Gambar sekadar nak menghias.. (beruk ini berkemungkinan besar telah menemui ajal disebabkan barah ginjal akibat merokok. he..he..)
salam... hi korang..
Kali nie nak kongsi pasal `candu' kesayangan korang yang merokok. Mmmm tahun baru hijrah 1431 telah muncul n tahun baru 2010 tak lame lagi pun nak tibe. so bile lagi korang yang tegar merokok tue nak bersara dalam arena memperasapkan diri nie. Aku bukan per... cume aku rase banyaklah keburukan daripada kebaikan daripada aktiviti nie. Pada kebiasaanye time sekolah2 dulu bebudak yg selalu merokok nie menganggap dirinye macho, ensem, bergaya dengan aksi2 menghisap rokok nie. Padahal aku rase dieorang nie syok sendiri je ataupun saje belagak nak tunjuk kepailangan kat sekolah (takde pekdah nye). Bagi yang blaja diperingkat tinggi plak ataupun yang dah bekerja kononnye dengan merokok nie boleh mendatangkan inspirasi atau pun boleh mengurangkan stress pada dieorang. Sedarlah korang yang takde bukti saintifik pun yang boleh menyokong fakta korang, tue semua auta je! biesenye kalau korang nak tau perokok2 nie akan merokok time2 nak berak(ambik feel kononye), lepas makan(utk menghadamkan makanan kot) dan time bersembang dengan kengkawan (utk menghasilkan idea yang bernas utk bersembang agaknye). ha..ha... K la aku nak citer sket sejarah rokok nie, sejarah rokok bermula daripada penemuan pokok tembakau di hesmifera Barat. Pastu Ia dibawak merantau ke Utara Amerika dan Eropah yang mana pada masa itu tembakau digunakan dalam upacara keagaamaan, perubatan dan satu cara bagi mengelakkan kelaparan. Tembakau mula digunakan kaum red indian di Mexico dan Peru pada upacara keagamaan dan bertujuan untuk menghapuskan cacing dalam perut dengan memasukkannya dalam lubang dubur. Ia gak digunakan secara meluas oleh bangsa Portugis, Sepanyol, Perancis Dan Inggeris. Tembakau diperkenalkan oleh koloni ke wilayah Amerika sejak 1600 dan dijadikan perdagangan yang utama pada masa tue. Dalam pada itu, kajian telah dilakukan dan mendapati amalan merokok nie boleh membahayakan kesihatan. Pada Tahun 1960-an negara barat telah menyedarkan masyarakat akan bahayenye rokok nie. Antara usaha yang berterusan ialah dengan mengadakan Hari Tanpa Tembakau pada setiap 31 Mei dan pelbagai kempen bagi menyedarkan masyarakat yang tak sedar2 akan bahayenye amalan merokok nie. Kerajaan Malaysia jugak telah mengadakan macam2 pendekatan dan kempen utk memastikan masyarakat Malaysia agar benti merokok tapi biasela org kite, dengan semangat Malaysia Boleh!! sampai yang dah nak mati pun sayang nak benti merokok. yang takbestnye orang kat sekeliling pun jadi mangse asap racun dari rokok korang yang merokok tue. Sedarlah Wahai Korang!! dan pada sesiapa yang berazam nak benti rokok pada tahun baru nie aku ucapkan syabas dan Insyallah aku akn doakan kejayaan korang, semoga hidup korang akan bertambah2 baik selepas korang berhenti merokok aminnnnn.
Kat Sini aku kongsikan Petua untuk mengatasi keinginan merokok (Amalkan 8M)
1)Melengahkan tindak balas keinginan merokok dengan mengatakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.
2)Menarik nafas panjang selama 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 3-5 kali.
3)Minum air galian atau masak dengan banyak.
4)Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun (berkebun kat facebook pun boleh ha..ha..)
5)Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit pada setiap seisi.
6)Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin nak merokok.
7)Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (kalau leh elak ngunyah benda2 manis)
8)Memohon Doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.
No comments:
Post a Comment