Hari nie aku nak kongsi pasal `Penyedap' yang abg2 Chef kita selalu pakai untuk mentiptopkan makanan yang mereka masak. Semalam aku ader terbace satu artikel yang bertajuk `Chef Islam Mesti Dalami Hukum Halal Haram'. Mengikut artikel tersebut, MAJORITI restoran atau hotel yang menyediakan makanan cina mengguna wain beras dalam kebanyakan masakan mereka. Begitu juga makanan ala2 kebaratan, ke`Perancisan' dan ke`Jepunan' yang mana chefnye menggunakan cuka wain (wine vinegar) bagi menepati cita rasa masakan berkenaan. Tanpa kita sedar jugak alkohol digunakan secara meluas seperti perasa dan pewarna (pembuatannya menggunakan alkohol sebagai pelarut) yang digunakan secara meluas di dalam pembuatan kek, roti, biskut, coklat dan ais krim. Secara sifat semulajadinya alkohol (etanol) akan menjadi wap pada takat didih 78 darjah Celcius. Oleh yang demikian semua pakar2 didalam bidang masakan sekepala menyatakan alkohol yang ditambah akan hilang selepas melalui proses masak-memasak contohnya wain akan dicampur ke dalam sos di akhir proses masakan dan dibiarkan 20 hingga 30 saat sebelum api dipadam dan setelah tiada lagi pembentukan api yang membara dalam makanan, dieorang membuat kesimpulan bahawa semua alkohol yang di campurkan telah terbakar. Tetapi fakta ini didapati salah dan tak benar. kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)telah membuktikannya. Lagi Menyedihkan Chef Muslim terkenal pun telah mengaku menggunakan wain beras dalam resepinya sebagai bahan penyedap. Dengan kompiden die bagi alasan yang die hanya mencampurkan sedikit je, tak mabuk pun... nanti masak, panas hilangla.. tapi untuk pengetahuan Chef tersebut dan kita semua yang mungkin masih kurang ilmu, arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan tetap haram. Sabda Rasullullah SAW. "Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikit pun haram. (Hadis Abu Daud Dan An-Nasai'i).
Sabda Rasullulah SAW : "Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka" (Hadis Muslim).
Mazhab Syafie berpendapat najis boleh suci dengan istihalah dalam tiga keadaan:
1) Arak yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka.
2)Kulit Binatang Yang Disamak (tidak termasuk kulit babi dan anjing)
3)Bangkai Binatang yang dicernakan melalui pereputan dan bertukar jadi ulat dalam kitaran baru kehidupan.
Istihalah disini bermaksud perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada benda lain meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda berkenaan atau perubahan yang berlaku ke atas sesuatu benda daripada sifat asalnya kepada sesuatu bentuk lain dan menjadi menda lain. Cohtoh: Arak bertukar menjadi cuka, darah kijang bertukar menjadi kasturi, bangkai berubah menjadi garam, najis binatang menjadi abu dengan sebab pembakaran dan proses saintifik transgenik dalam tumbuhan. Najis babi yang sudah reput dan berubah menjadi tanah maka ia tidak dikategorikan sebagai najis mughallazah.
Namun ada juga pendapat dari Al-Syafie dan Jumhur ulama menyatakan, arak yang dimasukkan sesuatu seperti bawang atau ragi(yis) untuk mempercepatkan menjadi cuka akan kekal hukum najisnya dan tak suci, ini berdasarkan hadis riwayat drp Anas Malik bahawa Rasulullah ditanya hukum arak yang diproses menjadi cuka. Baginda menjawab: `Tidak Harus'. ini bermakna arak yang bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya maka arak itu menjadi suci walaupun ia bertukar atau diubah tempat letaknya dari bercahaya kepada teduh atau sebaliknya. Satu kes lagi jika arak itu menjadi cuka disebabkan percampuran bahan tambah walaupun tidak memberi kesan atau dibuang bahan tambah itu sebelum bertukar menjadi cuka maka ianya tetap najis (tak suci).
Muzakarah majlis Fatwa Kebangsaan pada April 2006 telah memutuskan: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan luar. bagaimanapun, jika perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.
Namun begitu, alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya tapi dihasilkan melalui proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis artikel tersebut untuk mengelakkan kekeliruan timbul maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ianya merujuk kepada arak.
Atas dasar fardu kifayah terutamanya kepada penganut Islam marilah kita sesama menyampaikan maklumat ini kerana apa yang dimakan akan menggambarkan tingkah laku yang boleh menjejaskan hubungan dengan Allah, Manusia dan Alam dan yang paling penting bagi menjaga generasi Islam.
P/s: kalau korang nak mencari makanan halal lagi baik leh la usya kat http://www.halal.gov.my/
sumber maklumat dan artikel dari Berita Harian. Thanks!
gambo sekadar nak menghias
No comments:
Post a Comment