Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, March 18, 2011

Disiplin Si Rakyat Jepun

Assalam...

Hi korang.... kite semua mesti sudah maklum akan kejadian gempa bumi dan tsunami yang menyerang negara Jepun baru-baru ini.. Di dada2 tv dan kebanyakan media cetak telah memberikan gambaran kerakusan ombak yang telah memusnahkan beberapa kawasan di Jepun. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa pulak meletup yang mengakibatkan penyebaran radiasi yang boleh mengganggu kesihatan disamping menambahkan lagi kemusnahan di Jepun. Walaupun ditimpa musibah2 tersebut rakyat Jepun masih tetap kekalkan disiplin mereka. Tabik aku melihat tahap kesabaran dan disiplin yang ada pada rakyat Jepun. mmmmmm satu contoh sikap yang baik utk kita contohi. bolehke rakyat negara kita berdisiplin cam rakyat Jepun?

Mereka telah berjaya membentuk peradapan yang cukup tinggi walaupun di dalam situasi krisis bencana alam yang meruncing. AS juga pernah menghadapi bencana alam seperti banjir di mana semasa kejadian masalah yang utama ialah kecurian harta benda yang sukar dikawal. Kalau kat negara kita takyah cakap ar.. tak de bencana pun tak leh nak ikut peraturan dan beratur...bukan aku nak kondemkan rakyat negara kita tapi Korang bandingkanlah sendiri...

pepun jom kita usya gambo yang menunjukkan tahap kesabaran rakyat jepun dalam menangani bencana yang menimpa negara mereka.











No comments:

Post a Comment