Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Wednesday, November 10, 2010

Awasi Anak Kecik Anda Ketika Bershopping!

Salam.. hi korang!

Aku ader dapat email yg difowardkan oleh org umah aku.. semoga kita semua lebih berhati2 dan waspada di hari2 mendatang... jom usya...

Penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU3 Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.

Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...

Semoga peristiwa ini juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment