Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, November 19, 2009

Salam Zulhijjah


salam.... hi korang...

Alhamdulilah.. bertemu lagi kita dengan bulan diantara bulan haram selain Muharram, Rejab dan Zulkaedah. Bulan yang dimaksudkan ialah bulan Zulhijjah sebagaimana yang kita tau bulan ini merupakan bulan yang ke-12 kalau mengikut takwim atau kelender hijrah.

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji. ini adalah kerana Rukun Islam kita yang ke-5 itu dikerjakan didalam bulan yang mulia ini.

Pada mulanya rukun ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail A.S sehingga Zaman Rasulullah S.A.W.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada satu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir ( Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulilah)," (Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Rasululllah juga menyatakan amalan yang sangat besar ganjaranya dilakukan pada bulan ini iaitu:

1)Menunaikan Ibadat Haji Dan Umrah.

2)Berpuasa pada 10 hari pertama, terutama pada hari Arafah (9 zulhijjah). Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Puasa pada hari Arafah dengan mengharapkan keredaan Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis Riwayat Muslim)

3)Membasahkan Lidah dengan pelbagai zikir. Disyariat juga bertakbir pada hari yang mulia itu samaada pada siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardu (berjemaah). Bagi yang tidak menunaikan haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu zuhur Aidiladha pertama iaitu 10 Zulhijjah dan semuanya berakhir pada 13 Zulhijjah.

4)Bertaubat dan terus meninggalkan semua perkara mungkar. Dalam Masa yang sama perbanyakkanlah amalan yang baik dengan tujuan mencapai keampunan dan rahmat Allah.

5)Umat Islam yang berkemampuan leh melakukan amalan Qurban pada hari raya haji dan hari-hari tasyriq yang berikutnya iaitu pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.

6)Menunaikan Solat Aidiladha berjemaah dan mendengar khutbah supaya mendapat pengajaran daripadanya.

`Penyedap' yang haram!

salam.. hi korang..

Hari nie aku nak kongsi pasal `Penyedap' yang abg2 Chef kita selalu pakai untuk mentiptopkan makanan yang mereka masak. Semalam aku ader terbace satu artikel yang bertajuk `Chef Islam Mesti Dalami Hukum Halal Haram'. Mengikut artikel tersebut, MAJORITI restoran atau hotel yang menyediakan makanan cina mengguna wain beras dalam kebanyakan masakan mereka. Begitu juga makanan ala2 kebaratan, ke`Perancisan' dan ke`Jepunan' yang mana chefnye menggunakan cuka wain (wine vinegar) bagi menepati cita rasa masakan berkenaan. Tanpa kita sedar jugak alkohol digunakan secara meluas seperti perasa dan pewarna (pembuatannya menggunakan alkohol sebagai pelarut) yang digunakan secara meluas di dalam pembuatan kek, roti, biskut, coklat dan ais krim. Secara sifat semulajadinya alkohol (etanol) akan menjadi wap pada takat didih 78 darjah Celcius. Oleh yang demikian semua pakar2 didalam bidang masakan sekepala menyatakan alkohol yang ditambah akan hilang selepas melalui proses masak-memasak contohnya wain akan dicampur ke dalam sos di akhir proses masakan dan dibiarkan 20 hingga 30 saat sebelum api dipadam dan setelah tiada lagi pembentukan api yang membara dalam makanan, dieorang membuat kesimpulan bahawa semua alkohol yang di campurkan telah terbakar. Tetapi fakta ini didapati salah dan tak benar. kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)telah membuktikannya. Lagi Menyedihkan Chef Muslim terkenal pun telah mengaku menggunakan wain beras dalam resepinya sebagai bahan penyedap. Dengan kompiden die bagi alasan yang die hanya mencampurkan sedikit je, tak mabuk pun... nanti masak, panas hilangla.. tapi untuk pengetahuan Chef tersebut dan kita semua yang mungkin masih kurang ilmu, arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan tetap haram. Sabda Rasullullah SAW. "Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikit pun haram. (Hadis Abu Daud Dan An-Nasai'i).

Sabda Rasullulah SAW : "Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka" (Hadis Muslim).

Mazhab Syafie berpendapat najis boleh suci dengan istihalah dalam tiga keadaan:

1) Arak yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka.

2)Kulit Binatang Yang Disamak (tidak termasuk kulit babi dan anjing)

3)Bangkai Binatang yang dicernakan melalui pereputan dan bertukar jadi ulat dalam kitaran baru kehidupan.

Istihalah disini bermaksud perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada benda lain meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda berkenaan atau perubahan yang berlaku ke atas sesuatu benda daripada sifat asalnya kepada sesuatu bentuk lain dan menjadi menda lain. Cohtoh: Arak bertukar menjadi cuka, darah kijang bertukar menjadi kasturi, bangkai berubah menjadi garam, najis binatang menjadi abu dengan sebab pembakaran dan proses saintifik transgenik dalam tumbuhan. Najis babi yang sudah reput dan berubah menjadi tanah maka ia tidak dikategorikan sebagai najis mughallazah.
Namun ada juga pendapat dari Al-Syafie dan Jumhur ulama menyatakan, arak yang dimasukkan sesuatu seperti bawang atau ragi(yis) untuk mempercepatkan menjadi cuka akan kekal hukum najisnya dan tak suci, ini berdasarkan hadis riwayat drp Anas Malik bahawa Rasulullah ditanya hukum arak yang diproses menjadi cuka. Baginda menjawab: `Tidak Harus'. ini bermakna arak yang bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya maka arak itu menjadi suci walaupun ia bertukar atau diubah tempat letaknya dari bercahaya kepada teduh atau sebaliknya. Satu kes lagi jika arak itu menjadi cuka disebabkan percampuran bahan tambah walaupun tidak memberi kesan atau dibuang bahan tambah itu sebelum bertukar menjadi cuka maka ianya tetap najis (tak suci).

Muzakarah majlis Fatwa Kebangsaan pada April 2006 telah memutuskan: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan luar. bagaimanapun, jika perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Namun begitu, alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya tapi dihasilkan melalui proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis artikel tersebut untuk mengelakkan kekeliruan timbul maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ianya merujuk kepada arak.

Atas dasar fardu kifayah terutamanya kepada penganut Islam marilah kita sesama menyampaikan maklumat ini kerana apa yang dimakan akan menggambarkan tingkah laku yang boleh menjejaskan hubungan dengan Allah, Manusia dan Alam dan yang paling penting bagi menjaga generasi Islam.

P/s: kalau korang nak mencari makanan halal lagi baik leh la usya kat http://www.halal.gov.my/

sumber maklumat dan artikel dari Berita Harian. Thanks!


gambo sekadar nak menghias

Friday, November 13, 2009

Cerite Mangga Pasal Lubang Berserta Tangkainya Sekali

Salam Semua.... Hi Korang!

Hari nie aku jadi pakar mangga la pulok. bukan mangga yang buah tue tau. tapi nie mangga yang digunekan untuk mengunci sesuatu seperti pintu rumah ke, grill ke, rantai motor ke. dll. agar tidak dicerobohi atau dicuri. Camne nameyer leh mangga pun aku tak tau takde pun rupe buah mangga aku tgk hu..hu. Sebenarnye camni petang semalam aku nak cari mangga utk kunci grill kat tingkap dapur teratak aku untuk menambahkan ciri2 keselamatan lah katekan. chewah cam bank la pulak. pastu aku pi la satu kedai hardware nie... aku suke pi kedai nie sebab die tak kedekut ilmu n suka mengesyorkan barang yang terbaik dan berkualiti walaupun kat kedainye banyak jenama lain bagi produk yang sama. korang mesti cakap mmg la sume penjual syorkan barang yang berkualiti yang mana barang berkualiti mestilah mahal n kalau mahal mestilah die dpt untung lebih tui tak.. masalahnye apa yang die bgtau aku pk mmg logik. laipun ade barang yang lagi mahal kat kedai die tapi die tak rekemen pun. tak tau la kalau die nampak aku cam sengkek ke tak sampai hati nak tunjuk barang mahal kat aku he..he...Tukang jual yang jual kat aku nie amoi. eh bukan amoi la dah kawin tapi die mmg menguasai ciri2 barang yang die jual. mmg respek la kat die. Okeh skang tanpe membuang mase aku nak kongsi cket ilmu yang tukang jual tue bgtau kat aku. skang nie kalau korang perasan mmg banyak jenis mangga kat kedai hardware kan. kite yang tak tau nie mmg akan main beli je kalau kite tgk dari luaran nampak kukuh n hargenye bersesuaian ngan pembentangan bajet kite, kite sambarla kan. tapi kan kalau korang nak tau terdapat ciri2 yang ada pada mangga nie yang membuat orang jahat senyum je sambil bersiul-siul nak bukak mangga korang. Apa yang tukang jual tue bagitau skang orang jahat boleh bukak dengan mudah dengan menggunakan `allenkey' je. kurang asam tui dieorang nie. WEEIIIII! takde keje lain ke!! eh kenape tetibe je aku jadi emosi plak nie he..he. kalau diikutkan zaman2 skang nie mmg akan buat orang tertekan dengan keadaan n memilih jadi orang jahat untuk terus hidup so kite kene berhati2 n setiasa berwaspada agar tidak menjadi mangse orang2 jahat ini. Semoga kita semua dilindungi dan orang2 jahat nie cepat2 bertaubat dari menyusahkan idup orang lain aminnnnnn..


Kalau tgk dari pandangan nie mmg cam kembo siam je mangga nie



Tapi kalau tengok dari pandangan nie barulah kita nampak perbedaan dari segi lubangnye.


nie gambo lubang mangga yang mesti korang pun selalu tgk.

p/s: Lubang yang camnila `allenkey' boleh masuk n dengan senang je le bukak. tapikan die bergantung pada material kat dalam mangga nie jugak. kalau dari jenama S***x, material kat dalam mangga tue dibuat daripada tembaga so kalau di rodok dgn `Allenkey' tue mmg boleh patah n senang dibukak. Walaubagaimanapun ada gak yang lubang camni yang material dalamnya dibuat oleh Stainless Steel yang lebih tahan. korang kene tanya la tukang kedai tue selalunya dieorang tau. n selalunya harga yang RM 50 keatas la seketui


Nie plak gambo lubang mangga yang semalam aku beli


P/S: Lubang Camni la yang `Allenkey' tue tak leh masuk sebab tak muat n agak menyukarkan orang jahat hendak bukak. Insyallah....


Lai satu tips tgk kat tangkai mangga tue selalunya die ade tertera perkataan `HARDENED' ataupun `ANTI-CUT'. itu menandakan tangkai mangga itu mmg sukar nak potong. Apa???? ko belum potong?? potong....potong....potong (he..he.. cam iklan kat TV). tapikan korang ada gak yang mangga yang RM 18 inggit yang tertulis `HARDENED' n `ANTI-CUT' gak. tapi korang pikir2 la sendiri per beze `HARDENED' n `ANTI-CUT' yang murah dengan yang mahal ye.









Nie plak gambo `Allenkey' kepunyaan aku. Sesaje nak tunjuk takut korang tak kenai `Allenkey' camne rupenye.


Lai satu aku nak kabo, Tak gune jugak korang beli mangga yang mahal2 utk kunci grill korang kalau `telinga' grill korang jenis `telinga` yang menggunakan besi yang lembut. die tak dapat potong or bukak mangga die potong korang punye telinga. eh bukan telinga korang, `telinga grill korang'. So korang carilah ikhtiar beli pendakap mangga yang bermacam2 saiz yang bersesuaian dengan grill korang kat hardware yang berdekatan dengan korang yer.


Nie contoh gambo`telinga' yang diambil dari grill aku.


Akhir kata, skang kita dah berusaha untuk melindungi rumah kita atau harta kita, sekarang kita berdoa kepada YANG MAHA AGUNG, ALLAH SWT. agar rumah kita dilindungi. Insyallah...

Doa Keluar Rumah



Maksudnya:"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".




Maksudnya:"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

Monday, November 9, 2009

Jom usya sculptures bombastik Raja Shahriman!

salam, Kabare semua....

Semoga kita semua terus kekal idup aman dan damai di bumi tercinta bebas dari kekejaman dan keganasan perang orang-orang jahat yang bongkak! insyallah... Weh sebenarnye nak citer semalam aku ngan org umah tercinte pi usya ke alam Rhythm Of The 21st Centuary yang diterjemahkan oleh pengarca terkenal negara iaitu Raja Shahriman Bin Raja Aziddin. Beliau ialah Orang Seni yang menetap di Kuala Kangsar. Konsep yang diketengahkan oleh beliau ialah peperangan yang mana ia menggunakan kepingan besi seperti serpihan bom dan besi berbentuk peluru untuk disatukan menjadi arca yang perhhh!. elemen serpihan bom digambarkan dengan kepingan besi yang bersifat keras, tajam dan ganas yang membawa kepada kemusnahan manakala elemen peluru pula mewakili senjata pemusnah. Arca-arca tersebut dihasilkan dengan pelbagai2 kerektor dan gambaran yang tersendiri yang mana merujuk kepada sifat ego manusia yang menjadi hambe kuasa dan juga ada yang memaparkan kesan peninggalan daripada kisah peperangan yang terjadi. yang bestnye semua besi2 yang digunakan die yang bentukkan sendiri tau. gempak giler..Mmg rugi la kalau tak pi usya. double thumb up kepada Raja Shahriman!


Note: kalau nak usya pi la kat Suria KLCC, Tingkat 3, leh datang hari selasa-ahad dari kui 10 pagi hingga 8 malam. masuk adalah FREE. dan pameran ini bermula dari 29.10.2009-24.01.2010. atau nak lai maklumat lanjut usya kat sini http://www.galeripetronas.com.my/


Raja Shahriman disamping monolog-monolognye.


Tempat beliau menterjemahkan bakat seninya menghasilkan sculptures gempak.


Tangan Seni Menempa Besi!

Dan Hasilnya.........



Hulubalang In Action!



`Terminator' Raja Shahriman nak bertempur



Gerak Tempur


Alang Durjana

Monday, November 2, 2009

Kulit `Anu'nye boleh dibuat kerusi??

salam... hi..hi..

ape punye tajuk da kali nie... tapi kali nie aku nak berkongsi pasal kulit yang korang tak terpikir pun leh dimanfaatkan . antara persoalan yang diramal akan bermain2 di kotak pikiran korang 1) kenape pakai kulit `anu'nye, kulit lembu, kambing, kerbau dah takde ke? 2) berape banyak `anu'nye kene di korbankan he..he.. ini ialah kerana kulit tersebut merupakan kulit yang paling lembut kat dunie. Kulit`anu'nye atau yang dimaksudkan ialah kulit `anu' sejenis ikan yang paling bagak iaitu ikan paus. Itu adalah keistimewaan dan keunikan kereta SUV termahal di dunie keluaran Dartz iaitu Kombat Prombron Monaco Red Diamond Edition. Kete ini regenye RM 5.64 Juta tau. fuhhhh leh sambar 4-5 bijik Ferari lebih kurang. tapi mengikut fakta yang ada, regenye mmg berbaloi dengan aksesori2 yang ada kat kete tue. Selain kulit yang sangat lembut tue, bingkai cermin kete ini disadur emas, ekzos bukan sekadar ekzos buluh tapi eksos tungsten tulin tau. manakala bahagian meternye plak bertatahkan belian. Selain itu gak, seluruh bahagian kete ini di perbuat dari bahan yang kalis peluru dan bom tangan.dan di gerakkan oleh enjin V8 yang menghasilkan 450 kuasa kude. wowwie.. tapi mmg patutpun pakai enjin power sebab kete nie beratnye 4 tan. Menyentuh balik pasal pakai kulit alat sulit ikan paus tue. pembuat kete ini bagitau mmg ramai yang cakap yerorang gile. tapi yerorang cakap yerorang menjadikan Kapal mewah milik Aristotle Onassis, Christina O yang menggunakan kulit sama untuk tempat duduk barnya sebagai inspirasi. mmmmm kalau dipikir2kan berape ekor la si paus yang terkorban dek kerana mengikut nafsu manusia nie yek! Jom selamatkan ikan paus dan kulit `anu'nye!!!!
Bayangkan berape ekor paus yang di`khatan'kan untuk membuat kerusi dalam kete ini

Pandangan depan `kete kebal'


Pandangan belakang..