Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Monday, August 2, 2010

Jujur



Salam...

Hi korang.. perkabo... topik arini ialah `Jujur' sebelum aku mengupas dengan lebih lanjut chewah... siap nak kupas2 la pulak hu.. hu.. takdela aku tertarik dengan artikel mengenai sikap jujur nie yang ditulis oleh saudara adip di dalam surat kabo Berita Harian yang bertajuk `Jujur dapat bentuk manusia saling percaya, berkasih sayang.' mmg tak dinafikan oleh aku sifat jujur nie la yang membuat rasa saling percaya sesama manusia terutamanya di dalam skop hubungan pasangan suami isteri mahupun dalam hubungan sesama manusia. Menurut artikel tersebut definisi jujur mengikut pandangan Ulama ialah jujur itu sebagai kesesuaian perkataan dan perbuatan yang dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariat.

Setiap individu Muslim sangat dituntut memperhiaskan hati dengan sifat jujur atau benar dalam semua perkara. Kejujuran adalah sifat terpuji nabi dan akan membawa ke arah kebaikan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar...” (HR Bukhari dan Muslim).

Memiliki sifat jujur juga adalah kewajipan bagi orang yang beriman dan tidak wajar bagi kita semua utk mengabaikannye.

Pada masa kini, ternyata amat sukar mencari orang yang jujur dan dipercayai dalam masyarakat. Ramai yang lalai dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, hawa nafsu dan tidak dinafikan ada juga disebabkan kejahilan. Sehingga ada yang tergamak untuk terbabit dengan rasuah, menghalalkan cara, pecah amanah, menabur fitnah dan berdusta demi mencapai hasrat kepentingan peribadi. Keadaan buruk ini sangat membimbangkan dan pasti menjadi lebih parah sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing mereka ke jalan yang diredai.

Kesimpulannya, orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan, kelakuan dan sebagainya menepati ajaran Islam. Orang yang jujur sangat benci kepada segala jenis perbuatan ingkar yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah. Kalaupun terlanjur melakukan maksiat, akan segera bertaubat kepada-Nya dengan penyesalan serta dengan rasa takut akan azab Allah. Dia selalu sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Lantaran itu, orang yang jujur tidak mungkin mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam walau saat keseorangan dan tersembunyi.

Imam Al-Ghazali menyenaraikan jenis kejujuran yang perlu diamalkan oleh setiap orang Islam yang benar-benar merindui keredaanNya iaitu:

· Jujur lisan atau perkataan sebagai contoh menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat bohong dan menipu

· Jujur niat dan kehendak iaitu tercetus keinginan untuk beramal penuh ikhlas semata-mata kerana Allah SWT

· Jujur keazaman dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah (yang mana lahirnya semangat
untuk melakukan amalan, semangat itu juga lahir kerana Allah)

· Jujur dalam melaksanakan apa yang diazamkan (melakukannya dengan istiqamah dan tidak takut sebarang celaan yang datang, kerana dia melakukannya kerana Allah· Jujur dalam beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang bercanggah dengan apa yang ada dalam batin (tidak berpura-pura atau hipokrit), dan

· Jujur dalam setiap maqam agama seperti khauf, zuhud, reda, tawakal dan lain-lain.

Orang yang jujur dan benar, sudah tentu akan mendapat keredaan Allah manakala di sisi masyarakat mendapat sanjungan dan dihormati, dapat membentuk manusia yang saling percaya mempercayai dan berkasih sayang. Jika saat menghadapi kesulitan, sangat mudah baginya untuk mendapatkan pertolongan. Ini semua akan membuahkan ketenangan yang mendalam di jiwa. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah hal yang membimbangkan kalian menuju sesuatu yang tidak membimbangkan, sesungguhnya kejujuran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah kebimbangan” (HR Tarmizi)

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada artikel diatas dan dapat menjadikan kite sentiasa sedar dan saling ingat mengingati sesama kita. Sesungguhnya sesiapa yang tak menghiraukan nasihat yang baik utk dirinya or utk kebaikkan org lain adalah tergolong dalam golongan yang telah dibutakan hati! Wallahualam........

2 comments: