Salam..
Hi Korang... sihat tak? diharap korang sentiasa bahagia dah sihat bersama pasangan memasing. Bagi korang yang baru mendirikan rumah tangga aku doakan agar jodoh korang akan berpanjangan bahagia ke akhir hayat. Alahai tak tau la nak cakap sejak nak akhir2 zaman nie banyak sang suami yang lupakan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah. Bukanla nak cakap aku nie suami yang baik sangat. Tapi sebagai seorang lelaki yang mempunyai hati dan nurani (chewah) sedih bila tgk kat paper kisah2 keluarga yang dulunya bahagia dengan pasangan memasing tapi kecundang disebabkan kasih suami yang beralih arah kepada orang yang ketiga dan pelbagai sebab lai tapi kebanyakannya akibat orang yang ketiga le. Salah satu kisahnye ialah kisah artis yang tgh hangat sekarang nie(tak taula pe puncanya) yang masuk lokap akibat telah memukul, menumbuk, menendang serta mencekik leher isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras.(Sumber Harian Metro). Walaubagaimanapun artis tue manyalahkan Harian Metro kerana membesar2kan cerita. Bebaru nie isteri artis tersebut telah mengikat jamin dan menarik balik tuduhan yang dibuat dengan syarat si suami membayar wang jaminan mahkamah kepada isteri sebanyak RM 2500 dengan harapan si suami akan sedar dan kehidupan merekan akan bahagia semula. Tup2 pas jamin si suami menunjukkan ke`jantan'annya lagi dengan mencederakan si isteri dan merampas semula duit RM 2500 tue. Dan yang paling tak bestnye lagi masa pas dijamin oleh isterinye aritue ada seorang perempuan yang menunggu dalam kete untuk bawa artis nie pergi wallahualam... tapi kalau betui la camtu.. mmglah Allah dah butakan hati si hati artis nie... Arini si isteri telah menuntut cerai taklik kepada artis tersebut. kalau dilihat dari segi luahan si isteri mmgla hatinya hancur musnah kerana disangkakan pas kes mahkamah selesai leh bina hidup baru ngan suaminya tapi apakan daya... pepun aku doakan yang terbaik utk si isteri tersebut dan kepada korang yang mempunyai suami yang jugak telah dibutakan hati oleh Allah. Semoga apa yang dilakukan oleh lelaki yang hilang rase tanggungjawab ini di berikan petunjuk oleh Allah dan segera bertaubat. mmm hai nie baru satu kisah.. Ada beribu2 kisah lai kat luar tue yang membuatkan aku sebagai lelaki rimas nak dengar. buat malu kaum je... wei kapada lelaki2 yg seangkatan dengan artis nie. bawak2 la bertaubat. jgn biarkan hidup kite dipandu oleh setan. seburuk2 perangai isteri pun jgn la kita menganiayanya dgn sebegitu rupa. fikir dgn waras. Buat keputusan yang sebaiknya yang mana diredai olah Allah. Ingatlah, Allah Sentiasa bersama orang2 yang bertanggungjawab di atas amanah yang dikendong! Wallahualam...
ANTARA TANGGUNGJAWAB SUAMI
ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
credit: http://www.pengantin.com.my/
No comments:
Post a Comment