Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Salam hi korang!

mmmm malam nie tepat kui doblas. tahun 2009 akan meninggalkan kite. mmg cepatnye mase berlalu skang nie.. tido.. bangun..tido..bangun dah setahun berlalu. Dengan kehadiran 2010 nie aku harap kehidupan kita semua lebih diberikan petunjuk dan jalan oleh Allah Insyallah. Kerana kalau kite reverse balik tahun 2009 banyak keburukan, kejahatan, kemusnahan, kebinatangan, dan kemacam-macaman lagi yang dilakukan oleh manusia demi kepentingan diri, nafsu serakah, busuk hati, dengki, tamak dan sewaktu dengannya. Mmg logik dikatakan kebanyakan manusia sekarang telah hilang rasa kemanusiaan dan rasa bertanggungjawab, buktinye bom sana, bom sini, rogol, bunuh, ragut, rompak, gila nakkan kuasa, pecah amanah semata2 kerana duit dan banyak lagi sifat2 setan yang dilakukan manusia .. korang sekalian.... sedar tak korang yang kite mmg selayak2nya mendapat bala dari Allah atas perbuatan2 kita. malah kita sepatutnya tak layakpun nak menikmati nikmat Allah untuk masa2 mendatang. Tapi Alhamdulillah kita masih diberikan tahun 2010 oleh Allah. So jom kite sume cube muhasabah diri hadapi tahun 2010 dengan penuh rasa syukur! semoga tahun baru nie sifat setan yang ada pada manusia berkurangan atau hilang terus insyallah... selamat datang 2010! ta..ta.. 2009!



Thursday, December 24, 2009

Citer Rokok Perokok Yang Merokok: Episod 1


Gambar sekadar nak menghias.. (beruk ini berkemungkinan besar telah menemui ajal disebabkan barah ginjal akibat merokok. he..he..)

salam... hi korang..

Kali nie nak kongsi pasal `candu' kesayangan korang yang merokok. Mmmm tahun baru hijrah 1431 telah muncul n tahun baru 2010 tak lame lagi pun nak tibe. so bile lagi korang yang tegar merokok tue nak bersara dalam arena memperasapkan diri nie. Aku bukan per... cume aku rase banyaklah keburukan daripada kebaikan daripada aktiviti nie. Pada kebiasaanye time sekolah2 dulu bebudak yg selalu merokok nie menganggap dirinye macho, ensem, bergaya dengan aksi2 menghisap rokok nie. Padahal aku rase dieorang nie syok sendiri je ataupun saje belagak nak tunjuk kepailangan kat sekolah (takde pekdah nye). Bagi yang blaja diperingkat tinggi plak ataupun yang dah bekerja kononnye dengan merokok nie boleh mendatangkan inspirasi atau pun boleh mengurangkan stress pada dieorang. Sedarlah korang yang takde bukti saintifik pun yang boleh menyokong fakta korang, tue semua auta je! biesenye kalau korang nak tau perokok2 nie akan merokok time2 nak berak(ambik feel kononye), lepas makan(utk menghadamkan makanan kot) dan time bersembang dengan kengkawan (utk menghasilkan idea yang bernas utk bersembang agaknye). ha..ha... K la aku nak citer sket sejarah rokok nie, sejarah rokok bermula daripada penemuan pokok tembakau di hesmifera Barat. Pastu Ia dibawak merantau ke Utara Amerika dan Eropah yang mana pada masa itu tembakau digunakan dalam upacara keagaamaan, perubatan dan satu cara bagi mengelakkan kelaparan. Tembakau mula digunakan kaum red indian di Mexico dan Peru pada upacara keagamaan dan bertujuan untuk menghapuskan cacing dalam perut dengan memasukkannya dalam lubang dubur. Ia gak digunakan secara meluas oleh bangsa Portugis, Sepanyol, Perancis Dan Inggeris. Tembakau diperkenalkan oleh koloni ke wilayah Amerika sejak 1600 dan dijadikan perdagangan yang utama pada masa tue. Dalam pada itu, kajian telah dilakukan dan mendapati amalan merokok nie boleh membahayakan kesihatan. Pada Tahun 1960-an negara barat telah menyedarkan masyarakat akan bahayenye rokok nie. Antara usaha yang berterusan ialah dengan mengadakan Hari Tanpa Tembakau pada setiap 31 Mei dan pelbagai kempen bagi menyedarkan masyarakat yang tak sedar2 akan bahayenye amalan merokok nie. Kerajaan Malaysia jugak telah mengadakan macam2 pendekatan dan kempen utk memastikan masyarakat Malaysia agar benti merokok tapi biasela org kite, dengan semangat Malaysia Boleh!! sampai yang dah nak mati pun sayang nak benti merokok. yang takbestnye orang kat sekeliling pun jadi mangse asap racun dari rokok korang yang merokok tue. Sedarlah Wahai Korang!! dan pada sesiapa yang berazam nak benti rokok pada tahun baru nie aku ucapkan syabas dan Insyallah aku akn doakan kejayaan korang, semoga hidup korang akan bertambah2 baik selepas korang berhenti merokok aminnnnn.


Kat Sini aku kongsikan Petua untuk mengatasi keinginan merokok (Amalkan 8M)

1)Melengahkan tindak balas keinginan merokok dengan mengatakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.

2)Menarik nafas panjang selama 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 3-5 kali.

3)Minum air galian atau masak dengan banyak.

4)Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun (berkebun kat facebook pun boleh ha..ha..)

5)Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit pada setiap seisi.

6)Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin nak merokok.

7)Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (kalau leh elak ngunyah benda2 manis)

8)Memohon Doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru...



Salam..

hi korang.. besok kita dah menyambut Maal Hijrah. Alhamdulilah... semoga apa yang kita dah buat tahun sebelum nie mendapat manfaat dan keberkatan utk kita semua dan apa yang kita rancang nak buat utk tahun yang baru nie, aku doakan agar ianya akan tercapai dengan sukses.Sebut je pasal Maal Hijrah teringat lagu yang bersempene dengan sambutan ini. Kat bawah nie aku kongsikan lirik lagu tue n aku pasti korang tau punye lagu nie..

Awal Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah..
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan Semangat Sebarkan Syiar Islam..
Untuk Sepanjang Zaman..
Untuk Sepanjang Zaman..

Hahh!!!!! nyanyi tue nyanyi gak. korang jgn lupe plak bace doa awal n akhir tahun....


DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : " kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasaka aku satu saat jua." Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu. Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang vtelah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."

DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah. Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."

Amalan-amalan yang sunat dan besar pahalanye dilakukan pada bulan ini ialah:

1. Barang siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
2. Barang siapa berpuasa 3 hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala sepeti beribadat 900 tahun.
3. Barang siapa berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
4. Barang siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat selama 2 tahun.
5. Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya.

Perkara sunat pada hari Asyura ( 10 Muharam ) :

Menahan marah. Di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. Menunjukkan kelapangan masa / belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. Orang yang sesat...Allah akan memulihkan cahaya iman dalam hatinya. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan sepohon pokok di Syuga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil hingga ia mati. Di beri pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. Memilihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. Mandi sunat. Tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat:" Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana AllahTaala ". Bercelak. Tidak akan sakit mata pada tahun itu. Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti. Sembahyang sunat Asyura 4 rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun.Lafas niat : " Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat krana Allah Taala ". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali. Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa. Berpuasa. Niat: " Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura esok hari kerana Allah Taala". Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah, seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Insyaallah. waallahualam.






Selamat Tahun Baru!!!!!!!!!!!




Monday, December 14, 2009

Steamboat Tepi Jalan

Salam... Hi korang...

Sabtu malam ahad aritu aku n org rumah meronda-ronda kl dengan menaiki blinky (moto kesayangan aku) tujuan utama adalah sesaje nak jalan2 menghabiskan mase2 cuti hujung minggu he..he.. malam tue sempat gak kiteorang cuci mata berserta cuci beg duit sekali kat Sogo n Jalan Tar. Malam tue gak niat di hati mmg nak makan steamboat tepi jalan memandangkan kiteorang pernah menikmati steamboat tepi jalan sebelum nie. So pas seisi cuci-mencuci (cuci mata ngan beg duit la)kite orang berjalan pulang ke tempat blinky di`parking'kan sesambil berharap adalah mamat2 yang mencari rezeki dengan menjual steamboat kat tepi jalan malam tue. Alhamdulilah.. dari jauh org umah aku dah nampak dah ada seisi jual-menjual steamboat dihadapan so kiteorang pun per lai, dengan berbekalkan semangat waja menuju ke tempat urusniaga steamboat tue dijalankan. Mase tue perut dah lapo maklumlah dah kui 10 lebih tak makan malam lai. RM 12 ingit jugak lah abis kerana mengikut nafsu makan aku he..he.. kat bawah aku kongsikan gambo yang tak seberape utk tatapan korang..


Seisi jual-menjual sedang rancak dijalankan

tokey steamboat tgh kire untung agaknye

Mari2 aneka pilihan tersedia secucuk sengget!


panas...panas... panas... Stemboatku berkate...

Org umahku setia menanti di port tempat kami menjamu selera.


Yum..yum.. tangan org umah ku menambahkan lagi seri steamboat kiteorang pada malam itu. chewah...



hmmmm...kuat melantak tui helmet kiteorang nie.. sampai 2 pinggan yerorang sapu he..he..


Kemeriahan suasana di steamboat tepi jalan...

Friday, December 11, 2009

Lawak HINI

Salam..

Sesaje nak kongsi kartun nie ngan korang.. ha..ha..



Peringatan:
1) Waspada gelombang kedua HINI. Ikut Nasihat dan langkah2 keselamatan yang dikeluarkan oleh kementerian Kesihatan eh.
2) Jgn ambik hak orang lain. kalau nak pi beli sendiri!!

Awas! Logo Halal Kat Singapore


Salam...
hi korang! cuba usya gambo nie.. produk daging dari singapore yang dah dilabel halal tapi sebenarnya adalah haram.. kaum muslimin dan musliman sila maklum dan sampaikan maklumat ini kepada kenalan kite. Orang jahat mmg selalu cari jalan mengaburi mata umat islam.

Monday, December 7, 2009

Kenangan Aku Dan Ferrari....

Salam...

Hi korang.... Tghari tadi waktu lunch aku pi basuh pak itam aku kat car wash kawasan berdekatan PWTC. alangkah bestnye bila aku ternampak sebijik Ferrari F360 pun ader kat situ. Owner die anto basuh n polish kat situ..so pas park pak itam aku utk dicuci aku pi lah kat tempat duduk yang disediakan. kebetulan plak tempat duduk tue mmg dekat la sangat ngan tempat kete ferrari itu diletakkan. perhhhhh geram je aku tgk kete tue.. mmg menjadi impian kebanyakan lelakilah nak memiliki kete super sport nie termasuk akulah sekali he..he. aku tercari2 gak siapalah gerangannya yg memiliki kete super tue. tapi tak nampak plak sesiapa yang berkenaan. Kat tempat duduk tue aku sorang je yang ade. tetibe ade sorang cina nie tegur aku. Wow you punya ka? aku sambil tersenyum mengelengkan kepala. Dalam hati aku berkate,kalaula kete tue keta aku hmmmm. tapi berbunga gak hati bile org cakap kete tue kete aku he..he.. Pastu aku tgk cine tue usya2 la kete tue. pastu die ilang gi mane pun aku tak tau. aku pun dalam masa menunggu pak itam aku siap di`mandi'kan tue masih tak jemu2 menoleh kete tue. Pastu ada seorang lelaki cina yg menaiki waja masuk kat kawasan car wash tue utk basuh ketenye. Lepas park ketenye terus gi kat tempat aku duduk.. kebetulan masetue aku masih keseorangan menunggu kat situ. lai sekali hati aku berbunga bila Cina tue menyapa aku `Nice Car, You Punya?' sekali lagi aku menggelang dengan senyuman hati berbunga2. Ada tokoh ke aku nak pakai kete super nie? atau mungkin sebab aku sorang kat situ yerorang ingat kete tue kete aku? hu..hu.. masin mulut dua orang cina tue dapatla aku sebijik kete tue nanti he..he.. Insyallah.... (Perasan). Pepun aku der sertakan gambo kete super tue utk dikongsi..



Cina yang baju putih tue lah yg menyapa aku kali kedua hu..hu.. Thanks coz memandang tinggi (tak memandang rendah) kat aku.


untungnye bangla tue dapat pengalaman `mandikan' kete nie...


Aku pun ader kete nie tapi yg mainan je la. beli kat shell hu..hu..


enjin powernye vrommm...vrommm...

Tuesday, December 1, 2009

Wang Ringgit Yang Tak Sah Diperlakukan


gambo sekadar nak menghias (bukan duit akupun)


Salam....


Hi! Korang... korang pernah tak dapat duit kertas yang rosak/tak leh guna, seperti ader tampal selotip ke, ader orang tulis2 ke or ader ink tumpah ke duit terbelah ke dan sewaktu dengannya. Aku sesibuk tanye nie sebab aku n org umah aku ader pengalaman `memperolehi' RM50 yang ader kesan dakwat merah. Wit tue kiteorang dapat dari mesin ATM di Stesen Minyak terkemuka di Malaysia di suatu malam pas balik kije. Memula tue kiteorang takde la tensen sangat ngan wit tue. Ketensenan bermula bila aku nak pi reload Touch n Go pakai wit tue. Pastu Brader kat kaunter stesen minyak tue tak terima wit tue sebab die cakap kaunter memane bank akan reject duit camtu. so dengan hati yang kuciwa aku pun amik la balik wit yang kurang asam tu. Lepas tue la bermulanya kisah macamana aku nak `memulangkan' balik duit tue kat bank dengan menggunakan kebijaksanaan aku iaitu dengan memasukkan balik RM50 guna Cash Deposit Machine(CDM). Tapi ternyata mesin tue lagi bijak dari aku kerana die tanpa rasa bersalah me`reject' duit cacat yang kite orang dapat tue, hampeh tui.. yang membuatkan aku tak puas ati wit tue bile keluar ATM boleh plak nak masuk kat CDM pandai plak reject. Kiteorang pi plak bank lain yang berdekatan, CDM kat bank lain tue pun reject gak. dengan kepale yg serabut kite orang pun balik kerumah. yelah RM 50 tue..mane tak serabut. kalau RM 1 mmg aku dah kunyah dah. he..he.. kat rumah pun kiteorang masih memikirkan lagi camnelah nak menghilangkan dakwat tue supaye wit tue boleh digunakan. so kite orang amik keputusan dengan merendam wit tue dalam air sabun. Adalah hilang cket2 kaler merah tue tapi masih tak memuaskan ati aku. Pastu aku jemur la wit tue dan berazam utk menyelit wit tue bile aku berurusan dengan kaunter bile bayo wit kete or rumah bulan depan dengan harapan org kat kaunter bank tak perasan he.he..Keesokkan harinye aku pun gegatai la try call Bank Negara untuk mengadu masalah aku mengenai duit cacat tue. Rupe2 nye mmg Bank Negara ada menyediakan perkhidmatan penukaran wang rosak cume aku je yang tak tau.. wat penat je aku menyerabutkan kepala aku dan org umah aku. he..he.. akhirnye semalam 1 Disember 2009 aku telah berjaya men`tranformasi'kan wit cacat aku kepada duit yang baru (siap ader bau Bank Negara lagi he..he) Thanks Bank Negara kerana membantu aku!!

P/s: Kalau Korang ader masalah pasal wit cacat nie. boleh la datang ke:

Alamat : Kaunter Penukaran Wang, Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur No. Telefon : 1300 88 5465 (LINK)Faksimile : 03-2174 1515 E-mel : bnmtelelink@ bnm.gov.my