Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, May 25, 2010

Org Gomen Yang Menipu...

Salam... Hi korang!

Diharapkan korang sentiasa berada di dalam kebahagiaan. Mmm arini kalau korang usya surat kabo Berita Harian muka surat depan sekali bahagian bawah, Cuepacs atau nama panjangnye Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam mendedahkan kira2 45,000 org gomen atau 3% daripada 1.5 juta org gomen menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Tidak dinafikan ada org gomen yang mengambil cuti sakit semata2 nak buat bisnes luar. Yela mmg la tak salah nak cari wit lebih tapi agak2 la. korang pun mesti tahu cari rezeki dengan menipu apa hukumnye? Ada juga yang tipu cuti sakit semata2 sayang nak meluakkan cuti rehat yang telah diperuntukkan kpd mereka. takut cuti jadi sket gamaknye nanti raye dah takde cuti plak. Ataupun mungkin ade org gomen yang old2 timer (yang nak pencen) berazam nak kumpui baki cuti bebanyak sebab nanti pencen dapat ganjaran yang beso keatas jumlah baki cuti yang banyak tidak digunakan. Ataupun ada gak org gomen yang cuti rehat yang telah diperuntukkan habis terus! pastu sangap nak cuti. Pepun aku harap panel2 perubatan or doktor lebih berfungsi dengan baik agar sijil cuti sakit dapat diberikan kepada yang berhak. Dan Kepada org gomen yang telah menipu dan merancang nak menipu genti2 kan la ye... janganla disebabkan korang, pandangan masyarakat terhadap orang gomen menjadi serong. Semoga rezeki yang dicari mendapat keberkatan dari Allah. Wallahualam....

Surat cuti yang dikarang oleh budak sekolah. Jgn der plak orang gomen yang buat surat camni he..he.. haru.....

No comments:

Post a Comment