Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, May 27, 2010

Mv Rachel Corrie Antara Kapal Harapan Gaza

Salam... Hi Korang..

Rasenye tak terlambat lagi aku nak berkongsi info pasal satu kapal yang dibeli hasil daripada perkongsian sumbangan 2 Pertubuhan iaitu Perdana Global Peace Organisasi (PGPO) dan Free Gaza Movement(FGM). Tujuan kapal ini dibeli adalah untuk misi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mana telah menjadi mangsa kekejaman israel Laknatullah!

Kapal yang seberat 1,200 tan ini dibeli dengan hasil lelongan dengan harga STG 70,000(RM279,616) pada 31 Mac lalu. Masa dibeli kapal ini berusia 42 tahun dengan nama asalnya MV Linda yang dibiarkan tersadai di perairan Ireland pada julai 2009 setelah dirampas oleh Persekutuan Pengangkutan Antarabangsa (ITF) disebabkan krew kapal yang berketurunan Lithuania telah diekploitasi dengan tidak membayar gaji dan diberikan layanan buruk. Setelah dibeli, kapal ini diberikan nama MV Rachel Corrie bersempena memperingati nama aktivis amerika syarikat bernama Rachel Corrie yang dilanggar sehingga mati oleh jentolak israel pada 2003 ketika menghalang usaha israel jahanam merobohkan kediaman penduduk Palestin di Gaza. Kejadian ini jelas menunjukkan sikap kesetanan israel yang telah membunuh gadis tanpa senjata.

Rachel Corrie yang dibeli dengan wang sumbangan yang diperolehi menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin berjumlah 1.5 juta yang juga digunakan untuk membeli barangan keperluan seberat 5,000 tan termasuk bahan yang akan digunakan untuk mendirikan bangunan dan rumah,peralatan perubatan, 150 kerusi roda, mesin pengumpul darah, katil hospital, dan peralatan sekolah seperti buku, pen, pensil,pakaian, permainan dan peralatan sukan.

Pengerusi Kehormat PGPO, Tun Mahathir Mohamad dan keseluruhan mereka yang telah banyak berusaha dalam kerja amal ini mengharapkan perjalanan kapal ini akan lancar dan selamat kerana Israel pada dasarnya tidak pernah tahu menghormati undang-undang perairan antarabangsa. Mereka akan tetap melancarkan serangan walaupun jelas ia adalah perairan Palestin.

Selain Rachel Corrie, misi ini turut membabitkan enam lagi kapal yang mambawa semangat dan misi yang sama.

Aku doakan usaha yang mulia ini akan mendapat pertolongan dan keberkatan dari Allah Amin......

Marilah kita terus menyumbang kepada Tabung Bantuan Palestin untuk memastikan agar nasib saudara kita terbela disana.

Akaun Aman Palestin..

Maybank: 562263010787

Bank Islam:12029010047880

Bank Muamalat: 12070005133717

(sila rujuk info diruangan tepi kanan blog ini)

HANCUR! HANCUR! HANCUR! ISRAEL JAHANAM!!


Kapal Mv Linda yang tersadai sebelum dibeli dan ditukar nama


Kapal yang diberi nama MV Rachel Corrie


Mayat Rachel Corrie(berusia 17 Tahun ketika mati) yang telah dilanggar oleh jentolak israel ketika menghalang usehe meroboh penempatan rakyat Palestin.

2 comments: