Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, December 23, 2010

Tentang Hati

Assalam...

Sesaje nak kongsi ngan korang.. check it out!!



Click kat gambo utk besarkan gambo

Friday, December 17, 2010

Misi Hadi Yang Tercapai



As salam...

korang ingat tak post aku yang dulu pasal misi seorang rakyat Malaysia yang berhati kering untuk mengembara lebih daripada 20 buah negara dengan mengunakan motosikal berkapasiti kecik untuk mengibarkan jalur gemilang sekaligus membuktikan semangat Malaysia Boleh. Kalau korang belum bace post aku yang terdahulu leh usya http://aboypunye.blogspot.com/2010/04/aku-doakan-ko-berjaya-hadi-si-hati.html dan http://aboypunye.blogspot.com/2010/04/tanda-aku-menyokong-projek-i-am.html.

Alhamdulilah...Misinya untuk menjejakkan kakinya dengan bermotosikal di London telah tercapai pada 24 Oktober 2010 lalu. Hari nie mamat tue telah berada di Kuala Lumpur dan difahamkan mamat tue sampai Kl pada malam kelmarin dan disambut oleh kengkawan yang telah mengikuti perkembangan projek iamalaysian. Aku memohon maaf sebab tak dapat ikut serta menyambut kepulangan hadi yang boleh dibanggakan oleh negara kita. Pepun aku nak ucapkan tahniah kepada hadi atas kejayaannya. Aku mmg mengkagumi semangat yang ada pada Hadi. Walaupun tak mendapat tajaaan sepatutnye daripada syarikat2 korporat mahupun syarikat pembuat moto yang digunakan oleh Hadi itu sendiri.

Aku yang sentiasa mengikuti perkembangan pengembaraan beliau melalui http://iamalaysian.com/ sangat yakin tak semua orang boleh melakukan sepertimana yang Hadi lakukan. Bermacam-macam dugaan telah dihadapi selain faktor cuaca yang terlalu sejuk dan terlalu panas, laptop yang mengalami kerosakan, Hadi juga terpaksa berhadapan dengan penyamun yang hendak menculik lil g di India, terpaksa bermalam di balai polis di Pakistan atas faktor keselamatan, pengembaraannya diperkecilkan oleh sesetengah pihak, dan web sitenya pernah di hacked oleh pihak yang busuk hati dengan misi ini dan lain-lain lagi yang aku kira ianya satu pengalaman yang amat berharga untuk beliau.

Pengalaman berharga yang lain yang dilalui oleh hadi ialah ketika berada di Athens Greece, Beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengembaraannya selama lebih kurang 2 minggu untuk mengikuti misi kemanusiaan di Pakistan yang mengalami kejadian banjir besar.

Walaupun tidak mendapat sponsor daripada pembuat motosikal hadi iaitu modenas, Syarikat Givi Malaysia telah terpanggil untuk menaja kelangkapan Hadi bagi projek ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Givi Malaysia! Syarikat2 lain yang turut menaja projek ini ialah Cyberview Lodge Resort & SPA Cyberjaya, Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Serai Mas dan juga Chafz Enterprise. Semoga perniagaan korang akan terus sukses! Insyallah.

Next projek, hadi nak tawan dunia plak.. Jom kita support Hadi!

Thursday, December 16, 2010

Cubalah Untuk Setia

As salam....

Hi korang.. pekabo.. chewah entri aku kali nie cam tajuk lagu krisdayanti plak hu..hu.. marilah sama2 la kita pupuk rasa setia pada pasangan kita kerana setia itu adalah cinta sejati dan rantai pengikat hati antara kita dan pasangan. Semoga dengan setia juga rumahtangga kita sentiasa dirahmati Allah. Insyallah... Amin....












Ada Apa Dengan Lambang Monster Energy...

As Salam.. Aku ader terbace satu post yang boleh kita usya dan renung2kan... Check it up!!

Monster Energy.

Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.
Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.

Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.

Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.

Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Aku nasihatkan agar kita sama-sama remove benda-benda sebegini.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.

Wallahualam….




Mat-mat moto tak kire a moto kecik ke beso ke mmg suke tempek stiker nie, kononnye nampak lai ganas... (Gambar Sekadar Hiasan)

Tuesday, December 14, 2010

Hp Yang Kuat..



As salam korang...

Kepada korang yang suka baling2 henpon bile bergaduh ngan bini ke, laki ke, gelpren ke, boypren ke.. leh la usya hp nie. hu..hu.. takdela membazir nak beli hp lain bile hp yang dibaling tue berkecai sama seperti hati yang berkecai kene kluarkan duit beli hp baru disebabkan emo yang tak dpt di handle tue. Hp yang tahan lasak nie adalah keluaran JCB (jenama pengeluar barangan pembinaan dan mesin2 kejuruteraan). Hp nie diberi nama JCB Toughphone Sitemaster yang sesuai digunakan di tapak pembinaan dan ladang.

Syarikat pembuat menyatakan gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak





Sumber: Kosmo

Monday, December 13, 2010

Gelap Dalam Limpahan Cahaya..



Salam....

aku ader terjumpe post yang sangat menarik.. jom usya semoga kite semua dirahmati... check it out!

Gelap Dalam Limpahan Cahaya

Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”

“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”

“Apa istilah yang lebih tepat?”“Berzina!” jawab saya pendek.Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”

“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”

“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”

“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.

”Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.

“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.

“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”

Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.

“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.

“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”

“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”

“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”

“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.

“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.

“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”

“Baik-baik. Teruskan…”

“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”

“Ok. Apa maksud awak?”

Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”

“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.

“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”

“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”

“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”

“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”

Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya cepat sedar dan hanya mengerling mata.“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”

“Fasal apa pula?”

“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”

“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.

“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”

“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”

“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”

“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”

“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”

“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”

“Saya bimbang… Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi tetapi budaya ‘mukadimah’ zina anehnya terus diperagakan dan dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan apa sahaja produk, budaya bergaul bebas seperti menari bersama, dating dan bergaul bebas itulah yang diiklankan juga.”

“Awak kolot. Itu kan ada nilai komersial?”

“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”

“Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh.”

Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”

“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”

“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, jangan kamu hampiri zina!”

“Awak dah mula emosi. Janganlah emosional.”

“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”

“Islam menyuruh kita membenci?”

“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”

“Kalau iman kita kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalam atau ‘self censord’. Kita tidak perlu sekatan mahu pun kawalan.”

“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”

“Apa awak cakap ni?”

“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati."

“Banyak sangat perlambangan!”

“Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima bai’ah daripada kaum wanita baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya.”

“Itu sejarah.”

“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”

“Awak sindir saya?

”Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”

“Bagaimana pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?” tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.

“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”

“Apa maksud awak?”

“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”

“Jadi awak setuju atau tidak?”

“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘sazdus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”

“Ei, ada kempen solat juga?”

“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”

“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”

Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!

Adab Memberi Salam..

As Salam Korang!

hi! fuhh..fuhh...(meniup habuk) setelah blog aku berabuk tidak diusik sekian lama hu..hu.. pekabo korang? arini aku nak kongsi ngan korang satu info mengenai adab memberi salam. harap pas nie kite semua lebih menitik beratkan adab ini dalam menghadapi hari seterusnya... check it up!!!

Maksud A'KUM

Ustaz Zawawi yang pernah bersiar melalui radio ikim (91.50 fm) ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan

‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“..Sekian, semoga ada manfaatnya....

p/s: Sampai2 kan la ye..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha..

Salam...

hi korang.. per kabo? bagi yang beragama islam aku nak ucapkan selamat menyambut Aidiladha pada hari esok. Aidiladha atau hari raya korban disambut sempena memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah. Sepertimana yang telah diketahui, hari raya aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Syariat dan ibadat korban, bukanlah sekadar menyembelih haiwan setahun sekali. Yang penting ialah keikhlasan dan ketaatan menunaikan perintah Allah. Allah menguji iman, seperti menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan menyembelih Ismail. Allah tidak memerlukan darah dan dagingnya. Allah sekadar menguji keimanan Ibrahim dengan perintah dan ujian yang sangat berat itu.

Syariat dan ibadat korban terus berlaku hari ini hingga kiamat. Oleh itu, pada masa keperluan ekonomi semakin meningkat, akan wujud rasa berat untuk melaksanakan ibadat korban tetapi tugas itu akan menjadi ringan apabila kita ikhlas.

Bertepatan dengan keadaan saudara kita di beberapa negeri yang berhadapan tragedi banjir, ibadat korban yang dilakukan dan daging bolehlah disalurkan kepada mangsa yang sedang berhadapan dengan ujian agar dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan program mengadakan ibadat korban di luar negara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib masyarakat Islam di tempat lain yang mengharapkan kehadiran Aidiladha membawa kegembiraan kepada mereka. Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Selamat hari Raya AidilAdha!

Allahu akhbar...Allahu akhbar... Allahu akhbar... Walillahilham..



p/s: Selamat Berkorban! bukan selamat TERKORBAN ye... Berhati2 dijalan raya kalau balik kg..

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira untuk tatapan korang...

salam...

Hi korang.. thgari semalam aku ngan budak opis aku pi melawat kat proton jalan ampang untuk menyaksikan sendiri kerete Inspira yang telah dilancarkan pagi semalam. So jom usya hasil lawatan aku..













Awasi Anak Kecik Anda Ketika Bershopping!

Salam.. hi korang!

Aku ader dapat email yg difowardkan oleh org umah aku.. semoga kita semua lebih berhati2 dan waspada di hari2 mendatang... jom usya...

Penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU3 Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.

Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...

Semoga peristiwa ini juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.

Monday, November 1, 2010

Buat Isteri-Isteri...

Salam korang...

Terbace satu artikel yang yang boleh direnungkan bersama oleh sang suami dan isteri.. semoga keharmonian rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dan kesejahteraan dari Ilahi.. Insyallah.. jom usya....

Asma' binti binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu."Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.

Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus.

Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga.

Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.""Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.

Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah.

Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan drajat disisi Allah.Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

Friday, October 22, 2010

Jom Kite Merebet!!!



salam.. hi korang..

Harap korang dalam keadaan yang sihat2 ye... hah aku ader berite baik kepada korang yang kerap menggunakan touch n go melalui tol (Minimum 80 kali transaksi) pada setiap bulan. Korang leh rebet kembali sebanyak 20% daripada jumlah RM yang korang gunakan dalam sebulan. Pengumuman rebet ini dibuat pada bulan Julai 2009 oleh Menteri Kerja Raya dan kerje2 merebet boleh dibuat bermula pada bulan Oktober 2009. Aku pun sebenarnya tau camne nak rebet baru2 nie je (selepas setahun berlalu ha..ha.. )itupun dari budak opis aku . Tanpa membuang masa aku terus melayari laman web
https://privilege.touchngo.com.my/ untuk mendaftarkan kad Touch n Go aku. Selepas mendaftarkan kad touch n go aku di website yang disebutkan tadi. Alangkah hepinye bile aku menyemak jumlah RM yang leh aku rebet berjumlah lebih dari RM 100 (lebih ckit je) Alhamdulilah.. sape nak bagi kan... itu pun hanya tiga bulan je yang melepasi syarat 80 kali transaksi daripada 7 bulan iaitu bulan bermula Apr 2010 hingga Okt 2010. Pepun Alhamdulilah.... So apa lagi pergilah korang merebet!!!

Korang leh dapatkan rebet korang on the spot ditempat2 seperti di bawah

TOUCH ‘n GO SALES CENTRE / HIGHWAY SALES CENTRE
• Faber Towers• KL Sentral

PLUS
• Jitra• Alor Setar Utara• Pendang• Sg Petani Selatan• Sg Dua• Juru• Bukit Tambun Selatan• Jawi• Taiping Utara• Kuala Kangsar• Ipoh Selatan• Tapah• Bidor• Jalan Duta• Sg Besi• Batu Tiga• Sg Rasau• Damansara• Subang• Kota Damansara• Setia Alam• Kajang • Bandar Baru Nilai• Senawang• Ayer Keroh• Yong Peng Utara• Ayer Itam• Skudai• Kempas

BKE• Kubang Semang

ELITE• USJ• Seafield• KLIA

LINKEDUA• Taman Perling

PENANG BRIDGE• Penang Bridge

BORR• Bagan Ajam

ECE• Kuantan METRAMAC• KL East-West Link (Cheras bound)

PROLINTAS• Dato’ Keramat

BESRAYA• Mines (South)

SILK• Sg Balak

NPE• Pantai Dalam• PJS 2• PJS 5

SHAHPADU• Kapar

LEKAS• Kajang Selatan

DUKE• Batu

Selamat mencuba....

Monday, October 18, 2010

Biarlah Aku Mati Kerana Kecewa Dalam Percintaan!!

Salam...

Chewah... tajuk cam skrip drama swasta la plak hu..hu.. takder ar arini aku terbace satu kisah sadis kat surat kabo kosmo mengenai seorang janda beranak empat yang telah bunuh diri dengan sengaja berbaring di landasan kereta api di kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol. Janda tersebut dikatakan terlalu kecewa kerana hubungan percintaannya tidak direstui keluarga teman lelakinya..

Sape tak kecewa n sedih bile cinta tak kesampaian kan? sume orang pernah rasa kot.. Tapi janganlah mengambil jalan pintas dengan nak bunuh diri! cubalah untuk teruskan hidup dengan apa yang ada untuk kita. Lelebih lagi kita yang beragama ISLAM, bunuh diri adalah termasuk dalam golongan dosa-dosa besar biarlah kita gagal dalam percintaan di dunia, tapi jika kita tabah dan sabar Insyallah Allah akan memberikan kita nikmat atas kesabaran kita di Akhirat.

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi S.A.W.

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan bunuh diri adalah tergolongan dalam dosa besar. Perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A.

katanya:‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.

P/s: Sabar dan tabah ye!. Gagal dalam percintaan tak bererti gagal dalam hidup!

Thursday, October 7, 2010

Beramal Jariah Sambil Menyebarkan Syiar Islam

Salam..

Hi Korang! hah aku ader berita baik utk korang... korang leh dapat berlipat2 kali ganda pahala dari Allah sekiranya amalan murni korang diterima Insyallah. Mehla memberikan sumbangan kepada Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI). IPSI merupakan institusi bukan kerajaan yang bergerak aktif dalam penyebaran Agama Islam kepada masyarakat yang belum Islam di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Alhamdulilah dengan usaha yang diberkati,IPSI telah tertegak di Pulau Pinang selama 18 tahun dan dengan usaha yang diberkati ini juga IPSI telah menerima hampir 60 orang syahadah.

Mesej yang disampaikan oleh IPSI adalah ringkas dan tepat iaitu mengingatkan manusia untuk kembali kepada fitrah mereka: menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Pada Awalnya, dakwah yang disampaikan oleh IPSI tertumpu di sekitar Masjid Kapitan Keling. berfokuskan kepada para pelancong yang hadir ke masjid bersejarah itu, IPSI menyampaikan kebenaran Islam kepada pelancong yang kebanyakannya beragama lain.

Akan menjadi sejarah bagi Islam di Pulau Pinang, apabila kita memiliki sebuah bangunan yang bakal memberikan pelbagai kegunaan dan kemudahan serta perkhidmatan kepada orang awam terutamanya non-Muslim. Oleh itu IPSI sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah bangunan 4 tingkat untuk untuk dijadikan One Stop Centre untuk gerak kerja dakwah IPSI.



Maklumat Bangunan yang hendak dibeli

Alamat: 197 Jalan Argyll, 10050 P.Pinang
Keluasan: 5549 kaki persegi (4 Tingkat)
Maklumat Tambahan: Terletak di kawasan non-Muslim, di pusat Bandar.
Nilai/Harga Bangunan: RM 1.7 juta

Kegunaan: Pusat Penerangan Islam, Bilik pengislaman dan bimbingan saudara baru, Pejabat pentadbiran &urusan ahli-ahli pentadbiran, Kelas Perbandingan Agama, Kelas Umum (tafsir Al-Quran dan hadith), Kelas-kelas latihan dakwah untuk melahirkan kader-kader Islam, Bilik kuliah saudara baru, Dewan Seminar, Dewan Pelajar, Bilik R&D, Bilik Mesyuarat, Bilik Tetamu, Urusan Postage, Perpustakaan IPSI, Ruang untuk kanak-kanak dan keluarga, Muzium Islam, Ruang makan dan rehat untuk seminar, Kedai Buku IPSI, dan Kafeteria.

Objektif

-Memudahkan gerak kerja dakwah IPSI
-Sebagai Pusat Operasi Gerakan Dakwah IPSI
-Pusat Pertemuan atau tempat mesyuarat para ahli IPSI
-Sebagai Pusat Kegiatan Dakwah dan Tarbiah IPSI
-Sebagai gedung maklumat kepada orang bukan Islam
-Menjalankan program penyebaran Islam lebih Efektif dan Produktif
-Pusat Latihan para da'e yang berani menyebarkan dakwah kepada yang bukan Islam.

Bantuan pembelian bangunan ini boleh dibuat melalui Sumbangan/Derma Ikhlas ataupun melalui Skim Wakaf (RM 300 satu kaki persegi)

Boleh disalurkan menerusi
Akaun Bank Islam- 07025010021464
Akaun Maybank- 557380300023

Sebarang maklmat lanjut bolehla menghubungi:

PERTUBUHAN PENYEBARAN ISLAM ANTARABANGSA (IPSI)
CO-33A-GF,
KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG,
JALAN UTAMA, GEORGETOWN,
10460 PULAU PINANG.
TEL/FAKS: +604-2274849

EMAIL: ipsi7@streamyx.com

WEBSITE: http://www.ipsi.com.my/

Wednesday, October 6, 2010

Kecewa Kerana Di Kecewakan...



Salam..

hi korang! adakah korang tergolong dalam golongan orang yang kecewa?. Kecewa disini bermaksud mengalami masalah keluarga, gagal dalam ujian, putus cinta, putus harapan, putus semangat dan bermacam2 putus lagi lah. kalau ye korang kecewa arini aku terjumpe satu artikel kat dalam surat kabo mengenai cara nak tangani rasa kecewa. Yela kalau tak cuba tangani nanti kita leh stress dan boleh menjejaskan kesihatan dan kerjaya kita seterusnya mase depan kita musnah dek kerana tak leh terima kekecewaan. cewah aku nie cakap pandaila! huhu.. pepun jom kite kongsi tips2 yang agak berguna nie, check it up!!

Terima Kenyataan
Kita hanya mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan! so kita sebagai manusia hanya boleh rancang itu n ini. tapi kesudahannya samaada baik or buruk adalah ketentuanNYA. Adakalanya kita bernasib baik dan adakalanya juga kita diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah rasa kecewa dengan sesuatu. Cubalah terima dengan sabar dan redo kerana selain ianya mempunyai hikmah tertentu, ia juga mengajar kita agar lebih hati2 dan menjadikan kita insaf.

Berfikir
Cube senaraikan pro dan kontra apabila anda hendak membuat sesuatu keputusan agar anda tidak terlalu kecewa nanti apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Cuba biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya.

Berfikiran Positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki arinie mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Mmglah sukar untuk berfikiran positif ketika rasa kecewa menghimpit. Sebaiknya jgn terlalu mengikut perasaan, cuba fikirkan perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia Pasti Banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

Luahkannya
Bahaya jika kita terlalu memendamkan kekecewaan kita. Silap2 boleh meletup nanti. Kesannya anda akan mengalami kemurungan dan stress. Seelok2nya ceritalah kepada teman rapat yang boleh anda percayai. Jika anda sudah berkahwin dan kecewa dengan pasangan anda, anda tidak digalakkan untuk berkongsi dengan orang yang berlainan jantina lelebih lai jika iman anda tidak kuat, silap2 nanti bermula dengan rasa simpati pastu timbul bibit2 percintaan dah satu hal pulak! Bagi para remaja sebaiknnya berkongsi rasa kecewa dengan kedua ibu bapa. bukan apa sekurang2nya dengan meluahkan dan berkongsi, rasa kecewa akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh dari mereka.

Beri Tumpuan Pada Hidup
Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh disettlekan dengan mudah. Apa yang penting jangan biarkan perkara remeh atau perkara yang lepas menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

Wallahualam.....



Sumber: Harian Metro Bertarikh 6 oktober 2010

Tuesday, October 5, 2010

Korang Baru Beli LCD TV Eh?

salam... hi korang! Masih dalam mood raye lai ke? dengo2 citer korang siap beli TV LCD baru untuk raye aritue eh? (serkap jarang je hu..hu..) alah takyahla nak eksen ngan TV baru korang tue sebab kandang lembu pun ada tau! tak caya meh usya.....













Tujuan kandang lembu di rusia ini memasang tv tersebut ialah untuk memberikan lembu2 tersebut panorama kawasan rumput hijau yang subur. so lembu2 tersebut akan bahagia kat kandang tue tak stress. bila tak stress cepat gemuk, bila cepat gemuk cepat kena jual! hu..hu..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Korang!

Salam...

hi korang... Aku nak mengucapkan selamat hari raye kat korang semua... maafkan aku sepanjang aku berblogging nie ada mengguris mana2 hati. Semoga Aidilfitri yang bakal tiba menceriakan kita semua n segala amalan kita di bulan ramadhan mendapat `full mark'. Selamat Hari Raya Korang.. Berhati2 di jalan raya ye.... Horrray!!!! Raye!!!

Thursday, September 2, 2010

Bukan Salah Aku.. Dieorang Yang Seiras

salam....

hi korang... pekabo sihat tak? ha..ha... arini aku dimalukan oleh aku sendiri. padan muke aku. sebenarnye camgini tadi mase kat tempat moto kat opis aku nampak la sorang sahabat nie tgh wat per tah kat moto die (membelakangkan aku ). Aku pun dengan yakin mencoket sahabat nie( alah yg cucuk kat pinggang tue) ape lai terkejut la mamat tue. tapi bile sahabat tue pusing rupa2 nye org lain ha..ha.. malunyeeeee. pastu aku terus minta maaf n cakap kat mamat tue mati2 aku ingat die tue sahabat aku si tutttttt..... pastu nak cover malu aku buat2 la tanye soalan seperti 1) budak baru eh? 2)dok bahagian mana? 3) kije sebagai apa? last2 lepas menjawab sume soalan aku, mamat tue pun bagitau sebenarnye die adik kepada si tutttt.. ha..ha... patutla aku konpiden je mencoket tadi.... sorry eh jangan salahkan aku. tapi korang mmg seiras.. ha..ha.... malunye aku....


Moral: Jgn Mencoket orang di bulan Ramadhan Al-Mubarak. ha..ha..

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran



salam...

hi korang... Alhamdulilah hari nie dan 17 hari kite berpose... hari nie juga merupakan sambutan Nuzul Al-Quran. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

`Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran'

Thursday, August 26, 2010

Jalur Gemilang Yang Tak Digemilangkan

Salam...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! fuhhhh ter`xcited' plak aku.. hu..hu.. harap korang berada didalam kegembiraan di tanahair kita yang tercinta nie... lai 5 hari negara kita nak menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Per persiapan korang dalam memeriahkan hari penting negara kita nie? aku tgk semangat rakyat negara kita semakin pudar la.. tak tau la nape sebab macam wat endah tak endah je.. kalau perhatikan kat kete2 mmg leh kire ngan jari la orang2 yang bersemangat `memacakkan' Jalur Gemilang kat kete mereka. Kadang kala terfikir gak di kotak fikiran aku chewah.. mahal sangat ke harge Jalur Gemilang sampai orang2 kat Malaysia nie tak mampu nak beli. Kalau nak dikatekan mahal sekalipun aku tgk kete2 org Malaysia boleh tahan bagak n mewah. takkanlah Jalur Gemilang nan sebatang tak mampu nak beli kot. Nak harapkan orang bagi free je tak dapatla... alah bape hinggit je kalau nak beli pun.. jgnla bakhil sangat dalam bab2 camni. Jom la korang sesama memeriahkan hari Kemerdekaan kita... takde sape lai nak mengibarkan Jalur Gemilang kita selain kita sendiri... Org Negara lain siap pijak2 n baling najis lagi kat Jalur Gemilang kita tue. Jom la kita tunjuk kat yerorang yang kita berbangga dan lebih beruntung dari yerorang memiliki negara tercinta kita nie..

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang




Kibarkanlah Jalur Gemilang kebangaaan kita walaupun atas kuih apam balik yum..yum..

Tuesday, August 24, 2010

Dam Dam Dum Bunyi Mercun Kebabom!!



Salam.. hi korang...

harap korang n adik2 kita masih sihat dan ceria tak mengalami putus tangan, putus kaki, putus jari, putus telinga, putus kepala dan putus apa2 jela yang boleh putus akibat mercun. Yela saban tahun bile nak raye je banyak kes2 mangse mercun terjadi. Dan lebih mengharukan lagi sampai putus nyawa macam adik kite yang terjadi baru2 nie `terbang' atas pokok akibat kesan letupan mercun buatan bapanya.. Alahai... napela masyarakat kite nie kreatif n inovatif dalam bab2 camni la ek... orang2 Pelestin or negara bergolak yang lain cacat anggota n meninggal disebabkan nak mempertahankan Agama dan Negara tapi pemuda2 harapan bangsa kita cacat anggotanya n meninggal dunia bukan akibat mempertahankan agama, negara or bangsa. tapi akibat mercun buatan sendiri!! orang lain raye jugak, ada gak bakar2 mercun tapi takdelah sampai nak mengadaikan nyawa wei... nie siap nak modified nak bagi bunyi lagi power! nak bunyi power pi main Bom la beb.. pi masuk askar!! sekurang2nye kalau korang cacat or meninggal sekali pun keluarga korang bangga ngan korang sebab korang cacat n meninggal sebagai perwira negara! idup korang pun tak sia2. Ini tak asal nak raye je adik2 n abg2 masuk spital.. bila dah berlaku barulah semuanye nak menyesal... sape kita nak persalahkan sebenarnye?tukang seludup ke? tukang jual ke? tukang beli ke? tukang bagi duit ke? sape2 pun aku rase yang paling penting kesedaran kepada diri , keluarga n masyarakat. tak kurang penting kesedaran `Utamakan Keselamatan' walau dimana pun korang berada. Pada pendapat aku tak salah pun kalau nak main mercun kalau gian sangat tapi takyahla pepandai nak modified2 just bakar n baling di tempat yang lapang n jauh dari orang. takyahla nak wat eksperimen nak masuk dalam botol la, masuk dalam tin la, masuk dalam seluar la... lai satu biasanya yang terjadi kemalangan2 yang tak diingini nie disebabkan mercun yang dibakar tue tak meletup. Pastu biasele tak puas ati pi pegang n tgk mercun yang tak meletup tue leh bakar lai ke tak? kalau ada sumbu lai walaupun dah pendek tunjuk terer nak bakar lai. pastu tak sempat nak baling dah `kebabom'. Nah beraye la korang kat sepital itu pun kalau idup lai..(p/s: kalau tak meletup tue abaikan jela.. anggap je takde rezeki) Lagi satu di musim2 nak raye nie takyah la kita `berperang' dengan orang kampung sebelah dengan meriam buluh la ye. (Ekzos buluh takpe) tinggi risikonye main bende2 nie.. bahaye...macam aku cakap tadi kalau nak main perang2 ke, meletup2 ke pi masuk askar!!





Wednesday, August 18, 2010

UjianNYA, Sabar, dan Doa...



Salam..

hai korang... harap korang sentiasa ceria n bahagia selalu... mmm korang pernah tak menghadapi ujian dari Allah? aku yakin korang mesti pernah merasainya. Tak kirala samaada ujian tue ujian yang kecik atau yang besar. Tak dinafikan adakala kita terlalu sukar nak menerima kenyataan apabila diuji oleh Allah. Ada orang diuji hartanya musnah disebabkan banjir or kebakaran, ada orang diuji ditimpa sakit. ada juga orang diuji dengan kematian anggota keluarga yang disayangi seperti ibu, bapa, anak, suami or isteri. Ujian yang berbagai didalam melayari rumah tangga juga tidak kurang juga hebatnya.Ujian juga tidak semestinya datang dengan berbentuk kedukaan tapi juga dengan rasa megah dengan keseronokan dunia seperti diberikan kekayaan dan kemewahan kepada manusia samaada manusia tersebut bersyukur dan memanfaatkan rezeki yang diberikan ataupun manusia tersebut menjadi alpa, angkuh dan bongkak melayari kehidupan di dunia sehingga terlupa adanya hari pembalasan kelak.

Firman Allah:
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

Kedua-dua ujian tersebut iaitu kedukaaan dan kemegahan diberikan kepada hamba yang taat dan juga engkar. Walaubagaimanapun hamba yang taat ujiannya lebih hebat daripada yang engkar. Rasullullah S.A.W pernah ditanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?

Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.

Firman Allah S.W.T.:Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

Ayat diatas jelas menunjukkan Allah akan menguji setiap hambanya dan hamba tersebut hendaklah sentiasa bersabar menghadapi ujian dari Allah.

Apakah itu sabar? Sabar adalah teguh dan tetap berada di atas landasan yang dikehendaki oleh agama apabila berhadapan atau menentang sesuatu pengaruh yang ditimbulkan oleh hawa nafsu baik ketika ingin mengerjakan perbuatan untuk mencari ketaatan Allah, melakukan perkara-perkara maksiat dan ketika ditimpa musibah. Manusia sentiasa berada di dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Demi untuk menjamin hawa nafsu dapat ditewaskan maka sifat sabar itu perlu ada bagi setiap orang yang beriman. Hendaklah kita fahami bahawa ujian Allah boleh berada dalam bentuk nikmat kebaikan dan juga musibah yang berbentuk kesusahan.

Firman Allah:
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

Menyedari akan pentingnya sifat kesabaran ini maka Allah S.W.T. memberikan keutamaan yang besar bagi mereka yang sabar. Di antara keutaman-keutamaan tersebut adalah seperti berikut:

a) Sifat sabar menunjukkan seseorang itu memiliki keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T..

Sabda Rasulullah s.a.w.:Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin sebab segala keadaan untuknya (dianggap) baik dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika mendapat nikmat dia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya. Dan bila menderita kesusahan dia sabar maka kesabaran itu lebih baik baginya. - Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2999)

b) Mereka yang sabar akan menerima ganjaran pahala yang tidak terbatas dan memudahkannya untuk menjadi ahli syurga.

Firman Allah S.W.T:Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10

Rasulullah s.a.w. bersabda:Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)

c) Mereka yang sabar sentiasa dekat dengan Allah S.W.T. dan mudah untuk menerima bantuan-Nya bagi menghadapi kehidupan yang mendatang.

Firman-Nya:Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153

d) Kesabaran termasuk dalam kategori amalan yang sangat baik dan dituntut untuk dikerjakan.

Firman Allah S.W.T.:Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). – al-Syuura (42) : 43

e) Kesabaran menunjukkan seseorang untuk memiliki kekuatan yang hakiki.

Sabda Rasulullah s.a.w."Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 6114)

Seterusnya kita hendaklah berdoa memohon kekuatan dari Allah untuk menghadapi ujian yang datang. Acapkali kita sebagai hamba Allah hanya akan berdoa bila kita menghadapi kesusahan, bila kita berada dalam keadaan yang selese kita hanya berdoa dengan sambil lewa. Ingat! doa bukanlah sekadar perlu bila kita hadapi kesusahan je. tapi bersungguhlah dalam berdoa ketika mana kita berada dalam keadaan yang selesa juga. Doa adalah cara kita mengadu utk memohon belas dan juga untuk meminta petunjuk dari Allah. Allah Maha Pemurah...akan pasti menunaikan doa hambanya cuma masanye akan ditentukan bilakah ianya akan dimakbulkan..

Sekadar Renungan...

`Bila mana seorang hamba meminta bunga yang cantik, Allah memberikan pokok kaktus kepadanya dan bila mana hamba tersebut meminta rama-rama pula Allah akan memberikan ulat bulu kepadanya' .Bagi hamba yang tak sabar , tak bersungguh berdoa serta cepat putus asa mereka hanya akan dapat kaktus dan ulat bulu tersebut. Tapi bagi hamba yang sentiasa bersabar dan terus berdoa, pokok kaktus tersebut pasti berbunga jua dan ulat bulu tersebut akan menjadi rama-rama bilamana masanya tiba. Insyallah.... Wallahualam......

Tuesday, August 17, 2010

Puasa Si Kecik..



Salam....

Alhamdulillah.... Pejam celik pejam celik arini dah hari ke-7 kita berpuasa... bagi korang yang ada anak kecik yang berumur lingkungan 6 tahun camne dah berjayakah korang melatih anak korang berpose? kalau mule nak belajo tue tak kisah la sampai kui 12 pun takpe. Janji yerorang dah cube nak berpose. besok2 try sampai 12.30 plak n seterusnye sampaila genap sehari.. lama2 ok la tue... mmg la kita kadang2 tak sampai hati nengok bebudak melepek sebab tak larat tapi Insyallah dengan usehe dan dorongan ibu bapa anak2 mesti dapat survive Insyallah... ada gak ibu bapa yang tak mengambil berat sebab berfikiran puasa bagi kanak2 bukan la wajib. tapi apabila kanak2 tue dah terbiasa dari kecil insyallah nanti yer akan mampu berpuasa apabila yer semakin membesar.. cam kate pepatah org2 tua2 `Alah Bisa Tegal Biasa'. Aceh... aku nie pun pande je cakap sebab aku takde anak lai hu..hu.. takpela aku harap korang berjaya mendidik anak2 korang ye..Pepun latih la anak korang mengikut kemampuan mereka je ye. Jangan sampai mereka berfikir berpuasa ini menyusahkan mereka plak. Oleh itu ajarlah anak2 korang kelebihan berpuasa. semoga anak2 korang menjadi anak yan soleh dan solehah... bersama2 entry kali nie aku der sertakan beberapa tips penyediaan makanan yang sesuai sewaktu berbuka dan bersahur untuk si kecik untuk dikongsi bersama check it out!!!!!

1.Mulakan berbuka dengan kurma- Coz kurma mampu memberikan tenaga dan membantu proses tumbesaran dan kecerdasan minda si kecik. (amalkan bagi kurma walaupun selepas bulan Ramadhan.)

2.Makan sedikit kuih serta minum air-Kalau makan terlalu banyak boleh menyebabkan kanak2 termuntah.Bagi kanak2 makan kuih dulu ngan air pastu ajak kanak2 pi solat mangrib. sebelum makan makanan yang lebih heavy. Tabiat ini boleh mendidik anak supaya tidak makan terlalu banyak di samping memberi peluang kepada perut untuk mencerna makanan dengan baik.

3.Pilih Sayur, Buah-buahan, Tauhu dan Kekacang- Kalau korang nak menyediakan makanan yang berat, anda disyorkan supaya menyediakan makanan yng mudah dihadam, kurang berminyak, berempah atau pedas kepada si kecil. So makanan yang sesuai ialah sayuran, buah-buahan, tauhu dan kekacang. Kesemua makanan ini bukan sahaja mudah dihadam malah mempunyai zat2 dan khasiat yang diperlukan oleh si kecik setelah seharian berpose.

4.Elak Makan Lebih Berbanding Biasa- Awasi kuantiti makanan anak anda agar mereka tidak makan terlalu banyak sehingga menyukarkan mereka untuk bergerak. Berpuasa disiang hari bukanlah alasan untuk makan terlalu banyak diwaktu berbuka!

5.Jangan Minum Sambil Makan- amalan makan berulam air adalah tidak baik utk kesihatan malah ia akan menyebabkan mereka kenyang minum air berbanding makan.. sebaiknya ajar anak anda makan pelan2. ini untuk mengelakakan anak anda daripada tercekik. makan pelan akan membuat anak2 berasa cepat kencang kerana perut dapat mencerna makanan dengan sempurna.

Perkara-perkara Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Berbuka Atau Bersahur
-Jangan makan terlalu bayak ketika berbuka atau bersahur.
-Kurangkan makan makanan yang sukar dihadam seperti, daging,makanan pedas, berempah, berlemak atau berminyak.
-Hindari daripada minum terlalu banyak air sewaktu berbuka dan kurang minum pada waktu malam.
-Kurangkan pengambilan makanan masin.
-Jangan tidur selepas makan.



Sumber: Utusan Malaysia (Mode Mega) bertarikh 12 ogos 2010

Friday, August 13, 2010

Hotel Yang Ada Sijil Halal..

Salam Hi korang!

Korang berbuka pose kat ner arini? hah kat hotel?? mmm cube check senarai hotel yang telah mendapat sijil Halal dari Jakim sebagai panduan sebelum korang pilih hotel untuk berbuka tak kiralah untuk kita sendiri or untuk majlis berbuka pose yang di anjurkan oleh company or sebagainye. Pilihan di tangan anda. Check it Up!

1.Ancasa Hotel, Kuala Lumpur (BANQUET KITCHEN, PASTRY KITCHEN, SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN), BUTCHER ROOM)

2. Brisdale Hotel, Kuala Lumpur (RESTORAN SITI KHADIJAH)

3. Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya(COFFEE HOUSE - BRASS CAFÉ, CROWN CAFE @ CRYSTAL CROWN HOTEL)

4. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya(VERANDAH KITCHEN, PASTRY KITCHEN)

5. Dynasty Hotel, Kuala Lumpur (ASEANA COFFEE HOUSE (LEVEL 1), BANQUET KITCHEN (LEVEL 4), PASTRY KITCHEN)

6. Evergreen Laurel Hotel, Pulau Pinang(WESTERN & CHINESE BANQUET, EVERGARDEN RESTAURANT, CAFE LAUREL)

7. Citrus Hotel, Kuala Lumpur (MAIN KITCHEN)

8. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur(CHINESE BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR, O'LAS KITCHEN - WESTERN, LOCAL COLD, PANTRY @ B1 FLOOR., PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR, INDIAN FOOD KITCHEN @ 1ST FLOOR, LOCAL KITCHEN @ B1,)

9. Grand Dorsett Labuan Hotel(VICTORIA BRASSERIES)

10. Hotel Armada, Petaling Jaya(UTARA COFFEE HOUSE KITCHEN /DAPUR UTAMA, MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU)

11. Hotel Hilton, Petaling Jaya(PASTRY, COLD KITCHEN, MAIN KITCHEN, BUTCHERY)

12.Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

13. Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands

14. Hotel Seri Malaysia, Kuantan

15. Hotel Seri Malaysia, Marang

16. Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang

17. Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani

18. Hotel Seri Malaysia, Taiping

19. Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

20. Pan Pacific KLIA, Sepang(DEGREES KITCHEN, PASTRY KITCHEN, BANQUET MAIN KITCHEN)

21. KLI Hotel, Kuala Lumpur(TOPPOT CAFÉ)

22. Hotel Putra, Kuala Lumpur(D SERAI ( DAPUR PASTRI ),SELESA CAFE, RESTORAN TEMASYA,SELESA CAFE)

23. Legend Hotel, Kuala Lumpur(DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN, MUSEUM CHINESE RESTAURANT)

24. Midah Hotel, Kuala Lumpur

25. Corus Hotel, Kuala Lumpur(DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE)

26. Nilai Hotel, Nilai Negeri Sembilan

27. PG Hotel Sdn Bhd(BANQUET KITCHEN, AROMAS COFFEE HOUSE)

28. Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur (CENTRAL KITCHEN, LOUNGE KITCHEN)

29. PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur(PNB DARBY CAFÉ, THE 39 RESTAURANT)

30.Empress Hotel, Sepang

31.Pearl international Hotel(MAIN KITCHEN, LEVEL 5, BANQUET CHINESE KITCHEN LEVEL 5, MALAY KITCHEN LEVEL 4)

32. Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur (BENTENG COFFEE HOUSE KITCHEN, MALAY KITCHEN, PASTRY KITCHEN, MEISAN KITCHEN)

33. Residence Hotel at Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur

34. Grand Bluewave Hotel, Shah Alam(PASTRY KITCHEN, CHINESE KITCHEN)

35. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur(OUTLET ZENDE KITCHEN, OUTLET BANQUET KITCHEN, OUTLET XUANG XI KITCHEN, OUTLET PASTRY KITCHEN)

36. Hotel Maluri, Kuala Lumpur (BISTRO)

37. The Paramount Hotel, Sibu Sarawak(VALENTINE'S CAFÉ)

38. Golden Beach hotel &Resort

39. The Plaza Hotel, Kuala Lumpur(MAIN KITCHEN)

40. The Summit Hotel. Subang Jaya(BANQUET KITCHEN, OCEANIA BUFFET RESTAURANT, WARONG JUNCTION KITCHEN)

41. Mutiara Johor Bahru(MUSLIM KITCHEN, CAPRI KITCHEN, MEISAN KITCHEN)

42. Hotel Istana, Kuala Lumpur(TAMAN SARI KITCHEN, BANQUET KITCHEN)

p/s: Senarai diatas adalah hotel yang disenaraikan mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM setakat harinie 13.08.2010 dan akan berubah dari semasa ke samasa. untuk maklumat lanjut dan terkini sila usya ke http://www.halal.gov.my/

p/s: Maklumat tambahan sila rujuk http://www.jais.gov.my. untuk senarai hotel yang mendapat sijil halal yang dikeluarkan oleh JAIS

Thursday, August 12, 2010

Pose Jgn Tak Pose!


Salam..

Hi korang! amacam hari nie? Alhamdulilah harini masuk hari yang kedua kita menjalani ibadah pose untuk tahun nie. Harap korang lebih ceria daripada bulan2 yang lain sebab Allah mengharamkan Api Neraka Menyentuh kita bila kita bebetui Menantikan Bulan Ramadhan dan bersungguh mengimarahkannya. Aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan `Selamat Menyambut Bulan Ramadhan' kat korang. Semoga puasa tahun nie Allah memberikan kita `full mark' ke atas amalan2 yang telah kita lakukan di dalam bulan yang mulia ini... so untuk panduan dan rujukan kita bersama aku sertakan beberapa cara untuk kita menyambut Ramadhan:

Cara-Cara Menyambut Ramadhan.

1) Mengucapkan tahniah (Selamat Datang Ramadhan atau Selamat Menyambut Ramadhan

2)Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3)Sembahyang Isyak berjemaah di Masjid/Surau.

4)Solat Tarawikh 20 rakaat

5)Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6)Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al- Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7)Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahajud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8)Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur

9)jam 5.00/5.15 pagi bersahur

10)jangan tidur sesudah sahur

11)Solat subuh berjemaah di Masjid

12)Tadarus pendek

13)Matahari tinggi segalah, lakukan solat isyraq.

14)Menjalankan Kerja Harian Dan Menjaga Pancaindera

15)Jam 11.00 pagi Tunaikan Solat Dhuha

16)Solat Zuhur Berjemaah

17)Tadarus Pendek

18)Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang

19)Solat Asar berjemaah di Masjid

20)Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan, Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu adalah mustajab.

21)Berbuka dengan ala-kadar iaitu minuman yang belum dipanaskan oleh api atau dengan kurma atau buah tempatan

22)Segera Solat Maghrib di Masjid

23)Makan malam bersama keluarga

24)Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah

Sumber: Risalah Gema Jumaat Madrasah Bustanul Ulum bertarikh 6 ogos 2010

Wednesday, August 4, 2010

Disebalik Lagu Cinta Yang Sempurna...



Salam...

Hi Korang.. mmm pernah dengo lagu cinta yang sempurna tak? nyanyian 6ixth Sense berganding suara ngan Noe Letto.. mm sebenarnye lagu nie dah agak lame gak ar mm tahun lepas kot. Tapi baru pagi tadi mase dengo radio dalam kete baru aku dapat memahami yang bait2 lagu nie sebenarnya bukan mengenai rasa cinta sesama manusia tetapi mengenai kesedaran kita melahirkan rasa cinta yang hakiki iaitu cinta kepada Allah. Bait intro lagu ini mengisahkan tentang sikap manusia yang sentiasa leka dan tenggelam lupa dalam arus duniawi sehingga mereka lupa untuk merasakan kecintaan mereka kepada Allah. Cinta pada duniawi, cinta pada manusia dan cinta pada kebendaan biasanya membawa kepada satu ilusi yang memerangkap jiwa manusia itu sendiri. Cinta yang berlebihan pada objek yang tidak kekal dalam dunia ini sebenarnya banyak menipu dan memesongkan manusia ke jalan yang tidak diredai. Lagu ini juga mengambarkan manusia yang berharap menemui rasa cinta yang kekal abadi iaitu rasa cinta kepada pemilik segala hati iaitu Allah..

Ya ALLAH! Kau Ampunkanlah Dosaku Jika Sekiranya Selama Ini Aku Terlalu Asyik Dengan Rasa Cinta di Dunia Selain KepadaMu Dan Rasullullah.. Tanamkanlah Rasa Cintaku KepadaMu Dan Rasullullah Sedalam2nya Agar Aku Dapat Merasai Nikmat Kebahagiaan Selamanya... Aminnnn.....

jom kita usya lirik lagu nie... tapi sebelum tue kalau ada sesiapa yang tak tahu maksud `SEMU' dalam lirik lagu nie ialah samar-samar.. Check it up !!

Cinta Yang Sempurna – 6ixth Sense feat. Noe (Letto)

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu

**
Bawa aku….Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu
Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

* Repeat 1
** Repeat 2

P/s: Cube korang feel bebetui lagu nie sambil menghayati liriknya. leh sampai kuar airmata.. bagi sesiapa yang takde lagu nie leh bg aku email korang kat ruangan komen. Insyallah nanti aku hantar lagu nie. leh le kite sesama layan...

Tuesday, August 3, 2010

Skodeng Di Alam Siber



Salam... hi korang... perkabo? hope korang hepi2 n cerie2 selalu ye.. korang melayari internet tak arini? mestilah tgh melayari internet kan kalau tak camne korang nak bace post aku nie he..he.. mmm arini aku nak kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan daripada di`skodeng' dan diganggu dalam internet. Tips ini dikeluarkan oleh cybersecurity Malaysia memandangkan internet kini telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kita menggunakannya untuk bekerja, bersosial, bermain dan belajar tetapi kita kadangkala tidak menyedari apa dan dengan siapa kita sepatutnya boleh berkomunikasi. So jom kita usya tips tersebut check it up!!

Beberapa Tips Bagi Mengelakkan Daripada Dihendap Dan Diganggu Dalam Internet.
1)Jangan Balas mesej yang bertanyakan maklumat peribadi anda.
2)Jangan berkongsi perasaan peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia menghadapi bahaya.
3)Pilih nama yang tidak melambangkan jantina anda apabila bersembang.
4)Simpan Mesej yang mengganggu dan mengancam anda. Emailkan kepada Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) di cyber999@cybersecurity.my
5)Lakukan carian ke atas diri sendiri menggunakan enjin carian bagi memastikan tiada maklumat peribadi anda dipapar oleh orang lain.
6)Jika keadaan jadi tidak selesa, log keluar dan layari laman lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.cybersafe.my/ ataupun berhubung terus ke alamat Level 8, Block A, Mines Waterfront Business Park, No 3 Jalan tasik, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel: 0389460999 Fax: 0389460888


`Anda Bijak, Anda Selamat'

Monday, August 2, 2010

Jujur



Salam...

Hi korang.. perkabo... topik arini ialah `Jujur' sebelum aku mengupas dengan lebih lanjut chewah... siap nak kupas2 la pulak hu.. hu.. takdela aku tertarik dengan artikel mengenai sikap jujur nie yang ditulis oleh saudara adip di dalam surat kabo Berita Harian yang bertajuk `Jujur dapat bentuk manusia saling percaya, berkasih sayang.' mmg tak dinafikan oleh aku sifat jujur nie la yang membuat rasa saling percaya sesama manusia terutamanya di dalam skop hubungan pasangan suami isteri mahupun dalam hubungan sesama manusia. Menurut artikel tersebut definisi jujur mengikut pandangan Ulama ialah jujur itu sebagai kesesuaian perkataan dan perbuatan yang dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariat.

Setiap individu Muslim sangat dituntut memperhiaskan hati dengan sifat jujur atau benar dalam semua perkara. Kejujuran adalah sifat terpuji nabi dan akan membawa ke arah kebaikan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar...” (HR Bukhari dan Muslim).

Memiliki sifat jujur juga adalah kewajipan bagi orang yang beriman dan tidak wajar bagi kita semua utk mengabaikannye.

Pada masa kini, ternyata amat sukar mencari orang yang jujur dan dipercayai dalam masyarakat. Ramai yang lalai dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, hawa nafsu dan tidak dinafikan ada juga disebabkan kejahilan. Sehingga ada yang tergamak untuk terbabit dengan rasuah, menghalalkan cara, pecah amanah, menabur fitnah dan berdusta demi mencapai hasrat kepentingan peribadi. Keadaan buruk ini sangat membimbangkan dan pasti menjadi lebih parah sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing mereka ke jalan yang diredai.

Kesimpulannya, orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan, kelakuan dan sebagainya menepati ajaran Islam. Orang yang jujur sangat benci kepada segala jenis perbuatan ingkar yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah. Kalaupun terlanjur melakukan maksiat, akan segera bertaubat kepada-Nya dengan penyesalan serta dengan rasa takut akan azab Allah. Dia selalu sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Lantaran itu, orang yang jujur tidak mungkin mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam walau saat keseorangan dan tersembunyi.

Imam Al-Ghazali menyenaraikan jenis kejujuran yang perlu diamalkan oleh setiap orang Islam yang benar-benar merindui keredaanNya iaitu:

· Jujur lisan atau perkataan sebagai contoh menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat bohong dan menipu

· Jujur niat dan kehendak iaitu tercetus keinginan untuk beramal penuh ikhlas semata-mata kerana Allah SWT

· Jujur keazaman dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah (yang mana lahirnya semangat
untuk melakukan amalan, semangat itu juga lahir kerana Allah)

· Jujur dalam melaksanakan apa yang diazamkan (melakukannya dengan istiqamah dan tidak takut sebarang celaan yang datang, kerana dia melakukannya kerana Allah· Jujur dalam beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang bercanggah dengan apa yang ada dalam batin (tidak berpura-pura atau hipokrit), dan

· Jujur dalam setiap maqam agama seperti khauf, zuhud, reda, tawakal dan lain-lain.

Orang yang jujur dan benar, sudah tentu akan mendapat keredaan Allah manakala di sisi masyarakat mendapat sanjungan dan dihormati, dapat membentuk manusia yang saling percaya mempercayai dan berkasih sayang. Jika saat menghadapi kesulitan, sangat mudah baginya untuk mendapatkan pertolongan. Ini semua akan membuahkan ketenangan yang mendalam di jiwa. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah hal yang membimbangkan kalian menuju sesuatu yang tidak membimbangkan, sesungguhnya kejujuran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah kebimbangan” (HR Tarmizi)

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada artikel diatas dan dapat menjadikan kite sentiasa sedar dan saling ingat mengingati sesama kita. Sesungguhnya sesiapa yang tak menghiraukan nasihat yang baik utk dirinya or utk kebaikkan org lain adalah tergolong dalam golongan yang telah dibutakan hati! Wallahualam........