salam... haluuu
pekabo? harap2 kengkawan semuanye masih didalam keadaan yang wacayalah! harinie setelah lama memerhati keadaan sekeliling dan sekitar aku, terdetik nak menaip kat sini mengenai sikap manusia yang mana bukan saje aku, tapi aku kompem korang sume pun tak berape gemo iaitu kede (kedekut, taik idung masin, haji bakhil, kemut, lokek, dan yang berkaitan). Secara khususnya kedekut ini bersangkut-paut dengan sikap berkire (takut pada kerugian,keluakan harta) iaitu tidak ingin membelanjakan duit/hartanya ke jalan yang baik kecuali ada kepentingan diri sendiri. (chewah pepandai je aku)
Firman Allah: Dan apa jua harta yang baik (halal) yang kamu infaqkan maka ia adalah untuk (kebaikan dan faedah) diri kamu sendiri. (Dan sepatutnya) kamu tidak berinfaq melainkan untuk mendapat keredhaan Allah. Dan apa jua harta yang baik yang kamu infaqkan akan disempurnakan (balasannya) kepada kamu dan kamu tidak akan dianiayai. [Al-Baqarah 272]
Firman Allah: Dan apa jua harta yang baik (halal) yang kamu infaqkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentangnya. [Al-Baqarah 273]
Dari Abu Hurayrah r.a.:Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Allah Ta'ala telah berfirman: Berinfaqlah wahai anak Adam nescaya Allah berinfaq ke atas kamu (yakni menggantikan apa yang kamu belanjakan). [Bukhari dan Muslim]
dari Firman-Firman Allah S.W.T di atas, jelaslah bahwa yang jika kita tak kedekut maka Allah tidak akan kedekut dengan rahmatnya ke atas kita. tidak dinafikan aku sendiri pun kengkadang tidak terlepas dari sifat kedekut tue. tapi yang pastinye sifat kedekut nie mmg datangnya dari hati kita yang tidak terjaga dan iman yang tak cukup kaw! Dan selalunya sifat2 tak best nie datang kalau kita lebih dari orang lain ye tak? yang mana selalunya rezeki kita lebih cket dari orang maka akan timbul rasa sayang sangat kat duit kat kita tue sehinggakan sampai tak mampu nak kongsi2 walaupun seciput duit tue walaupun untuk ibu bapa ke, pasangan idup ke, adik beradik ke, sanak saudarake, kengkawanke, rakan seopiske, rakan sebilikke, rakan serumah sewa ke dsb ke. Tapi yang pelik dan banyak berlaku skang nie mahupun dari zaman purbakala.. orang yang berpangkat-pangkat Beso nie la yang berkira sangat nak laburkan (bukan leburkan) duitnya utk dijamah oleh orang lain. Walaubagaimanapun alhamdulilah ada jugak orang yang berpangkat nie mmg tak tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi. mmg sangat permurah.semoga Allah Limpahkan lebih banyak rezeki kepada mereka2 ini amin..... moga2 akupun tidaklah kede dengan nikmat didunia. Wallahualam...
Thursday, October 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju2..mcm tau jek msg nih ditujukan utk sapa..patutnya 'sidia' membaca msg nih..atau pon kalau dia baca, tp still xpaham yg dimaksudkan tu adalah dia..
ReplyDeleteeh mcmmane en tau he..he.
ReplyDeletehmm..knp ada rasa cam tahu je hukhuk
ReplyDeletetapi tak berani nak serkap jarang ngeh3
smg akak tak tergolong dlm gol itu, ye tak? hukhuk