Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, November 19, 2009

Salam Zulhijjah


salam.... hi korang...

Alhamdulilah.. bertemu lagi kita dengan bulan diantara bulan haram selain Muharram, Rejab dan Zulkaedah. Bulan yang dimaksudkan ialah bulan Zulhijjah sebagaimana yang kita tau bulan ini merupakan bulan yang ke-12 kalau mengikut takwim atau kelender hijrah.

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji. ini adalah kerana Rukun Islam kita yang ke-5 itu dikerjakan didalam bulan yang mulia ini.

Pada mulanya rukun ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail A.S sehingga Zaman Rasulullah S.A.W.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada satu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir ( Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulilah)," (Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Rasululllah juga menyatakan amalan yang sangat besar ganjaranya dilakukan pada bulan ini iaitu:

1)Menunaikan Ibadat Haji Dan Umrah.

2)Berpuasa pada 10 hari pertama, terutama pada hari Arafah (9 zulhijjah). Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Puasa pada hari Arafah dengan mengharapkan keredaan Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis Riwayat Muslim)

3)Membasahkan Lidah dengan pelbagai zikir. Disyariat juga bertakbir pada hari yang mulia itu samaada pada siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardu (berjemaah). Bagi yang tidak menunaikan haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu zuhur Aidiladha pertama iaitu 10 Zulhijjah dan semuanya berakhir pada 13 Zulhijjah.

4)Bertaubat dan terus meninggalkan semua perkara mungkar. Dalam Masa yang sama perbanyakkanlah amalan yang baik dengan tujuan mencapai keampunan dan rahmat Allah.

5)Umat Islam yang berkemampuan leh melakukan amalan Qurban pada hari raya haji dan hari-hari tasyriq yang berikutnya iaitu pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.

6)Menunaikan Solat Aidiladha berjemaah dan mendengar khutbah supaya mendapat pengajaran daripadanya.

No comments:

Post a Comment