Salam Muhibbah Saudaraku Rakyat Malaysia Dan Indonesia,
Pertama sekali ingin sesangat memanjatkan kesyukuran kpd Allah disebabkan nikmat tidak terhingganya mengurniakan negara yang dicintai iaitu Malaysia kepadaku. Tujuan pertamaku mencoret hari ini adalah kerana sedih bila tertgk email yang dilihat oleh rakan sekerja yang bernama Zira (Nama Sebenar). Selepas meminta zira memfowardkan dan melihat sejelas-jelasnya email yang tersebut, tetiba hati bagaikan tersentap bila melihat saudaraku sendiri iaitu rakyat Indonesia menghina Jalur Gemilang kebanggaanku. Tidak setakat tue je kata2 yang ditulis di sepanduk2 bebetul mencalarkan rasa hormatku kepada Rakyat Indonesia. Beso sangatkah dosa Malaysia sampai dibuat camtu sekali??. Terus teranglah nak dikabokan kat sini mmg selama ini aku sesangat boleh menyelesakan diri bergaul dengan rakyat Indonesia, boleh nak dikatakan ramailah jugak aku kenal dengan rakyat indonesia yang bekerja mencari rezeki dekat sini. Lagu pebret aku pun lagu Indonesia tau `Widuri'.Kalau bebetuila isu yang beriya sangat dieorang nak pertahankan iaitu tarian Pandet. ambiklahh . Rasanya mmg bukan malaysia yang cakap tarian pandet tue warisan Malaysia, org luar yang salah buat cerita. kenapa nak sampai ganyang2 dan menghina Malaysia?. Saya rasa secara peribadi tarian pandet tue tak dibuat kat sini pun takpe. saya nak sarankan rakyat2 Indonesia yang sibuk nak cucuk rakyat malaysia dengan buluh runcing tue pergi la praktis Tarian Pandet warisan kebudayaan Indonesia tue dan buat promosi besar-besaran supaya lain kali orang tak silap bagitau tarian tue asal dari Malaysia tetapi Indonesia. Wahai saudaraku rakyat Indonesia! tak sedarkah kalian ada orang jahat yang tertawa berdekah2 melihat kita bergaduh? lupakan kalian hubungan baik yang pernah terjalin antara kita. percayalah kalau kita merumpunkan kembali tali silaturahim tue mesti orang jahat tue penin kepala, sakit hati tgk keakraban kita. Sedarlah keakraban kitalah kekuatan kita. jangan ikut hati, ikut hati mati kita nanti di ganyang oleh orang jahat. tak lupa juga aku nak ucapkan rasa bangga kepada saudaraku rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus mencari dan menyelamat rakyat2 Indonesia yang ditimpa malang bencana. tolonglah saudara2 kita dengan ikhlas walaupun dieorang tak suke kita dan kita tidak disambut dengan terhormat dan rasa bersyukur. saudaraku di Indonesia yang sibuk nak menganyang saudara sendiri tue pun digalakkan turut serta membantu dalam operasi tersebut. lebih mulia dan coolkan? Nak bagitau gak kat sini jugak kepada rakyat Indonesia yang bekerja kat sini, janganlah risau ye bapak2, Ibu2. Wak2, Neng, Bibik2 anda semua selamat! anda takkan diganyang dan dicucuk menggunakan buluh runcing! Insyallah. Saudaramu kat sini lebih suka guna buluh tue untuk buat lemang dan meriam buluh utk main perang olok2 dengan kampung sebelah bila nak raya.
Salam Serumpun.
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diaorg nih mmg, perasan best..negara pon huruhara, xsedar...
ReplyDeletebetui tue.. geram tui tgk gambo2 yerorg menghina negara kita.. tak sanggup nak post gambo tue kat blog nie.
ReplyDelete