Salam... dan Selamat Sejahtera untuk semua...
Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon drama yang kita semua kenali iaitu Norlia Ghani di atas kematian anak ketiganya iaitu Edi Rizal Ramli yang telah meninggal dunia disebabkan telah terjatuh dari tingkat 7 di pangsapuri kediamannya di keramat. Apa yang pasti punca kematian arwah ialah kerana telah tergelincir dan terjatuh dari tingkat 7 kerana cuba menangkap Pencuri (orang jahat). Mungkin salah satu sebab arwah beriya-iya sangat nak menangkap orang jahat tu disebabkan arwah juga pernah ada pengalaman dirompak dan beberapa barangnya dicuri sebelum ini yang menyebabkan arwah berazam nak menghapuskan orang-orang jahat di kawasan penempatan mereka tanpa memikirkan soal keselamatan dirinya. Apa yang membuat saya bangga adalah keberanian arwah untuk berhadapan dengan orang jahat itu. perlu diingatkan juga disini bahawa setiap penjenayah akan cuba untuk melepaskan dirinya dengan cara apa sekalipun tanpa memikirkan nyawa orang lain. Katakanlah arwah berjaya melepasi tembok koridor rumah jirannya itu. Tapi arwah berkemungkinan ditolak, ditendang, dan dipukul sehingga terjatuh oleh orang jahat itu pula. Kalau nak dikutkan geram dihati mmg didoakan biar orang jahat itu je yang terjatuh. tapi kalau ikut cerita hindustan, orang jahat mmg liat nak mati. he..he.. pepandai je aku nie. Okla pepun, lain kali kalau kite berhadapan dengan situasi yang sama atau lebih kurang sama hendaklah kita fikirkan cara yang lebih selamat untuk kita menangkap orang jahat itu. biar orang jahat tue masuk jail. Padan Muke!!!! akhir sekali saya mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan orang-orang jahat akan sedar. Jasamu pasti dikenang Hero Keramat!
Sumber Bacaan dan Gambar dari Utusan Malaysia 28 Sept 2009. Thanks!
No comments:
Post a Comment