Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Pekerja!



Salam Hi korang!

Besok 1 Mei kan? di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat hari pekerje! Aku doakan agar korang (termasuk aku)akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik pada masa akan datang. Semoga kerja kita dapat menjadi amalan kebajikan dan rezeki yang datang daripada kerja kita mendapat keberkatan Allah Insyallah.... Selamat Hari Pekerja Korang!!!

Firman Allah:



Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Etika Kerja Dalam Islam

1)Bekerja dengan mengabdikan diri kepada Allah.
2)Bekerja dengan ikhlas dan amanah
3)Bekerja dengan tekun dan cekap
4)Bekerja dengan semangat bergotong-royong dan berpadu fikiran
5)Bekerja dengan matlamat kebahagian manusia sejagat







Pengsan Akibat Bau Kaki Di Kasut...

Salam Korang..

Semoga hari nie korang hepi2 hendaknya la ye, pada sesiape yang tak hepi mungkin aksi2 kat gegambo nie leh membantu he..he.. check it out!!!! he..he.











P/s: Orang yang menjaga kebersihan akan disayangi oleh Allah...

Thursday, April 29, 2010

Kete Perodua Yang Korang Mesti Tak Pernah Tgk...

Salam...

Hi korang.. cube korang usya gambo kete2 Perodua nie yang telah di`modified' dan tak dapat dipastikan oleh aku sape yang `modified' samaada pihak perodua atau orang persendirian..tapi rasenye prototype Perodua kot. Tak dapat dipastikan bile gambo ini diambil tapi mmg agak menarik!











Angsa Terkena Tusukan Panah Pandai Plak Cari Doktor

Salam Hi Korang!

Aku tertarik dengan entry kat kosmo online harinie jom usya.....


GAMBAR menunjukkan seekor angsa yang tertusuk sebatang anak panah dekat Kettlecreek di Sungai Toms, New Jersey pada minggu lalu.

NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seekor angsa hinggap di sebuah laman seorang doktor dekat Kettlecreek di Sungai Toms, di sini dengan sebatang panah pemburu sepanjang 66 sentimeter yang tertusuk di badannya.
Seorang pesara doktor haiwan, Bernard Levine, 82, telah membantu menangkap angsa tersebut sebelum melakukan pembedahan dengan mengeluarkan anak panak dan beberapa peluru penabur serta memindahkannya ke pusat pemulihan burung terbesar negeri itu.
"Angsa ini sangat bijak. Ia singgah di laman seorang veterinar yang boleh membantu menyelamatkan dan menjaganya," kata Dr. Levine.
Setelah ia pulih daripada kecederaan di pusat pemulihan berkenaan, angsa tersebut dilepaskan ke sebuah terusan pada minggu lepas. - AP

P/s: Ajal dan Maut Ketentuan Allah!

Tuesday, April 27, 2010

Korang Carilah Bengkel Lain.....

Salam....

Hi korang! pekabo.... tghari semalam aku selamat servis pak itam aku. Semenjak pak itam aku kene sondol aritu inilah kali pertama aku anto servis. Sebenarnye kalinie aku bukan nak citer pasal tempat servis pak itam aku, tapi bengkel yang merepair pak itam aku mase kene sondol haritu. Bengkel tue direkemen oleh seorang mamat nie yg kerjenye mendapat komisen dengan merekemen bengkel2 yang `kautim' dengan die. Aku kenai mamat nie mase wat report kat ibupejabat polis trafik Kuala Lumpur (wakil2 bengkel mmg banyak cari komisen kat situ). Mamat nie cakap bengkel yg die rekemen nie mmg tiptop n leh buat ngan cepat. Mamat nie bagitau gak segala urusan report,claim insurans akan diuruskan dan kete akan leh kuar bile dah siap walaupun masetue urusan claim tak settle lagi. Aku tanye lagi kat mamat tue camne barang2 yg rosak nanti die ganti yang `ori' tak? mamat tue cakap kete yg bawah 5 tahun mmg akan dapat barang yg ori. So dengan tawaran2 yg menarik dari mamat tue aku pun setujula untuk menghantar pak itam aku kat bengkel yang direkeman kan iaitu:

KRISTAL KUKUH AUTO & SERVICE, NO 1, JALAN PINGGIRAN SATU, PINGGIRAN UKAY, JALAN HULU KLANG, 68OOO AMPANG, SELANGOR (SEBELAH SHELL),

Kete aku di anto kat bengkel tue lebih kurang seminggu. Bile tiba masenye kete aku dah siap untuk diambil, aku pun pi la kat opisnye yang berdekatan dengan bengkel, sesampai je aku ngan org umah kat opisnye kelibat pak itam tak nampak pun. Aku ngan org umah naik ke opis dan diminta untuk sign borang claim insurans walaupun masetue aku tak tgk pun pak itam aku. Aku tanye bdk opis tue kalau dah siap2 sign tapi kete tak ok camne? die kate dalam mase 2 bulan x ok leh anto balik..Aku tanye lagi mane kete aku diletakkan sebab aku tak nampak pun pak itam sejak sampai tadi. So die call pekerje yg sepatutnye bawak pak itam aku ke opis, rupenye pekerje tue singgah gudang amik barang per tah. Ape dieorang ingat pak itam aku tue kete kompeni ke??So lepas sign, agak lame gak aku ngan org umah tggu sebab ada salinan dokumen utk aku tak sampai2 dari bengkel. Aku ngan org umah mmg dah hangin dah mase tue. yang menambahkan hangin aku bile time aku tgk pak itam ader beberapa part yang tak sedap mate memandang. Aku pun komplen kat situ gak dan org kat opis tue suruh aku anto kat bengkel utk direpair. Pas pergi bengkel yerorang kate nanti yerorang akan order barang dan setelah deal hari sabtu pepagi yer suruh aku datang. So bile tibe masenye hari sabtu pepagi bute aku dah sampai. dengan harapan leh la yerorang settle kan haritue, rupe2nye mamat yang jage barang nie tak order pun barang yang die janji nak order. Last sekali die suruh aku listkan ape yg aku nak komplen dan nanti suruh aku tinggalkan pak itam lagi. So Lai sekali aku terpakse tinggekan Pak Itam aku.

Tak dinafikan bengkel nie akan terime komplen kite dan membetulkannye tapi hasilnye...hanye tuhan je yang tahu betape sakitnye hati aku dan betape nyesalnye aku anto pak itam kat bengkel tue. Hasil kerja dah la cincai, otak tau nak belit je. Bumper n pintu bonet cakap nak bagi yang`ori' hampeh berlake. Aku dah banyak kali mintak tuko tapi kaki belit tue tetap ckp yg yer pasang tue ori, pekerje-pekerje kat sane plak kebanyakannye pekerje asing yang wat kerje asal boleh je. So akhir sekali aku dah malas dah nak layan sebab dah malas nak tinggalkan pak itam aku kat bengkel yerorang coz nanti tah ape2 tah yerorg kerjekan pak itam aku. So aku nasihatkan korang kalau mengalami kemalangan ke.. kete rosak ke.. carilah bengkel lain ye supaya korang tak sakit hati cam aku. Terus terang aku katekan aku mmg nyesal berurusan dengan bengkel tuttttttt.......

p/s: Sila buat reminder kat hp or buku catatan korang agar tak terhantar kete ksygn korang kat bengkel tutttttttt... bile kete korang terlibat kemalangan or kerosakan. Itupun kalau korang taknak nyesal cam aku.

Aku ade sertakan gambo2 hasil kerje kreatif dan inovatif bengkel tutttt...... mase aku memule amik pak itam.


Suke2 yerorang je nak cucuk skru camtu


Sakit tui mate aku memandang (Setelah dikomplen yerorang tuko la cover yang baru tanpe skru tapi aku masih tak puas ati sebab cover tue tak berape fixed)


`Daun pisang' yang dah koyak pun yer leh gune balik, nak belit la tue (Setelah dikomplen, yerorang telah gantikan yang baru)




Cat yang Cacat! (setelah dikomplen yerorang sembur balik, tapi tak taula berape lame leh tahan)


Sambungan bumper yang asal boleh je ( Setelah dikomplen, dan telah dibetulkan nampak ok sket (bolehla daripada mula2))


Jarak antara bumbung n pintu bonet terlalu banyak, macammana yerorang ukur pun aku tak tau (Setelah dikomplen, yerorang masukkan kedalam cket)




Kalau korang perhatikan pemancut air utk wiper belakang tak center, ini berpunce daripada pemasangan spoiler yang tak diukur bebetui. Asal boleh je!


Utk pengetahuan korang yang sampai sekarang aku tak repair sebab yerorang suruh tinggal sebab yerorang nak tebuk lubang baru. (aku malas nak suruh yerorang tebuk2 lagi)


Aku baru perasan bebaru nie lubang kat bahagian tayo spare dibiarkan tak bertutup.


Aku baru order dengan perodua(belum dpt lai) sebab aku malas nak berurusan dengan bengkel tutt... lai.

Monday, April 26, 2010

Tanda Aku Menyokong Projek I Am Malaysian!



Salam.. hi korang!

Alhamdulilah, Syukur kerana seorang rakyat Malaysia yang bersemangat waja telah selamat memulakan pengembaraan solo yang akan melalui 27 buah negara melalui projek `I Am Malaysian' yang dijangka memakan masa selama 4 bulan. Flag Off yang dilakukan oleh Awie diadakan di Sri Pentas pada 24.04.2010 pada kui lebih kurang 9.40 pagi telah diadakan dengan jayanya. Awie turut ada disitu sebab nak promosikan konsertnye. Aku dengan semangat yang berkobar2 telah hadir ke Sri Pentas di Bandar Utama untuk sama2 mengikuti upacara pelepasan Pengembaraan Solo si Hadi sambil berkonvoi mengiringi beliau hingga ke tol Sg. Buloh. Harinie(26.04.2010) kalau mengikut perancangan pengembaraan si Hadi akan bermula di Surat Thani hingga Ke Bangkok yang melalui jarak perjalanan 700KM. Semoga beliau akan dapat meneruskan pengembaraan dengan semangat yang membara walaupun aku difahamkan projek nie tak mendapat tajaan daripada mana2 pihak termasuk pembuat motosikal sendiri iaitu Modenas! (sila komen/betulkn kalau aku salah) Cheeeeet!!! apa nie Modenas?? jgnla taik idung masin sangat nak menaja projek2 camni. malu la wei.. patutnye mase2 camni la ngko nak menjual nama ngko. ke ngko tak yakin akan kelasakan moto keluaran ngko? ataupun ngko tak yakin projek nie akan berjaye?. Masetue pun aku takde la nampak batang idung org2 kuat kerajaan untuk bersama2 mengikuti program yang bagi aku leh mengharumkan nama negara nie. (agaknye sibuk pasal pilihan raya kat Hulu Selangor kot). Lai satu aku nak komen pasal pihak pengurusan kat Sri Pentas tue. Alahai sediakan la makanan cket(Nasi lemak sorang sebungkus pun takpe) untuk program2 camni. aku cakap camtu bukan geram sebab aku tak dapat makan tapi kesian kat si Hadi nie memulakan pengembaraan dengan perut yang lapo. Aku sendiri dengo pengakuan yang si Hadi nie lapo sambil memegang perut sebelum memulakan perjalanan di tol Sg. Buloh. Aku harap dimasa2 mendatang, pihak2 yang bersangkutan jgnla sibuk nak menaja program2 yang berbentuk hiburan je tapi bile program yang patriotik nie seolah2 dipandang enteng je. Jgn nanti bile projek dah berjaye baru terhegeh2 nak jaja nama.mmmm takpela....yang penting si Hadi nie dapat meneruskan misinya dan aku doakan agar beliau akan selamat pergi dan balik. Go..Go Chaiyok Hadi! Malaysia Boleh!


Aku yang paling awal datang pagi tue (semangat tak ingat punye) he..he..


Antara yang terawal datang.


Menunggu sebelum dibenarkan masuk di perkarangan Sri Pentas



Sri Pentas...

Moto2 yang akan mengiringi semasa Flag Off.








Ready utk On The Air!





Moto yang diberikan nama `Lil G' oleh Hadi


Antara barang2 yang dibawa untuk mengembara





Hadi Thumb up!


No Enjin `Lil G'


Jalur Gemilang yang akan bersama Hadi sepanjang pengembaraannya


Doa Selamat Sebelum Flag Off


Mereka sekeluarga antara yang semangat menyokong!

Berhenti di selepas tol Sg. Buloh untuk bersalaman n bergambar





moto2 yang sama spesis dengan moto Hadi iaitu GT 128


Blinky!


Gambo hadi sempat dirakam oleh aku ketika hendak memulakan pengembaraan solonye dari Plaza Tol Sg buloh. Semoge Sukses!

P/s: Hadi menyimpan hasrat untuk tidak membasuh motonye sepanjang misi pengembaraannya (untuk mengumpul koleksi debu2 dari setiap negara yang dilawati katenye he..he..)