Salam..
hi korang.. besok kita dah menyambut Maal Hijrah. Alhamdulilah... semoga apa yang kita dah buat tahun sebelum nie mendapat manfaat dan keberkatan utk kita semua dan apa yang kita rancang nak buat utk tahun yang baru nie, aku doakan agar ianya akan tercapai dengan sukses.Sebut je pasal Maal Hijrah teringat lagu yang bersempene dengan sambutan ini. Kat bawah nie aku kongsikan lirik lagu tue n aku pasti korang tau punye lagu nie..
Awal Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah..
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan Semangat Sebarkan Syiar Islam..
Untuk Sepanjang Zaman..
Untuk Sepanjang Zaman..
Hahh!!!!! nyanyi tue nyanyi gak. korang jgn lupe plak bace doa awal n akhir tahun....
DOA AKHIR TAHUN
Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : " kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasaka aku satu saat jua." Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu. Terjemahan Doa tersebut adalah:
"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang vtelah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."
DOA AWAL TAHUN
Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah. Terjemahan Doa tersebut adalah:
"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."
Amalan-amalan yang sunat dan besar pahalanye dilakukan pada bulan ini ialah:
1. Barang siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
2. Barang siapa berpuasa 3 hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala sepeti beribadat 900 tahun.
3. Barang siapa berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
4. Barang siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat selama 2 tahun.
5. Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya.
Perkara sunat pada hari Asyura ( 10 Muharam ) :
Menahan marah. Di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. Menunjukkan kelapangan masa / belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. Orang yang sesat...Allah akan memulihkan cahaya iman dalam hatinya. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan sepohon pokok di Syuga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil hingga ia mati. Di beri pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. Memilihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. Mandi sunat. Tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat:" Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana AllahTaala ". Bercelak. Tidak akan sakit mata pada tahun itu. Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti. Sembahyang sunat Asyura 4 rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun.Lafas niat : " Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat krana Allah Taala ". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali. Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa. Berpuasa. Niat: " Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura esok hari kerana Allah Taala". Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah, seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Insyaallah. waallahualam.
Selamat Tahun Baru!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment