Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, October 6, 2009

Sejadah Berdiri Tanda Peringatan!!!

Salam.. kengkawan Muslimin dan Musliman..


Pernah tak terbace pasal sejadah yang berdiri dengan kakinya sendiri.. sejadah ade kaki ke? he..he... seperti yang kite semua tau, sejadah digunakan sebagai pengalas untuk kita menunaikan solat. Walaupun penggunaannya tak wajib, tapi asal kegunaan sejadah adalah untuk menjaga kebersihan dalam islam iaitu mencegah dari terkena habuk atau kuman dari lantai. masyarakat kita telah digemparkan dengan beberapa kejadian sejadah yang berdiri ataupun kalau di usya bebetui sejadah tue seolah2 cam sedang bersolat iaitu duduk diantara dua sujud. Subhanallah! apakah tandanya ini, adakah ini merupakan peringatan Allah kepada manusia yang semakin lalai menjalankan tanggungjawabnya untuk menunaikan solat?? Takutnya kita kan kalau ianya bebetul peringatan Allah dan kita semua mengabaikannya dengan selambe badak. adakah kita semua tergolong dalam manusia yang buta hati? nauzubillah.



Kejadian 1




Kejadian berlaku di Taman Kapar Setia yang mana seorang guru mendakwa sejadah miliknya yang dibeli di Makkah berdiri dengan sendirinya selama lebih kurang 32 Jam. Guru itu meletakkan sejadah yang digunakan di atas kerusi setelah menunaikan solat zuhur tetapi ditegur oleh anaknya yang perasan sejadah itu bergerak dan berdiri dengan sendiri. Wallahualam.




Kejadian 2




Kejadian berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas, yang mengemparkan seisi rumah warga emas. Kejadian itu berlaku selama 8 Jam dan akhirnya jatuh kembali apabila disentuh oleh tetamu yang hadir walau pun dah di bagitau jgn usik. degil tui! Wallahualam...




Kejadian 3





Kejadian yg nie plak berlaku kat Bukit Mertajam, yang mana ianya bermula disebabkan pertikaian antara si suami dan isteri mengenai arah kiblat di rumah mereka yang mana diragui kerana berbeza dengan arah kiblat yang digunakan di masjid berhampiran. Si Suami walaubagaimana pun telah membentangkan sejadah yang juga merupakan hantaran kawinnya yang berusia 3 tahun di sebuah bilik di rumahnya sebelum memandikan anaknya. si isteri yang nak mengambil baju untuk digosok dibilik tersebut telah terkejut melihat sejadah yang di bentang oleh suaminya telah berdiri dengan sendirinya. Wallahualam...


Sumber dari akhbar Berita harian & Kosmo. Thanks!

No comments:

Post a Comment