Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Monday, November 9, 2009

Jom usya sculptures bombastik Raja Shahriman!

salam, Kabare semua....

Semoga kita semua terus kekal idup aman dan damai di bumi tercinta bebas dari kekejaman dan keganasan perang orang-orang jahat yang bongkak! insyallah... Weh sebenarnye nak citer semalam aku ngan org umah tercinte pi usya ke alam Rhythm Of The 21st Centuary yang diterjemahkan oleh pengarca terkenal negara iaitu Raja Shahriman Bin Raja Aziddin. Beliau ialah Orang Seni yang menetap di Kuala Kangsar. Konsep yang diketengahkan oleh beliau ialah peperangan yang mana ia menggunakan kepingan besi seperti serpihan bom dan besi berbentuk peluru untuk disatukan menjadi arca yang perhhh!. elemen serpihan bom digambarkan dengan kepingan besi yang bersifat keras, tajam dan ganas yang membawa kepada kemusnahan manakala elemen peluru pula mewakili senjata pemusnah. Arca-arca tersebut dihasilkan dengan pelbagai2 kerektor dan gambaran yang tersendiri yang mana merujuk kepada sifat ego manusia yang menjadi hambe kuasa dan juga ada yang memaparkan kesan peninggalan daripada kisah peperangan yang terjadi. yang bestnye semua besi2 yang digunakan die yang bentukkan sendiri tau. gempak giler..Mmg rugi la kalau tak pi usya. double thumb up kepada Raja Shahriman!


Note: kalau nak usya pi la kat Suria KLCC, Tingkat 3, leh datang hari selasa-ahad dari kui 10 pagi hingga 8 malam. masuk adalah FREE. dan pameran ini bermula dari 29.10.2009-24.01.2010. atau nak lai maklumat lanjut usya kat sini http://www.galeripetronas.com.my/


Raja Shahriman disamping monolog-monolognye.


Tempat beliau menterjemahkan bakat seninya menghasilkan sculptures gempak.


Tangan Seni Menempa Besi!

Dan Hasilnya.........



Hulubalang In Action!



`Terminator' Raja Shahriman nak bertempur



Gerak Tempur


Alang Durjana

1 comment: