Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, March 16, 2010

Al-kisah Sri Mersing



Salam...

Hi Korang! Jgn jeles malam semalam kiteorang layan teater.. citer Sri Mersing. Fuhhhh kagum tui aku tgk kreativiti orang kite menjayakan teater tersebut. Four Thumb Up!(termasuk ibu jari kaki) ha..ha.. Tapi serius mmg best giler. Aku ngan orang umah tak abis2 memuji kehebatan teater tersebut sepanjang kami balik dari Istana Budaya. N yang paling aku bersyukur sekali malam tue seat kiteorang antara yang paling hadapan so dapatla tgk dengan sejelas2nye wajah2 hero, heroin dan pelakon2 lain. Geram je tangan aku nak memicit butang camere kat hp aku, tapi apakan daya untuk menghormati peraturan kat Istana Budaya Yang melarang sebarang bentuk rakaman dibuat termasuklah mengambil gambo...terpaksela aku pasrah ishhhhhh geramnye. Alhamdulilah kiteorang pulang dengan tersenyum kepuasan, Aku rekemen kat korang tgk teater nie.. aku jamin 100% korang mesti puas ati punye.. pepun Thanks Istana Budaya coz memberikan kami pengalaman yang sukar nak digambarkan..

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Hamba Musafir lalu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Musafir lalu.

Chewah.. meh aku citerkan sket sinopsisnye yang dipetik dari laman sesawang Istana Budaya.



Tajuk : Teater Sri Mersing
Produksi: Keno Productions Sdn Bhd
Kategori: Teater
Tempat : Panggung Sari
Tarikh : 12 - 21 Mac 2010
Masa : 8.30 malam

Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.

Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.

Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.

Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.

Antara Pelakon:
Damak=ADI PUTRA,
Sri Mersing=ELLY MAZLEIN,
Pak Malau= A. GALAK
Awang Sulong= YUS RAJA LAWAK
Merah= HAIRI ANAK WAYANG
Sri Melati= LEEZ ROSLI (AF)
Bentayan= RUSDI RAMLI
Siantan= MELISA SAILA
Tambak JEP= (SEPAH)
Jalak Lenteng= SHUIB (SEPAH)
Pak Sireh= DATO’ MUSTAPHA MAAROF
Sri Mersing Semasa= DATIN HJH.ROSNANI JAMIL
Penghulu= ABU BAKAR JUAH
Mak Dara= AZIZAH MAHZAN
Penghulu Lancang Kuning= OSMAN JUPRI
Siti Payung= MARDIANA BT ALWI
Deli MUTALIF= ABU BAKAR

Tenaga Produksi :Pengarah ROSDEN SUBOH
Pen. Pengarah :TAIYUDDIN BAKAR
Penulis Skrip :HAIRUL ANUAR HARUN
Pengurus Produksi :MOHAMAD FADIL ABDUL MAJID
Pengarah Muzik :NIK NIZAM
Pengarah Kareografer Tarian :ON JAAFAR
Pen. Pengarah Kareografer Tarian :MUTALIF ABU BAKAR

Tiket :RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150

Untuk Maklumat lanjut Usya Kat: http://www.istanabudaya.gov.my/home


Antara gambor yang nak dikongsi Check it out!!


Tiket `Bertuah' Kiteorang coz last minit di `upgrade' oleh pihak Istana Budaya utk dpt dok kat depan, thanks Istana Budaya!


Antara `Bunting' yang menghiasi tiang ruang legar Panggung Sari Istana budaya


Jualan Cenderahati..
(p/s: Kalau nak mintak autograph kene beli poster, buku cenderahati n lain2 kat sini dulu coz artis2 takkan sign kat tempat lain kecuali kat barang2 yang yerorang jual.)


Antara yang dijual.. beli..beli.. pas nie leh mintak sign...


Antara penonton2 yang tak sabar2 nak tgk show dok menunggu di ruang legar kaunter `box office' .


Ruang legar di pintu masuk Panggung Sari. Ada Class!


Pintu masuk utama Panggung Sari (akan digunakan bila ada VVIP)

No comments:

Post a Comment