Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, July 2, 2010

Abg Si Penjaja Buah Potong

Salam hi korang..... aritue mase pas solat kat Surau Al-Ikhlasiah di Keramat Jaya. Aku sempat berborak ngan seorang abg yang gigih berniaga menggunakan motosikal old skool roda tiganya. Nama panggilan abg nie ialah Eddy. Abg nie modus operandinye (chewah cam rancangan 999 plak he..he..) adalah meniaga air, rojak buah dan buah potong. Kerap jugala aku beli air cincau kat abg nie sementara menunggu org umah aku balik kije. sebab abg nie selalu meniaga kat pintu pagar sekolah yg berhampiran ngan tempat kije org umahku. Disebabkan mase tue cuti sekolah maka dengan itu abg tue hanya berniaga dikawasan2 strategik berdekatan dengan rumahnya. kebetulan plak abg tue pun solat kat surau yang sama ngan aku. So pas solat aku tgk abg tue sempat meniaga di kawasan surau dan tgh rancak melayan customer. Aku tanpa berfikir panjang terus membeli air cincau dan buah honey dew potong yang bersalut serbuk asam he..he.. so sambil menikmati air dan buah tue aku pun gatai mulut bertanyakan berapa lama dah abg nie menceburkan diri dengan bisnes nie.. sebenarnya yang membuatkan aku tertarik nak bersembang dengan abg nie ialah moto yang digunakan utk berniaga. Sebab aku rasa moto yang digunakan mmg tahan lasak memandangkan abg nie dah bisnes semenjak 26 tahun lepas iaitu semenjak tahun 1984. dan selepas 26 tahun berkhidmat moto nie masih gagah berkongsi perit jerih bersama abg nie dalam meneruskan kehidupan. chewah! abg nie menggunakan moto jenis Honda CG 125 cc. tips yang sempat diberikan utk jaga motonye ialah menukar minyak hitam secara berkala. mmm mmg aku tak nafikan tips tue mmg berkesan.

Ditanyakan pula mengenai pendapatan hasil menjajanya. abg nie bgtau sehari boleh dapat sampai RM250-300 kotor. tolak modal dalam Rm 1++. Itupun bergantung pada cuaca, kalau panas banyakla kalau hujan pendapatan berkurang. Bila bulan puasa lagi banyak die dapat untung. Abg Eddy sempat gak memberikan sepatah 2 kata kepadaku yangmana bila nak berniaga nie niat kena betul. Minta pada Allah agar diberikan rezeki yang berkat agar hidup lebih tenteram. Katannya lagi apa guna ada duit banyak kalau selalu ada masalah dalam keluarga, itu tandanya rezeki yang tak berkat la tue.. mmm pasal harge jualan abg eddy nie mmg aku tak nafikan murah dan tak mencekik darah. Selain daripada berniaga Abg eddy banyak meghabiskan masa dengan berkaraoke dan pernah mendapat no 2 dalam pertandingan karaoke peringkat flat tempat die tinggal..he..he.. All the Best utk Abg Eddy Si Penjaja Buah Potong!


Antara Pelanggan-pelanggan Yang Turut Memeriahkan


Moto Yang Berjasa Pada Abg Eddy


`Honda' The Power Of Dream


26 Tahun Berkhidmat....


Pose istimewa untuk pelanggan2 setia....

2 comments:

  1. sempoi..... bro... mohon copy gambo boleh>????

    ReplyDelete
  2. silakan bro! mana yang memberikan manfaat

    ReplyDelete