Monday, April 26, 2010
Tanda Aku Menyokong Projek I Am Malaysian!
Salam.. hi korang!
Alhamdulilah, Syukur kerana seorang rakyat Malaysia yang bersemangat waja telah selamat memulakan pengembaraan solo yang akan melalui 27 buah negara melalui projek `I Am Malaysian' yang dijangka memakan masa selama 4 bulan. Flag Off yang dilakukan oleh Awie diadakan di Sri Pentas pada 24.04.2010 pada kui lebih kurang 9.40 pagi telah diadakan dengan jayanya. Awie turut ada disitu sebab nak promosikan konsertnye. Aku dengan semangat yang berkobar2 telah hadir ke Sri Pentas di Bandar Utama untuk sama2 mengikuti upacara pelepasan Pengembaraan Solo si Hadi sambil berkonvoi mengiringi beliau hingga ke tol Sg. Buloh. Harinie(26.04.2010) kalau mengikut perancangan pengembaraan si Hadi akan bermula di Surat Thani hingga Ke Bangkok yang melalui jarak perjalanan 700KM. Semoga beliau akan dapat meneruskan pengembaraan dengan semangat yang membara walaupun aku difahamkan projek nie tak mendapat tajaan daripada mana2 pihak termasuk pembuat motosikal sendiri iaitu Modenas! (sila komen/betulkn kalau aku salah) Cheeeeet!!! apa nie Modenas?? jgnla taik idung masin sangat nak menaja projek2 camni. malu la wei.. patutnye mase2 camni la ngko nak menjual nama ngko. ke ngko tak yakin akan kelasakan moto keluaran ngko? ataupun ngko tak yakin projek nie akan berjaye?. Masetue pun aku takde la nampak batang idung org2 kuat kerajaan untuk bersama2 mengikuti program yang bagi aku leh mengharumkan nama negara nie. (agaknye sibuk pasal pilihan raya kat Hulu Selangor kot). Lai satu aku nak komen pasal pihak pengurusan kat Sri Pentas tue. Alahai sediakan la makanan cket(Nasi lemak sorang sebungkus pun takpe) untuk program2 camni. aku cakap camtu bukan geram sebab aku tak dapat makan tapi kesian kat si Hadi nie memulakan pengembaraan dengan perut yang lapo. Aku sendiri dengo pengakuan yang si Hadi nie lapo sambil memegang perut sebelum memulakan perjalanan di tol Sg. Buloh. Aku harap dimasa2 mendatang, pihak2 yang bersangkutan jgnla sibuk nak menaja program2 yang berbentuk hiburan je tapi bile program yang patriotik nie seolah2 dipandang enteng je. Jgn nanti bile projek dah berjaye baru terhegeh2 nak jaja nama.mmmm takpela....yang penting si Hadi nie dapat meneruskan misinya dan aku doakan agar beliau akan selamat pergi dan balik. Go..Go Chaiyok Hadi! Malaysia Boleh!
Aku yang paling awal datang pagi tue (semangat tak ingat punye) he..he..
Antara yang terawal datang.
Menunggu sebelum dibenarkan masuk di perkarangan Sri Pentas
Sri Pentas...
Moto2 yang akan mengiringi semasa Flag Off.
Ready utk On The Air!
Moto yang diberikan nama `Lil G' oleh Hadi
Antara barang2 yang dibawa untuk mengembara
Hadi Thumb up!
No Enjin `Lil G'
Jalur Gemilang yang akan bersama Hadi sepanjang pengembaraannya
Doa Selamat Sebelum Flag Off
Mereka sekeluarga antara yang semangat menyokong!
Berhenti di selepas tol Sg. Buloh untuk bersalaman n bergambar
moto2 yang sama spesis dengan moto Hadi iaitu GT 128
Blinky!
Gambo hadi sempat dirakam oleh aku ketika hendak memulakan pengembaraan solonye dari Plaza Tol Sg buloh. Semoge Sukses!
P/s: Hadi menyimpan hasrat untuk tidak membasuh motonye sepanjang misi pengembaraannya (untuk mengumpul koleksi debu2 dari setiap negara yang dilawati katenye he..he..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment