Salam... Sesama kite renung2 kan
Siti, seorang nenek baru membeli sebuah tembikar air yang baru. Tembikar lama yang ada sudah sedikit retak.
Setiap
hari memikul dua tembikar di atas bahunya menggunakan sebatang kayu
yang panjang berulang-alik ke sungai setiap hari untuk mengambil air
setiap hari menggunakan dua tembikar tersebut.
Tembikar di sebelah kiri ialah yang baru. Tembikar di sebelah kanan adalah yang lama
Oleh
yang demikian, setiap kati pulang ke rumah, tembikar baru, airnya masih
penuh, manakala air di tembikar kedua, airnya hanya tinggal separuh.
Tembikar
baru amat berpuas hati dengan prestasinya setiap hari dan menyindir
tembikar lama menyusahkan Siti yang bersusah-payah membawa kembali air
tapi hanya tinggal separuh.
Tembikar lama itu merasakan diri amat tidak berguna dan hanya berfungsi separuh saja dan menyusah Siti.
Perkara ini berterusan untuk sekian masa…
Tembikar lama tidak tahan lagi lalu bercakap kepada Siti.
“Maafkan
saya selama ini menyusahkan Siti. Saya berasa amat malu dengan
keretakan saya menyebabkan air tumpah separuh sepanjang perjalanan ke
rumah Siti.”
Siti memberitahu tembikar lama itu – “Perasan tak
selama ini, hanya jalan di sebelah kanan ada bunga tapi tidak di sebelah
kiri. Ini kerana Siti dah lama tahu keretakan awak, jadi saya tanamkan
biji-biji bunga di sebelah kanan perjalanan pulang dari sungai.
Setiap hari, awak yang menyiram bunga itu. Tanpa kamu selama ini, manalah Siti dapat bunga-bunga untuk membuat hiasan di rumah.”
Tembikar
baru terasa malu mendengan penjelasan Siti… dan terasa walaupun ia
sempurna, tapi sumbangannya tidak seberapa tembikar lama yang
menggembirakan Siti dan juga memberikan kehidupan kepada bunga-bunga di
sepanjang jalan.
“Saya selama ini ingat disebabkan saya sempurna,
maka tiada semak-samun mahupun apa-apa di belah kiri perjalanan balik
ke rumah kerana Siti takut saya tercalar. Rupa-rupanya tidak…”
Dapat isi tersirat?
Ingatlah
dalam jemaah, setiap orang adalah unik dan setiap orang ada tempat dan
tugas yang boleh diagihkan mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan
angkuh dan jangan merasakan diri lebih penting atau lebih besar daripada
sesiapa dalam jemaah – semua sama penting, semua berperanan sama
mustahak – yang paling diperlukan ialah kesudian berkorban untuk jemaah
bukan setakat menyumbang…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment