tidak membawa ke syurga. kerana cinta kepada Allah dan Rasulullah yang akan membahagiakan kita. Itu yang perlu kite pegang jika kita menghadapi tekanan putus cinta. Insyalllah semuanya akan sukses so takyahla sampai nak bunuh diri ye.....



Post yang berkaitan sila usya:

http://aboypunye.blogspot.com/2010/10/biarlah-aku-mati-kerana-kecewa-dalam.html

No comments:

Post a Comment