Assalam.... hi korang.. aku copy sajak nie dari email yng aku dapat utk kongsi ngan korang.. usya yokkk!
Facebook oh Facebook!
By Shahmuzir
Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.
Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.
Facebook Oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.
Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.
Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.
Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.
Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.
Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.
Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook,
bermain: Facebook, berjalan:Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!
FACEBOOK OF FACEBOOK...ENGKAU KINI SEMAKIN DAHSYAT,MEMBERI KESAN BAIK DAN BURUK KEPADA MASYARAKAT,TERPULANG PADA KAMI UNTUK MEMANAFAATKAN ATAU DITIMPA MUDHARAT,MUDAH-MUDAHAN ENGKAU AKAN MENJADI SAKSIKU DI AKHIRATBAHAWA AKU TELAH MENGGUNAKANMU UNTUK BERBUAT TAAT.
Friday, June 3, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Perkara Yang Sia-sia..
Assalam...
Hi korang.. Hari tue kat surau opis aku ader pengajian agama.. ada info semasa pengajian tue yang aku nak kongsikan ngan korang... check it out!!
Dari seorang ahli Hadis yang termasyur iaitu Sufian Al-Suhri
tanda-tanda manusia itu mengerjakan perkara yang sia-sia
1) Apabila ia berdoa, ia hanya berdoa untuk dirinya sahaja.
2) Apabila ia membaca Al-quran, ia tidak membaca dengan bacaan yang betul dan tertib.
3) Apabila ia masuk ke dalam masjid, ia tidak menunaikan solat Tahiyatul Masjid.
4) Apabila ia melalui/melintasi kubur, ia tidak membaca Al-Fatihah.
5) Apabila ia melalui sesuatu tempat pada hari jumaat ia tidak berhenti untuk menunaikan solat jumaat.
6) Apabila seseorang itu tinggal di kawasan yang berhampiran dengan guru agama, cerdik pandai, ia tidak mengambil kesempatan untuk menimba ilmu dan pengajaran daripadanya.
7) Apabila seseorang itu bersahabat, tetapi apabila ia berjumpa dengan sahabat itu ia tidak bertanya khabar dengan sahabatnya itu.
8) Apabila ia mengundang tetamu ke rumah, ia tidak melayan tetamu itu dengan sebaiknya ketika tetamu itu datang ke rumahnya.
9) Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan kejahatan.
10) Orang yang tidur lena sedangka ia tahu jirannya sedang kelaparan.
11) Orang yang tidak membayar zakat sedangkan ia layak untuk membayar.

Monday, May 9, 2011
Siapakah perempuan Itu?
Perempuan yang aku yakin sanggup mengadaikan nyawanya untuk aku.
Perempuan yang aku tersangat yakin sanggup kehilangan harta bendanya untuk aku.
Perempuan yang sejak dulu tak jemu menyanyangi dan mengasihi aku.
Perempuan yang akan bersedih dan menangis dikala aku ditimpa masalah dan kesusahan.
Siapakah gerangan perempuan itu?
Yang pastinya aku akan berusaha untuk berkorban sepertimana pengorbanannya terhadap aku..tapi adakah aku mampu untuk membalas kasih dan sayangnya terhadap aku..?? Ya Allah tetapkanlah hati aku. Jadikanlah aku sebagai salah seorang yang dapat membahagiakan perempuan itu. Aku terlalu sayang dan cintakan perempuan itu...
I Luv U Mama...
Selamat Hari Mama!

Tuesday, May 3, 2011
Osama telah dihukum... Obama Bila Lagi?
Assalam.. hi korang! pekabo?
Pada 1 Mei 2011 kite dikejutkan dengan kematian seorang yang paling dikehendaki oleh negara jahanam iaitu AS. Presidennye obama dengan bangga mengumumkan kejayaannya membunuh pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001.
Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan:
“Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa.
“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda.
“Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”
Mmg ar aku akui keganasan yang dilakukan oleh osama adalah ditegah dalam Islam kerana membabitkan orang yang tidak bersalah. Tapi tidak ke korang terpikir kenapa ada segelintir orang Islam memilih untuk menjadi pengganas walaupun ajaran Islam itu sendiri menyuruh umatnya berkasih sayang walaupun kepada penganut agama lain!
Menerusi video berdurasi 18 minit yang disiarkan oleh TV Al-Jazeera pada tahun 2004, Osama dengan nada bersahaja berkata:
“Setelah saya melihat kemusnahan menara-menara di Lebanon, saya tiba-tiba terfikir untuk menghukum AS dengan cara sama iaitu dengan menghancurkan menara di AS, saya mahu AS merasakan apa yang dirasakan oleh mangsa-mangsa di Lebanon.”
Sementara itu, pada 23 Mei 2006, menerusi saluran yang sama, pemimpin Islam itu berterus terang: “Saya seorang yang bertanggungjawab dalam serangan itu, bukan 19 orang seperti yang disebut-sebut.”
Mungkin perasaan benci yang membuak2 keatas negara2 penceroboh yang membuatkan Osama dan organisasinya bertindak melampaui batas kemanusiaan. Semenjak serangan 11 september tue dan pengakuan osama di dalam tv, sentimen Islamofobia dalam kalangan warga AS semakin menjadi-jadi. Pada masa yang sama, AS terus melaksanakan diskriminasi terhadap orang Islam. Bagi persepsi Barat, Islam disekutukan dengan terorisme.
As dan sekutu mengambil kesempatan ke atas kejadian itu mencetuskan perang di Afghanistan, dan turut menceroboh Iraq dengan alasan untuk menentang keganasan kononnya yang pada aku tidak kurang banyaknya juga mengorbankan insan yang tak bersalah.
Jika Osama penganas mmg sewajarnya ia dihukum tapi bagi aku bapak segala pengganas adalah AS dan Israel! mereka2 ini sepatutnya tidak terus menunding jari pada orang lain sebaliknya keganasan yang dieorang buatla yang patut dihapuskan dulu!
P/s: Jujur aku akui bila tahu As diserang pengganas pada 11 Sept 2001 aritu akulah antara orang yang paling hepi sekali! ( Ya Allah ampunkanlah sekiranya aku melakukan perkara yang tak sepatutnya)

Friday, April 22, 2011
10 Perkara Yang Leh Kondemkan Otak..
Assalam....
Hi korang.. aku der terjumpe artikel mengenai 10 tabiat yang leh merosakkan otak. Aku tak tau sejauh mana kebenarannya. Walaubagaimanapun korang usyalah ye. kalau munasabah amiklah n kalau rasa tak munasabah abaikanlah... semoga ianya mendatangkan kebaikan kepada kita.. jom usya..
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akanmengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak danmengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otakterjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan
mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembanganotak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalambadan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifanotak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapimasa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkanotak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen danini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan
kurang sihatBekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-selotak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnyaberimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasanotak kita.

Thursday, April 21, 2011
Kisah Angkasawan Yang Bijak Dan Terlebih Bijak
Assalam.. Hi korang...
Maka tersebutla kisah persaingan sengit dari 2 negara iaitu Amerika dan Rusia untuk meneroka ruang angkasa lepas.
Semasa angkasawan Amerika naik ke angkasa.. Dia mendapati,Pen yang dibawanya tidak boleh digunakan kerana tekanan graviti….(maklumlah dakwat pen tu terus naik kat atas masa nak menulis).
disebabkan itu, kerajaan Amerika melalui nasa telah menjalan kajian selama Bertahun-tahun dan telah menghabiskan berjuta-juta us dolar….Dan kerajaan amerika berjaya menghasilkan pen yang boleh menulis Ketika tekanan graviti rendah dan juga boleh menulis didalam air….Ini merupakan satu kejayaan bagi Amerika….

Akan tetapi di pihak Rusia Plak, yerorang
hanyA mengguNakaN PENSEL untUk menulis di angkasa lepas…
kan MUDah TU….Tak rUgi MAsa dan DUit……. hu...hu..

Tuesday, April 19, 2011
Sandwich Yang Menipu..

Salam.. Hi Korang.. mmm sebenarnye bukan sandwich nie yang menipu tapi pembuat sandwich nie yang tak agak2 nak mengaut keuntungan dengan mengaburi mata pembeli. Dalam Islam kita hendaklah berpegang teguh dengan apa yang haram dan dilarang dalam perniagaan antaranya ialah: Riba, Memeras ugut dan mengambil harta dengan cara yang batil, Menipu dan bersumpah semata2 untuk melariskan perniagaan, Rasuah, Memonopoli barangan (ihtikar), Menipu kadar sukatan dan timbangan, Larangan membeli barangan yang dicuri,diragut, atau dirampas tanpa hak dan juga menjual barangan yang najis seperti anjing, babi, arak, bangkai dan sebagainya.
Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Insyallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)