Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Showing posts with label Iklan Dan Promosi Yang Tak Dibayar Pun Kat Aku. Show all posts
Showing posts with label Iklan Dan Promosi Yang Tak Dibayar Pun Kat Aku. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Hp Yang Kuat..



As salam korang...

Kepada korang yang suka baling2 henpon bile bergaduh ngan bini ke, laki ke, gelpren ke, boypren ke.. leh la usya hp nie. hu..hu.. takdela membazir nak beli hp lain bile hp yang dibaling tue berkecai sama seperti hati yang berkecai kene kluarkan duit beli hp baru disebabkan emo yang tak dpt di handle tue. Hp yang tahan lasak nie adalah keluaran JCB (jenama pengeluar barangan pembinaan dan mesin2 kejuruteraan). Hp nie diberi nama JCB Toughphone Sitemaster yang sesuai digunakan di tapak pembinaan dan ladang.

Syarikat pembuat menyatakan gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak





Sumber: Kosmo

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira untuk tatapan korang...

salam...

Hi korang.. thgari semalam aku ngan budak opis aku pi melawat kat proton jalan ampang untuk menyaksikan sendiri kerete Inspira yang telah dilancarkan pagi semalam. So jom usya hasil lawatan aku..













Thursday, July 15, 2010

Khas Utk Abg Yang Tak Berapa Nak Hensem.....

salam.... Haaaa kalau ada sesape yang rasa dirinye kureng hensem tue ada berita baik utk anda. he..he.. takder ar sebenarnya semalam masa makan tghari ngan bebudak tempat aku kije kat jalan Duta. Salah sorang membe aku tue ada tunjuk kat satu `bunting' pasal iklan pusat mengurut. Yg menariknya nama salah satu seisi rawatan tue iaitu `URUTAN HANDSOME' he..he.. so kalau ada sesiapa rase die tak hensem tue leh la cuba.. tapi kalau dah perasan hensem tue takyah la pi lai sebab nanti kalau dah terlebih hensem risau plak org yang tersayang takut ramai yang tersangkut kat en abg die nanti. Tak salah nak menghensemkan diri untuk org yang tersayang terutama untuk isteri... jgn plak pasang niat nak bukak cawangan baru kalau dah hensem nanti haa tak betui niat tue.. Bagi org pompan pun sama. selalunya sibuk2 nak menghias diri tapi sebenarnya bukan utk suami pun. sibuk nak tunjuk kat org lain yg die cantik. sedangkan bila kita berhias untuk pasangan kita yang sah siap dapat pahala lagi dari Allah. Pepun nanti kalau dah hensem tue jgn lupa plak nak pastikan hati kita pun hensem ye... Jgn muke je hensem hati busuk.... Selamat Mencuba....

ikhlas dari...

Yang Tak Berapa Nak Hensem Tapi KACAK...




Friday, March 26, 2010

Happy Earth Hour 2010!!





Salam...

Hi Korang! Weh jangan ketinggalan malam esok bermule jam 8.30 malam. Earth Hour masuk tahun yang kedua kat negara tercinta kita. Jom la sesama kete menyupport kempen yang baik nie bagi menyedarkan setiap penduduk dunia bahawa bumi kita semakin tua dan uzur! kalau korang nak tau kempen ini pada asalnya dimulakan oleh WWF(World Wildlife Fund) pada tahun 2007 di Sydney untuk menyedarkan masyarakat dunia mengenai pemanasan global akibat kealpaan manusia. Pada tahun berikutnya beberapa negara lain telah men`join'kan diri dan pada tahun 2009 negara kita turut mengiktiraf kempen kesedaran ini. Acara tahunan ini diadakan pada setiap sabtu terakhir pada bulan Mac. Senang je nak menjayakan kempen ini, hanya tutup lampu dan perkakasan elektrik lain selama 1 jam! itu je.. meh la join sesama.. Semoga dengan kesedaran kita ini, kita akan sentiasa sedar bahawa besarnye tanggungjawab kita bagi menjaga bumi tercinta kita untuk tatapan generasi mendatang Insyallah! Jom Support Earth Hour! Semoga usaha kita di rahmati ALLAH.



Soalan 1: Per Nak Buat eh untuk menjayakan kempen ini??

Jawapan Aku:

1) Korang tolong lah kempen2kan pada kengkawan, kalau ada blog, iklan kan dalam blog, kalau ader e-mail ajak kengkawan melalui e-mail dan kalau ada laman2 sosial tue kempenkan la kat situ.

2) Kalau korang rajin dan ade modal sket, print lah poster2 earth hour dari website n tampalkan pada cermin2 kete or motor. semoga akan menarik perhatian orang lain.

3) Bila tiba Earth Hour nanti padamkanlah lampu dan perkakasan elektrik lain (Termasuk TV tau jgn ngelat). jgn lupe padamkan aircond gak coz aircond antara penyumbang utama pemanasan global.

4) Kalau Leh takyahlah gune kenderaan masetue, biarkan bumi kita bernafas bebas dari asap kenderaan kite.

Soalan 2: Apa nak buat dalam gelap?

Jawapan Aku:

Alah memacam korang leh buat antaranye:

1) Kalau korang hanya berdua, buatlah canddle light dinner(perhh romantik), Kalau reramai satu family tue buatla family canddle light dinner he.he...

2) Korang main la teka teki teka tekok ke.

3) Korang berborak la pengalaman yang menarik ke, perancangan mase depan ke.

4) Korang main bayang-bayang ke dari cahaya lilin.

5) Korang Main Dam Haji, Dam Ular, Jutaria Ke Chess Ke.

6) Kalau Korang hati kental, Cerite la Kisah2 seram he..he.. kalau tak kental jgn ngengade nak cerite plak.

7) Buat lawak pun okey gak..

8) Korang buatla pe2 mengikut kreativiti korang ye!

AMARAN: JGN BERDUA-DUAN BERSAMA PASANGAN DI DALAM GELAP BAGI YANG BELUM KAWIN. DAH KAWIN TAKPE!!





Earth Hour Di Malaysia 2009



Bangunan Kebanggaanku turut bergelap

Antara mereka-mereka yang memeriahkan Earth Hour 2009












P/s: Maklumat lanjut sila usya http://ehm.my/ dan http://www.earthhour.org/

Tuesday, March 16, 2010

Al-kisah Sri Mersing



Salam...

Hi Korang! Jgn jeles malam semalam kiteorang layan teater.. citer Sri Mersing. Fuhhhh kagum tui aku tgk kreativiti orang kite menjayakan teater tersebut. Four Thumb Up!(termasuk ibu jari kaki) ha..ha.. Tapi serius mmg best giler. Aku ngan orang umah tak abis2 memuji kehebatan teater tersebut sepanjang kami balik dari Istana Budaya. N yang paling aku bersyukur sekali malam tue seat kiteorang antara yang paling hadapan so dapatla tgk dengan sejelas2nye wajah2 hero, heroin dan pelakon2 lain. Geram je tangan aku nak memicit butang camere kat hp aku, tapi apakan daya untuk menghormati peraturan kat Istana Budaya Yang melarang sebarang bentuk rakaman dibuat termasuklah mengambil gambo...terpaksela aku pasrah ishhhhhh geramnye. Alhamdulilah kiteorang pulang dengan tersenyum kepuasan, Aku rekemen kat korang tgk teater nie.. aku jamin 100% korang mesti puas ati punye.. pepun Thanks Istana Budaya coz memberikan kami pengalaman yang sukar nak digambarkan..

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Hamba Musafir lalu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Musafir lalu.

Chewah.. meh aku citerkan sket sinopsisnye yang dipetik dari laman sesawang Istana Budaya.



Tajuk : Teater Sri Mersing
Produksi: Keno Productions Sdn Bhd
Kategori: Teater
Tempat : Panggung Sari
Tarikh : 12 - 21 Mac 2010
Masa : 8.30 malam

Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.

Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.

Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.

Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.

Antara Pelakon:
Damak=ADI PUTRA,
Sri Mersing=ELLY MAZLEIN,
Pak Malau= A. GALAK
Awang Sulong= YUS RAJA LAWAK
Merah= HAIRI ANAK WAYANG
Sri Melati= LEEZ ROSLI (AF)
Bentayan= RUSDI RAMLI
Siantan= MELISA SAILA
Tambak JEP= (SEPAH)
Jalak Lenteng= SHUIB (SEPAH)
Pak Sireh= DATO’ MUSTAPHA MAAROF
Sri Mersing Semasa= DATIN HJH.ROSNANI JAMIL
Penghulu= ABU BAKAR JUAH
Mak Dara= AZIZAH MAHZAN
Penghulu Lancang Kuning= OSMAN JUPRI
Siti Payung= MARDIANA BT ALWI
Deli MUTALIF= ABU BAKAR

Tenaga Produksi :Pengarah ROSDEN SUBOH
Pen. Pengarah :TAIYUDDIN BAKAR
Penulis Skrip :HAIRUL ANUAR HARUN
Pengurus Produksi :MOHAMAD FADIL ABDUL MAJID
Pengarah Muzik :NIK NIZAM
Pengarah Kareografer Tarian :ON JAAFAR
Pen. Pengarah Kareografer Tarian :MUTALIF ABU BAKAR

Tiket :RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150

Untuk Maklumat lanjut Usya Kat: http://www.istanabudaya.gov.my/home


Antara gambor yang nak dikongsi Check it out!!


Tiket `Bertuah' Kiteorang coz last minit di `upgrade' oleh pihak Istana Budaya utk dpt dok kat depan, thanks Istana Budaya!


Antara `Bunting' yang menghiasi tiang ruang legar Panggung Sari Istana budaya


Jualan Cenderahati..
(p/s: Kalau nak mintak autograph kene beli poster, buku cenderahati n lain2 kat sini dulu coz artis2 takkan sign kat tempat lain kecuali kat barang2 yang yerorang jual.)


Antara yang dijual.. beli..beli.. pas nie leh mintak sign...


Antara penonton2 yang tak sabar2 nak tgk show dok menunggu di ruang legar kaunter `box office' .


Ruang legar di pintu masuk Panggung Sari. Ada Class!


Pintu masuk utama Panggung Sari (akan digunakan bila ada VVIP)

Monday, December 14, 2009

Steamboat Tepi Jalan

Salam... Hi korang...

Sabtu malam ahad aritu aku n org rumah meronda-ronda kl dengan menaiki blinky (moto kesayangan aku) tujuan utama adalah sesaje nak jalan2 menghabiskan mase2 cuti hujung minggu he..he.. malam tue sempat gak kiteorang cuci mata berserta cuci beg duit sekali kat Sogo n Jalan Tar. Malam tue gak niat di hati mmg nak makan steamboat tepi jalan memandangkan kiteorang pernah menikmati steamboat tepi jalan sebelum nie. So pas seisi cuci-mencuci (cuci mata ngan beg duit la)kite orang berjalan pulang ke tempat blinky di`parking'kan sesambil berharap adalah mamat2 yang mencari rezeki dengan menjual steamboat kat tepi jalan malam tue. Alhamdulilah.. dari jauh org umah aku dah nampak dah ada seisi jual-menjual steamboat dihadapan so kiteorang pun per lai, dengan berbekalkan semangat waja menuju ke tempat urusniaga steamboat tue dijalankan. Mase tue perut dah lapo maklumlah dah kui 10 lebih tak makan malam lai. RM 12 ingit jugak lah abis kerana mengikut nafsu makan aku he..he.. kat bawah aku kongsikan gambo yang tak seberape utk tatapan korang..


Seisi jual-menjual sedang rancak dijalankan

tokey steamboat tgh kire untung agaknye

Mari2 aneka pilihan tersedia secucuk sengget!


panas...panas... panas... Stemboatku berkate...

Org umahku setia menanti di port tempat kami menjamu selera.


Yum..yum.. tangan org umah ku menambahkan lagi seri steamboat kiteorang pada malam itu. chewah...



hmmmm...kuat melantak tui helmet kiteorang nie.. sampai 2 pinggan yerorang sapu he..he..


Kemeriahan suasana di steamboat tepi jalan...

Monday, November 9, 2009

Jom usya sculptures bombastik Raja Shahriman!

salam, Kabare semua....

Semoga kita semua terus kekal idup aman dan damai di bumi tercinta bebas dari kekejaman dan keganasan perang orang-orang jahat yang bongkak! insyallah... Weh sebenarnye nak citer semalam aku ngan org umah tercinte pi usya ke alam Rhythm Of The 21st Centuary yang diterjemahkan oleh pengarca terkenal negara iaitu Raja Shahriman Bin Raja Aziddin. Beliau ialah Orang Seni yang menetap di Kuala Kangsar. Konsep yang diketengahkan oleh beliau ialah peperangan yang mana ia menggunakan kepingan besi seperti serpihan bom dan besi berbentuk peluru untuk disatukan menjadi arca yang perhhh!. elemen serpihan bom digambarkan dengan kepingan besi yang bersifat keras, tajam dan ganas yang membawa kepada kemusnahan manakala elemen peluru pula mewakili senjata pemusnah. Arca-arca tersebut dihasilkan dengan pelbagai2 kerektor dan gambaran yang tersendiri yang mana merujuk kepada sifat ego manusia yang menjadi hambe kuasa dan juga ada yang memaparkan kesan peninggalan daripada kisah peperangan yang terjadi. yang bestnye semua besi2 yang digunakan die yang bentukkan sendiri tau. gempak giler..Mmg rugi la kalau tak pi usya. double thumb up kepada Raja Shahriman!


Note: kalau nak usya pi la kat Suria KLCC, Tingkat 3, leh datang hari selasa-ahad dari kui 10 pagi hingga 8 malam. masuk adalah FREE. dan pameran ini bermula dari 29.10.2009-24.01.2010. atau nak lai maklumat lanjut usya kat sini http://www.galeripetronas.com.my/


Raja Shahriman disamping monolog-monolognye.


Tempat beliau menterjemahkan bakat seninya menghasilkan sculptures gempak.


Tangan Seni Menempa Besi!

Dan Hasilnya.........



Hulubalang In Action!



`Terminator' Raja Shahriman nak bertempur



Gerak Tempur


Alang Durjana