Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, March 22, 2011

Bila Bumi Terkucil Dari Paksinya



Assalam

Hi korang... mungkin korang dah baca n tau pasal kajian saintis dari Amerika dan Itali yang menyatakan kesan dari gempa bumi yang kuat di Jepun baru-baru ini mengakibatkan bumi berganjak dari paksinya sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur. Gempa tersebut juga telah menyebabkan sebahagian daripada tanah bergerak hampir 2.5 meter.

gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu juga turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. Prof dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

Seperti yang telah disaksikan telah banyak bencana alam berlaku baik di dalam dan di luar Negara. Peringatan demi peringatan telah diberikan Allah kepada kita umat akhir zaman nie.. sesamalah kita berharap dan terus berdoa agar kita semua tidak dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang lalai.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)

2 comments: