Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, March 3, 2011

Biarla Kuburkan Masing-Masing!

Assalamualaikum.....

Hi Korang! sakit ati betul aku baca tajuk post aku kali hu..hu.. tapi kate itu la yg keluar dari mulut seorang lelaki melayu yang tanpa segan silu mengaku minum arak apabila ditanya seorang wartawan TV3 dalam rancangan 360 malam semalam yang memaparkan kisah masyarakat kita yang menghabiskan masa dan wang ringgit di kelab2 malam. "Kalau dah masuk kelab tue tak enjoyla kalau tak minum" kata lelaki tue lagi yang menjawab soalan wartawan adakah dia minum arak apabila setiap kali pergi berhibur ke kelab. Astagfirullahalazim......

Wartawan tersebut juga ada menemuramah perempuan melayu (17 tahun) yang berkunjung ke salah sebuah kelab malam. Pakaiannya takyah aku nak cakap la camne rupenye.. perempuan tersebut menipu kedua ibubapanya dengan mengatakan pergi kelas malam dan terpakse tido dirumah rakan untuk belajar walhal pi menempah tiket ke neraka! perempuan yang mengakui terjebak dan ketagih untuk berhibur dikatakan terpengaruh dengan rakan-rakan. Bila ditanya apakah yang membuatkan perempuan tersebut selalu pi ke kelab malam. " saya rasa bangga bila pi kelab malam", "saya tak bolehla duduk diam kat rumah saya mesti takkan tolak pelawaan kawan2 bila dieorang nak pi ke kelab." kata perempuan tue lagi. Astagfirullahalazim.....

Bukan setakat pemuda pemudi. Orang yang berumur yang nak mati pun taknak ketinggalan untuk berhibur di kelab-kelab dangdut. '' Saya menghabiskan dalam RM 3-4 ribu sebulan untuk berhibur", " Kat sini saya boleh hilangkan stress bekerja". kata seorang lelaki yang menjadi pengunjung tetap kelab dangdut terkenal di ibukota. " kat sini kita boleh pilih mana satu perempuan yang kita suka untuk menari, pegang sket2 dan ada juga boleh menyediakan servis yang lain" ( korang paham2 la). Kata lelaki tue lagi.. Astagfirullahalazim.......

Astagfirullahalazim.... Astagfirullahalazim....Astagfirullahalazim... kenapa mereka2 ini berbangga sangat untuk melakukan maksiat? Tak takutke mereka dengan balasan Allah!. Jahilnya mereka2 ini! Mudahnya hati2 mereka untuk melakukan kemungkaran. Alasan yang sering digunakan " Biarla Kuburkan Masing-Masing". Korang pastike keadaan kubur korang bila korang mati nanti? tah2 dengan kemungkaran yang korang lakukan Allah turunkan Bala kepada kita semua sekaligus! masetue korang taula kubur korang memasing ke tak?

Wei Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan.. Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat.. Semoga kita semua dijauhi dari bala Allah dan di ampunkan dosa2 yang telah kita lakukan.

Ingat 5 perkara Sebelum 5 Perkara

Muda Sebelum Tua
Kaya Sebelum Miskin
Sihat Sebelum Sakit
Hidup Sebelum Mati
Lapang Sebelum Sempit

No comments:

Post a Comment