Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, April 23, 2010

Pokok Angkatku Si Cempaka Hutan...

Salam Hi Korang...

Hi korang... pekabo... semalam aku ader ikut satu program yg menarik yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Putrajaya iaitu `Majlis Pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok' dengan tema `Hijaukan Bumi: Satu Warga Satu Pokok'. Kempen ini dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Bumi Sedunia Ke-40 yang mana disambut setiap tahun pada 22 April. pada hari yang sama gak turut dilancarkan sambutan di peringkat kebangsaan tahun 2010 sebagai `Tahun Biodiversiti Antarabangsa' dengan tema `Biodiversiti Ialah Kehidupan,Biodiversiti Ialah Kehidupan kita' .Jumlah pokok yang akan ditanam iaitu 26 juta pokok bersamaan dengan 26 juta penduduk Malaysia. Untuk pengetahuan korang 26 juta pokok nie bukanlah ditanam terus semalam, kempen ini akan berjalan selama 5 tahun untuk mencapai target 26 juta pokok. So semalam, selepas dilancarkan oleh Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, aku bertiga ngan kengkawan opis sepakat untuk memilih satu pokok untuk ditanam, Pokok angkat kami ini bernama Cempaka Hutan. Antara pokok-pokok lain yang ditanam semasa kempen ialah Ara Waringin, Balau Pasir, Bunga Tanjung, Cempaka Putih, Chengal, Damar Minyak,Gelam, Jelutong dan banyak lagi. Hope pokok-pokok yang ditanam di Putrajaya iaitu sebanyak 500 pokok dan beberapa ribu lagi di sekitar Kuala Lumpur dapatlah hidup dengan subur dan dipanjangkan hayatnye oleh Allah amin.....

Sedikit maklumat mengenai pokok yang kami tanam.

Nama Glamor: Cempaka Hutan
Famili: Rubiaceae
Genus: Gardenia (cam nama roti je he..he..)
Nama Saintifik: Gardenia Carinata


Maklumat Ringkas:

Habitat asal ialah dikawasan tropik hingga subtropik seperti Afrika, Asia Selatan, Australia dan Oceania. Spesis pokok ini banyak dijumpai di kawasan utara semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Kedah Gardenia. Pokok ini merupakan tumbuhan malar hijau yang boleh tumbuh sehingga 15m tinggi. Pokok ini mempunyai petumbuhan yang sederhana dan mudah dijaga. Silaranya berbentuk bujur atau bujur lebar, kengkadang rendang dan hampir bulat. Mempunyai bunga yang menarik berbentuk trompet, berbau wangi dan harum serta bewarna kuning tua apabila mekar. Sifat saiznya yang kecil dan sederhana besar serta baunya yang wangi menyebabkan pokok ini sering dipilih untuk menghiasi kawasan pekarangan pejabat,bahu jalan yang sempit di samping menjadi pokok penghias taman.
Antara gambo semasa program diadakan.






Khemah yang disediakan untuk perasmian tersebut


antara jemputan2 yang hadir


Ucapan sempene kempen oleh YB Dato Sri Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar)


Simbolik Kempen menanam 26 juta pokok.


Mari menanam pokok


Semua tgh sibuk menanam pokok memasing


Tak ketinggalan orang asli turut dijemput untuk menjayakan pelancaran kempen tersebut.


Pokok kitaorang menunggu masa untuk ditanam


Name Tag Pokok Kiteorang


Pokok kiteorang(aku, Kak Nura n Wani) yang telah siap ditanam


Pokok kiteorang berlatarbelakangkan Putrajaya Convention Center cayalah!


Pokok Yang Ditanam oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.




Antara 500 pokok yang ditanam diputrajaya pada hari tersebut.

2 comments:

  1. eii, bagus tau tanam pokok nih, antara bekalan akhirat, pokok tu akan berzikir kat kita..sbb tu org kg dulu2 suka sgt berkebun..

    ReplyDelete