Salam....
Nak kongsikan kelebihan dan kebaikan ayat kursi.
Mahfum ayat:
Allah,
tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak
pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang
ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali
denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan
mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit
jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam
bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha
Besar.
Penjelasan:
Ayat
Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat,
ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat
sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada
terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat
kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat
perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai
martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah
atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah
akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah)
yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang
yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya,
hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang
mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali,
inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai
hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya
pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala
bencana dengan izin Allah s.w.t.
3. Salah seorang ulama Hindi
mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca
ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng
pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni
menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya
(50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka
inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada
pelajaran yang dipelajari.
5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi
selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang
membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan
sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat
Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang
menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf
menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut
terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga
nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama
jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh,
sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali,
insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40
hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan
membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam alaykum =)
ReplyDeletesaya guna gambar ayat kursi tu. kredit utk saudara. =)
http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/02/teladan-pencuri-mengajar-ayat-kursi.html
silakan
ReplyDelete