Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, March 22, 2011

Bila Bumi Terkucil Dari Paksinya



Assalam

Hi korang... mungkin korang dah baca n tau pasal kajian saintis dari Amerika dan Itali yang menyatakan kesan dari gempa bumi yang kuat di Jepun baru-baru ini mengakibatkan bumi berganjak dari paksinya sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur. Gempa tersebut juga telah menyebabkan sebahagian daripada tanah bergerak hampir 2.5 meter.

gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu juga turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. Prof dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

Seperti yang telah disaksikan telah banyak bencana alam berlaku baik di dalam dan di luar Negara. Peringatan demi peringatan telah diberikan Allah kepada kita umat akhir zaman nie.. sesamalah kita berharap dan terus berdoa agar kita semua tidak dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang lalai.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)

Monday, March 21, 2011

Ayam `Bogel'.....

Assalam..

Hi korang.... tgk berite tak semalam? harge ayam bogel (ayam yang siap diproses maksud aku hu..hu..) naik sehingga lapan hinggit lebih sekilo? giler ah... antara alasan yang diberikan ialah cuti sekolah permintaan tinggi sebab ramai org kawin, banjir bekalan susah nak dapat n alasan yang paling tak bijak ialah akibat tsunami! kah..kah..kah.. hantu betul! baik korang gune alasan harge ayam naik disebabkan harge emas naik tak pun harge getah naik lai terserlah ketidakbijakkan korang.. korang nie kire nak mencekik tengkuk orang je la.. agak2 la wei... sebenarnye harge ayam nie dikawal oleh pihak2 tertentu.. suke suki dieorang la nak naikkan harge.. dieorang tgk pihak2 berwajib buat bodoh je dieorang buatla suke suki hati dieorang..

Macammana aku tau? aku pun pernah jadi penternak ayam n aku pun pernah ada pengalaman membogelkan ayam jugak.. harge dari anak ayam, makanan ayam, ubat2 utk ayam semua dalam gengaman yerorang(pihak2 tertentu) contohnye anak ayam korang nak beli.. kalau yerorang tau harge ayam akan naik( contohnye nak dekat raye n cuti sek) yerorang takkan jual anak ayam kat korang pun semua yerorang bele sendiri. Kalau ada pun yerorang bagi korang anak ayam yang gred c anak ayam yang tak berape nak sihat, ayam2 daging nie tak lame nak belenye 90 hari dah leh jual. bab makan tue mmg aku akui ar ayam nie mmg 24 jam makan selagi makanan ada kat depan die.. tak tau ar aku kalau harge makanan ayam nie punce harge ayam naik jugak. tapi aku rase tak patutla yerorang letak harge cam skang nie.. mmg melampau.



Sampai ayam pun mengalami keguguran bulu dengo alasan korang naikkan harge.

Friday, March 18, 2011

Disiplin Si Rakyat Jepun

Assalam...

Hi korang.... kite semua mesti sudah maklum akan kejadian gempa bumi dan tsunami yang menyerang negara Jepun baru-baru ini.. Di dada2 tv dan kebanyakan media cetak telah memberikan gambaran kerakusan ombak yang telah memusnahkan beberapa kawasan di Jepun. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa pulak meletup yang mengakibatkan penyebaran radiasi yang boleh mengganggu kesihatan disamping menambahkan lagi kemusnahan di Jepun. Walaupun ditimpa musibah2 tersebut rakyat Jepun masih tetap kekalkan disiplin mereka. Tabik aku melihat tahap kesabaran dan disiplin yang ada pada rakyat Jepun. mmmmmm satu contoh sikap yang baik utk kita contohi. bolehke rakyat negara kita berdisiplin cam rakyat Jepun?

Mereka telah berjaya membentuk peradapan yang cukup tinggi walaupun di dalam situasi krisis bencana alam yang meruncing. AS juga pernah menghadapi bencana alam seperti banjir di mana semasa kejadian masalah yang utama ialah kecurian harta benda yang sukar dikawal. Kalau kat negara kita takyah cakap ar.. tak de bencana pun tak leh nak ikut peraturan dan beratur...bukan aku nak kondemkan rakyat negara kita tapi Korang bandingkanlah sendiri...

pepun jom kita usya gambo yang menunjukkan tahap kesabaran rakyat jepun dalam menangani bencana yang menimpa negara mereka.











Friday, March 11, 2011

Balasan Allah Tetap Menanti

Assalam...

Hi korang...

Pernah tak korang menerima balasan dari Allah disebabkan kesalahan dan kemungkaran yang pernah korang buat? contohnya jika anak2 kita sekarang nie tidak mendengar kata mungkinkah kita dahulu masa kecik2 pun melawan mak bapak sehingga ia berpatah balik kepada kita atau kita dapat kekayaan hasil daripada pendapatan yang haram seperti menipu, mencuri ,rasuah dan sebagainya adakah hidup kita akan hidup aman dan tenteram selamanya? satu lagi contoh jika kita melakukan perkara2 maksiat seperti berzina, pergaulan bebas, mengadakan hubungan dengan isteri dan suami orang dan sebagainya. Adakah kita akan bebenar merasai nikmat bahagia?

Firman Allah S.W.T:

"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8]

So dengan kehendak Allah tak mustahillah jika kita melakukan kejahatan2 yang tersebut diatas kita akan menerima balasan cash di dunia. Kalau tak kene kat korang mungkin anak kita yang terima balasannya takpun ahli kuarge kite yang lain dan yang pastinya jika kita tak bertaubat dan minta maaf kepada orang yang kita telah sakiti atau aniayai kompem kite mendapat balasan Allah di akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Adil!

Kesimpulanya kita yang telah melakukan kejahatan dan kemungkaran tak kira samaada dah terkena balasan di dunia or belum jom kita muhasabah diri dan kembali pada jalan Allah. Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah dan Khalifah Nya di muka bumi seharusnya menjalankan tanggungjawab Amal Makruf Nahi Mungkar dengan berbuat baik dan meninggalkan larangan Allah. Insyallah kita akan mendapat keredhaan Allah. Amin.

p/s: Janganlah kita menganiaya orang, kelak tuhan akan membalas kita balik. Tuhan tidak pernah lupa kepada apa yang kita lakukan pada orang lain. Doa orang yang dianiaya adalah mustajab.

p/s lagi: Jika kita teraniaya, serahkan sepenuhnya pada tuhan untuk membalasnya.
Jika kita yang menganiaya orang, bersedialah menerima pembalasan darinya.

Thursday, March 3, 2011

Biarla Kuburkan Masing-Masing!

Assalamualaikum.....

Hi Korang! sakit ati betul aku baca tajuk post aku kali hu..hu.. tapi kate itu la yg keluar dari mulut seorang lelaki melayu yang tanpa segan silu mengaku minum arak apabila ditanya seorang wartawan TV3 dalam rancangan 360 malam semalam yang memaparkan kisah masyarakat kita yang menghabiskan masa dan wang ringgit di kelab2 malam. "Kalau dah masuk kelab tue tak enjoyla kalau tak minum" kata lelaki tue lagi yang menjawab soalan wartawan adakah dia minum arak apabila setiap kali pergi berhibur ke kelab. Astagfirullahalazim......

Wartawan tersebut juga ada menemuramah perempuan melayu (17 tahun) yang berkunjung ke salah sebuah kelab malam. Pakaiannya takyah aku nak cakap la camne rupenye.. perempuan tersebut menipu kedua ibubapanya dengan mengatakan pergi kelas malam dan terpakse tido dirumah rakan untuk belajar walhal pi menempah tiket ke neraka! perempuan yang mengakui terjebak dan ketagih untuk berhibur dikatakan terpengaruh dengan rakan-rakan. Bila ditanya apakah yang membuatkan perempuan tersebut selalu pi ke kelab malam. " saya rasa bangga bila pi kelab malam", "saya tak bolehla duduk diam kat rumah saya mesti takkan tolak pelawaan kawan2 bila dieorang nak pi ke kelab." kata perempuan tue lagi. Astagfirullahalazim.....

Bukan setakat pemuda pemudi. Orang yang berumur yang nak mati pun taknak ketinggalan untuk berhibur di kelab-kelab dangdut. '' Saya menghabiskan dalam RM 3-4 ribu sebulan untuk berhibur", " Kat sini saya boleh hilangkan stress bekerja". kata seorang lelaki yang menjadi pengunjung tetap kelab dangdut terkenal di ibukota. " kat sini kita boleh pilih mana satu perempuan yang kita suka untuk menari, pegang sket2 dan ada juga boleh menyediakan servis yang lain" ( korang paham2 la). Kata lelaki tue lagi.. Astagfirullahalazim.......

Astagfirullahalazim.... Astagfirullahalazim....Astagfirullahalazim... kenapa mereka2 ini berbangga sangat untuk melakukan maksiat? Tak takutke mereka dengan balasan Allah!. Jahilnya mereka2 ini! Mudahnya hati2 mereka untuk melakukan kemungkaran. Alasan yang sering digunakan " Biarla Kuburkan Masing-Masing". Korang pastike keadaan kubur korang bila korang mati nanti? tah2 dengan kemungkaran yang korang lakukan Allah turunkan Bala kepada kita semua sekaligus! masetue korang taula kubur korang memasing ke tak?

Wei Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan.. Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat.. Semoga kita semua dijauhi dari bala Allah dan di ampunkan dosa2 yang telah kita lakukan.

Ingat 5 perkara Sebelum 5 Perkara

Muda Sebelum Tua
Kaya Sebelum Miskin
Sihat Sebelum Sakit
Hidup Sebelum Mati
Lapang Sebelum Sempit

Monday, February 21, 2011

Parking Yang Ngeri...

Assalam.....

Hi korang! pekabo... aritu di suatu tempat letak kete aku terlihat sesuatu yang sangat mengeri kan aku. Jom usya...

Dua bijik kete mahal yang diparkingkan terlalu rapat.

fuhhhh! nasib tak kene..
ngeri tak? ngeri tak? hu..hu..

Thursday, February 17, 2011

Kisah Suami Isteri Yang Nak Cerai...

Assalam...

Hi Korang! arini aku nak kongsi kan pasal rumahtangga org. he..he.. macam kepoci pulak aku sibuk nak citer kisah tepi kain orang yek.. hu..hu takdela kisah ni boleh kita jadikan teladan dan mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. so??? check it up!

Sepasang suami istri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua asset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si istri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu. Akhirnya mereka menemui seorang hakim, meminta petunjuk hakim tersebut bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Tuan Hakim akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Karena si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Tuan Hakim berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berjaya untuk menambah anak sehingga kalian membatalkan permohonan untuk bercerai?". Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai". "Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Tuan Hakim. "Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar!!".


Beberapa hikmah:

1. Menunda adalah tindakan negatif tetapi adakalanya bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.