Alhamdulilah... Akhirnye pada 14.01.2010 haritue doktor mengesahkan org umah aku bebas daripada virus denggi setelah hampir seminggu terperap kat hospital dan dekat seminggu gak bertapa kat umah bahana terkena demam denggi. So utk Post aku kali nie aku nak kongsi berkenaan virus penyakit yang telah menular pada orang umah aku melalui gigitan nyamuk aedes (camne nyamuk mengigit eh?). Nama Panjang virus denggi nie ialah (genus Flavivirus). Virus jahat ini merebak melalui nyamuk aedes betina. Virus Ini akan terpendam kat dalam badan pesakit selama 3-14 hari iaitu secara purata 4-6 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti:
. Demam kuat secara mengejut.
· Demam berterusan.
· Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
· Ruam atau bintik merah di kulit.
· Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.
· Demam berterusan.
· Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
· Ruam atau bintik merah di kulit.
· Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.
Simptom-simptom lain yang mengiringi termasuk:
· Sakit kepala.
· Ruam merah di kulit.
· Hilang selera.
· Muntah-muntah.
· Sakit perut.
. Lidah terasa pahit
Gambo Virus Denggi
Demam Denggi juga terdapat beberapa jenis spt:
Demam Denggi juga terdapat beberapa jenis spt:
* Demam tanpa mengalami sebarang gejala
* Denggi klasik (Classical Dengue fever), pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit
* Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic fever without shock), gejalanya adalah sama dengan denggi klasik tetapi terdapat juga pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut dan dubur, muntah darah dan berak berdarah
* Demam denggi berdarah beserta sindrom kejutan denggi (Dengue Haemorrhagic fever with shock). Pesakit mengalami gejala yang sama seperti demam denggi berdarah tetapi disertai dengan kaki dan tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah, lesu dan mengantuk.
Pada masa skang mmg tiada ubat yang sebetul2nya sebagai antidot untuk melawan panyakit ini. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
Org umahku ketika menjalani rawatan di hospital.
So cara yang paling baik untuk melawan penyakit ini ialah dengan cara mencegah. bak kata2 hikmah skang nie, `Mencegah lebih baik daripada mengubati'.
antara langkah2 pencegahannye adalah:
· Senarai & periksa semua tempat kemungkinan pembiakan.
· Rondaan kawasan berterusan.
· Pembersihan menyeluruh & tidak membenarkan pengumpulan sampah & sisa binaan.
· Buang air-air yang bertakong.
· Bubuh ABATE untuk bunuh jentik-jentik.
· Penyemburan kabus (fogging) berterusan.
· Penyemburan Aerosol di dalam bangunan.
· Rondaan kawasan berterusan.
· Pembersihan menyeluruh & tidak membenarkan pengumpulan sampah & sisa binaan.
· Buang air-air yang bertakong.
· Bubuh ABATE untuk bunuh jentik-jentik.
· Penyemburan kabus (fogging) berterusan.
· Penyemburan Aerosol di dalam bangunan.
Sifat-sifat nyamuk aedes
. Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.
· Aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan di awal senja. (5 Pagi-8 pagi dan 5 petang-8 malam)
· Ia membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam ataupun di luar rumah.
· Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk ini pulak adalah seperti:
·Tangki air – bekalan air, hawa dingin & saluran bantu mula (hosereel)
· Bumbung rata
· Talang & palong – gutter, RWDP
· Bumbung rata
· Cucur atap
· Basement e.g PPK Awam
· Saliran konkrit & sump, peti injap
· Kolam
· Lopak
· Tangki simbah – cisterns yang rosak atau terbiar
· Urinal terbiar
· WC yang terbiar
· Timbunan sampah
· Tong, balang terbiar
· Pasu bunga
· Kerja-kerja sementara kontrak binaan.
· Bahan & sisa binaan terbiar.
· lain-lain
· Bumbung rata
· Talang & palong – gutter, RWDP
· Bumbung rata
· Cucur atap
· Basement e.g PPK Awam
· Saliran konkrit & sump, peti injap
· Kolam
· Lopak
· Tangki simbah – cisterns yang rosak atau terbiar
· Urinal terbiar
· WC yang terbiar
· Timbunan sampah
· Tong, balang terbiar
· Pasu bunga
· Kerja-kerja sementara kontrak binaan.
· Bahan & sisa binaan terbiar.
· lain-lain
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah melancarkan kempen 10 minit utk setiap Hujung Minggu untuk kita semua menghapuskan tempat-tempat membiak nyamuk aedes. Jom kita semua hapuskan tempat pembiakan nyamuk pembawa virus denggi!!!
p/s: Untuk mengetahui petua2 yang boleh digunakan untuk membantu melawan penyakit denggi. usyala post aku sebelum-sebelum nie yang bertajuk `Sup Ketam Kasih Sayang'.
kesian jun..tp dasyat kan nama denggi tu..(genus flavavirus)..mmg dia btul2 genius laa nyamuk tu..
ReplyDeleteilhamny- ha..ha.. genius la sangat. virus hampeh tue namanya.... sesamela kita menghapuskannye.
ReplyDeletenice blog dude~
ReplyDeletetgh wat research psl denggi neh.. (=
haah.. tengkiu2 teruskan menyupport ye!
ReplyDelete