Friday, March 26, 2010
Happy Earth Hour 2010!!
Salam...
Hi Korang! Weh jangan ketinggalan malam esok bermule jam 8.30 malam. Earth Hour masuk tahun yang kedua kat negara tercinta kita. Jom la sesama kete menyupport kempen yang baik nie bagi menyedarkan setiap penduduk dunia bahawa bumi kita semakin tua dan uzur! kalau korang nak tau kempen ini pada asalnya dimulakan oleh WWF(World Wildlife Fund) pada tahun 2007 di Sydney untuk menyedarkan masyarakat dunia mengenai pemanasan global akibat kealpaan manusia. Pada tahun berikutnya beberapa negara lain telah men`join'kan diri dan pada tahun 2009 negara kita turut mengiktiraf kempen kesedaran ini. Acara tahunan ini diadakan pada setiap sabtu terakhir pada bulan Mac. Senang je nak menjayakan kempen ini, hanya tutup lampu dan perkakasan elektrik lain selama 1 jam! itu je.. meh la join sesama.. Semoga dengan kesedaran kita ini, kita akan sentiasa sedar bahawa besarnye tanggungjawab kita bagi menjaga bumi tercinta kita untuk tatapan generasi mendatang Insyallah! Jom Support Earth Hour! Semoga usaha kita di rahmati ALLAH.
Soalan 1: Per Nak Buat eh untuk menjayakan kempen ini??
Jawapan Aku:
1) Korang tolong lah kempen2kan pada kengkawan, kalau ada blog, iklan kan dalam blog, kalau ader e-mail ajak kengkawan melalui e-mail dan kalau ada laman2 sosial tue kempenkan la kat situ.
2) Kalau korang rajin dan ade modal sket, print lah poster2 earth hour dari website n tampalkan pada cermin2 kete or motor. semoga akan menarik perhatian orang lain.
3) Bila tiba Earth Hour nanti padamkanlah lampu dan perkakasan elektrik lain (Termasuk TV tau jgn ngelat). jgn lupe padamkan aircond gak coz aircond antara penyumbang utama pemanasan global.
4) Kalau Leh takyahlah gune kenderaan masetue, biarkan bumi kita bernafas bebas dari asap kenderaan kite.
Soalan 2: Apa nak buat dalam gelap?
Jawapan Aku:
Alah memacam korang leh buat antaranye:
1) Kalau korang hanya berdua, buatlah canddle light dinner(perhh romantik), Kalau reramai satu family tue buatla family canddle light dinner he.he...
2) Korang main la teka teki teka tekok ke.
3) Korang berborak la pengalaman yang menarik ke, perancangan mase depan ke.
4) Korang main bayang-bayang ke dari cahaya lilin.
5) Korang Main Dam Haji, Dam Ular, Jutaria Ke Chess Ke.
6) Kalau Korang hati kental, Cerite la Kisah2 seram he..he.. kalau tak kental jgn ngengade nak cerite plak.
7) Buat lawak pun okey gak..
8) Korang buatla pe2 mengikut kreativiti korang ye!
AMARAN: JGN BERDUA-DUAN BERSAMA PASANGAN DI DALAM GELAP BAGI YANG BELUM KAWIN. DAH KAWIN TAKPE!!
Earth Hour Di Malaysia 2009
Bangunan Kebanggaanku turut bergelap
Antara mereka-mereka yang memeriahkan Earth Hour 2009
P/s: Maklumat lanjut sila usya http://ehm.my/ dan http://www.earthhour.org/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha,canggih idea nak buat pe dlm gelap tu, cuma satu idea jek tertinggal..apa ideanyerr??? nak tau tanya jaja, dia teror bab2 nih..hahaha
ReplyDeleteha..ha.. kite ikat kaki die jgn bagi die balik kg!!
ReplyDelete