Wednesday, August 18, 2010
UjianNYA, Sabar, dan Doa...
Salam..
hai korang... harap korang sentiasa ceria n bahagia selalu... mmm korang pernah tak menghadapi ujian dari Allah? aku yakin korang mesti pernah merasainya. Tak kirala samaada ujian tue ujian yang kecik atau yang besar. Tak dinafikan adakala kita terlalu sukar nak menerima kenyataan apabila diuji oleh Allah. Ada orang diuji hartanya musnah disebabkan banjir or kebakaran, ada orang diuji ditimpa sakit. ada juga orang diuji dengan kematian anggota keluarga yang disayangi seperti ibu, bapa, anak, suami or isteri. Ujian yang berbagai didalam melayari rumah tangga juga tidak kurang juga hebatnya.Ujian juga tidak semestinya datang dengan berbentuk kedukaan tapi juga dengan rasa megah dengan keseronokan dunia seperti diberikan kekayaan dan kemewahan kepada manusia samaada manusia tersebut bersyukur dan memanfaatkan rezeki yang diberikan ataupun manusia tersebut menjadi alpa, angkuh dan bongkak melayari kehidupan di dunia sehingga terlupa adanya hari pembalasan kelak.
Firman Allah:
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2
Kedua-dua ujian tersebut iaitu kedukaaan dan kemegahan diberikan kepada hamba yang taat dan juga engkar. Walaubagaimanapun hamba yang taat ujiannya lebih hebat daripada yang engkar. Rasullullah S.A.W pernah ditanya:
Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?
Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)
Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.
Firman Allah S.W.T.:Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157
Ayat diatas jelas menunjukkan Allah akan menguji setiap hambanya dan hamba tersebut hendaklah sentiasa bersabar menghadapi ujian dari Allah.
Apakah itu sabar? Sabar adalah teguh dan tetap berada di atas landasan yang dikehendaki oleh agama apabila berhadapan atau menentang sesuatu pengaruh yang ditimbulkan oleh hawa nafsu baik ketika ingin mengerjakan perbuatan untuk mencari ketaatan Allah, melakukan perkara-perkara maksiat dan ketika ditimpa musibah. Manusia sentiasa berada di dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Demi untuk menjamin hawa nafsu dapat ditewaskan maka sifat sabar itu perlu ada bagi setiap orang yang beriman. Hendaklah kita fahami bahawa ujian Allah boleh berada dalam bentuk nikmat kebaikan dan juga musibah yang berbentuk kesusahan.
Firman Allah:
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35
Menyedari akan pentingnya sifat kesabaran ini maka Allah S.W.T. memberikan keutamaan yang besar bagi mereka yang sabar. Di antara keutaman-keutamaan tersebut adalah seperti berikut:
a) Sifat sabar menunjukkan seseorang itu memiliki keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T..
Sabda Rasulullah s.a.w.:Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin sebab segala keadaan untuknya (dianggap) baik dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika mendapat nikmat dia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya. Dan bila menderita kesusahan dia sabar maka kesabaran itu lebih baik baginya. - Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2999)
b) Mereka yang sabar akan menerima ganjaran pahala yang tidak terbatas dan memudahkannya untuk menjadi ahli syurga.
Firman Allah S.W.T:Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10
Rasulullah s.a.w. bersabda:Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)
c) Mereka yang sabar sentiasa dekat dengan Allah S.W.T. dan mudah untuk menerima bantuan-Nya bagi menghadapi kehidupan yang mendatang.
Firman-Nya:Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153
d) Kesabaran termasuk dalam kategori amalan yang sangat baik dan dituntut untuk dikerjakan.
Firman Allah S.W.T.:Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). – al-Syuura (42) : 43
e) Kesabaran menunjukkan seseorang untuk memiliki kekuatan yang hakiki.
Sabda Rasulullah s.a.w."Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 6114)
Seterusnya kita hendaklah berdoa memohon kekuatan dari Allah untuk menghadapi ujian yang datang. Acapkali kita sebagai hamba Allah hanya akan berdoa bila kita menghadapi kesusahan, bila kita berada dalam keadaan yang selese kita hanya berdoa dengan sambil lewa. Ingat! doa bukanlah sekadar perlu bila kita hadapi kesusahan je. tapi bersungguhlah dalam berdoa ketika mana kita berada dalam keadaan yang selesa juga. Doa adalah cara kita mengadu utk memohon belas dan juga untuk meminta petunjuk dari Allah. Allah Maha Pemurah...akan pasti menunaikan doa hambanya cuma masanye akan ditentukan bilakah ianya akan dimakbulkan..
Sekadar Renungan...
`Bila mana seorang hamba meminta bunga yang cantik, Allah memberikan pokok kaktus kepadanya dan bila mana hamba tersebut meminta rama-rama pula Allah akan memberikan ulat bulu kepadanya' .Bagi hamba yang tak sabar , tak bersungguh berdoa serta cepat putus asa mereka hanya akan dapat kaktus dan ulat bulu tersebut. Tapi bagi hamba yang sentiasa bersabar dan terus berdoa, pokok kaktus tersebut pasti berbunga jua dan ulat bulu tersebut akan menjadi rama-rama bilamana masanya tiba. Insyallah.... Wallahualam......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment