KISAH BUDAK PENJUAL KUIH
Selepas
seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan
highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya
lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di
sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang
kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia
berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20
minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu
saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia
beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan
bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih
saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya
bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di
hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan
minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada
agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan
duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin,
kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah
senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah
kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang,
ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi
dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang
penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan
sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik!
Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana
perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang
tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki
lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin
kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya
melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada
seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang
saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan
pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya
berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya
perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke
Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu
penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Sebar
sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yang pemalas bekeje, yang
tak menghargai dan bersyukur dgn kesenangan yang dimiliki.
copy n paste
Wednesday, April 10, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Al kisah dua tembikar
Salam... Sesama kite renung2 kan
Siti, seorang nenek baru membeli sebuah tembikar air yang baru. Tembikar lama yang ada sudah sedikit retak.
Setiap hari memikul dua tembikar di atas bahunya menggunakan sebatang kayu yang panjang berulang-alik ke sungai setiap hari untuk mengambil air setiap hari menggunakan dua tembikar tersebut.
Tembikar di sebelah kiri ialah yang baru. Tembikar di sebelah kanan adalah yang lama
Oleh yang demikian, setiap kati pulang ke rumah, tembikar baru, airnya masih penuh, manakala air di tembikar kedua, airnya hanya tinggal separuh.
Tembikar baru amat berpuas hati dengan prestasinya setiap hari dan menyindir tembikar lama menyusahkan Siti yang bersusah-payah membawa kembali air tapi hanya tinggal separuh.
Tembikar lama itu merasakan diri amat tidak berguna dan hanya berfungsi separuh saja dan menyusah Siti.
Perkara ini berterusan untuk sekian masa…
Tembikar lama tidak tahan lagi lalu bercakap kepada Siti.
“Maafkan saya selama ini menyusahkan Siti. Saya berasa amat malu dengan keretakan saya menyebabkan air tumpah separuh sepanjang perjalanan ke rumah Siti.”
Siti memberitahu tembikar lama itu – “Perasan tak selama ini, hanya jalan di sebelah kanan ada bunga tapi tidak di sebelah kiri. Ini kerana Siti dah lama tahu keretakan awak, jadi saya tanamkan biji-biji bunga di sebelah kanan perjalanan pulang dari sungai.
Setiap hari, awak yang menyiram bunga itu. Tanpa kamu selama ini, manalah Siti dapat bunga-bunga untuk membuat hiasan di rumah.”
Tembikar baru terasa malu mendengan penjelasan Siti… dan terasa walaupun ia sempurna, tapi sumbangannya tidak seberapa tembikar lama yang menggembirakan Siti dan juga memberikan kehidupan kepada bunga-bunga di sepanjang jalan.
“Saya selama ini ingat disebabkan saya sempurna, maka tiada semak-samun mahupun apa-apa di belah kiri perjalanan balik ke rumah kerana Siti takut saya tercalar. Rupa-rupanya tidak…”
Dapat isi tersirat?
Ingatlah dalam jemaah, setiap orang adalah unik dan setiap orang ada tempat dan tugas yang boleh diagihkan mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan angkuh dan jangan merasakan diri lebih penting atau lebih besar daripada sesiapa dalam jemaah – semua sama penting, semua berperanan sama mustahak – yang paling diperlukan ialah kesudian berkorban untuk jemaah bukan setakat menyumbang…

Friday, November 9, 2012
Khasiat Ayat Kursi
Salam....
Nak kongsikan kelebihan dan kebaikan ayat kursi.
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Wednesday, September 26, 2012
Jika Syaitan Datang Kepadamu
Ada sepuluh pesanan Rasulullah saw yang mengajarkan kita cara mengusir
iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang
menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari
dengan memanfaatkan titik kelemahan kita .Mari kita perhatikan pesanan
kenabian tersebut dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;
1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan zuriat dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatku gembira".
2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".
3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".
4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka katakan kepadanya: "keburukanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".
6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak
dari yang saya sedekahkan".
7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".
8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".
10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".
Syaitan tidak datang dalam bentuk yang asal tapi dalam bisikan hati yang halus….WASPADAlah dengan bisikan begini…..

Tuesday, September 25, 2012
6 Sebab Mengapa Saya Menghampiri Zina
Salam...
Aku nak kongsikan alasan mengapa dan kenapa pada zaman sekarang mudahnya perbuatan zina berlaku.. 6 sebab menghampiri zina:
1) MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.
2) SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.
3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.
4) HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.
5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.
6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.
Firman Allah: (Al-Israa':32)"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya!!
Salam...
Hi korang!...pejam celik...pejam celik dah nak raya... hu..hu... cepat betui masa berlalu. okeyla dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kat korang... mana2 yang nak balik kampung halaman tue.. pandu la dengan selamat ye.. agar sampai hingga destinasi yang dituju.. Di bulan Ramadhan kita membersihkan dosa2 kita dengan Allah dengan membanyakkan amal dan berdoa.. dan di bulan Syawal pulak marilah kita membersihkan dosa2 kita sesama kita dengan bermaaf-maafan.... SELAMAT HARI RAYA!!!!!

Monday, July 23, 2012
Alhamdulillah... Bertemu Ramadhan Lagi.....
Salam...
Hi Korang! arini hari ke3 kite menyambut puasa kan? Alhamdulillah.. kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah untuk membuktikan ketaatan kita kepadaNya... jom pastikan ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas! Selamat Berpuasa!

Subscribe to:
Posts (Atom)