Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, January 28, 2010

Isu Kalimah Allah: Tergamakkah kita Muslimin dan Muslimat??

salam....

hi korang.. pagi tadi aku der terbace kat paper pasal 2 masjid iaitu Masjid Imam At-Tarmizi di Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun Petaling Jaya dibaling Kepala Babi Hutan, Subhanallah... sebelum2 tue beberape tempat ibadat penganut islam yang lain telah cuba untuk dibakar. Sume nie dipercayai adalah tindak balas daripada cubaan bakar gereja di beberapa tempat di negara kita. Namun Polis Diraja Malaysia melarang keras agar membuat tuduhan melulu sehingga semuanya disiasat sehingga ke akar umbi. Tapi pokoknya Kenapa?? kenapa semuanye terjadi kat negara kita yang dulunye dikenali dengan semangat bermuafakat dan saling hormat-menghormati tak kira apapun ajaran agamanya. Siapalah malaun yang cuba nak mengganggu gugat keamanan negara tercinta kita nie. Siapala malaun yang merancang untuk mewujudkan isu penggunaan Kalimah suci Allah. Semoga ketua malaun nie yang mungkin mempunyai agenda mendapat pembalasan yang setimpal. Kalau nak tanya pendapat aku mengenai isu kalimah Allah nie, Aku mmg sekeras2nya tidak bersetuju jika ada agama yang tidak mengakui ALLAH ITU ESA YAKNI TUNGGAL, tapi nak menggunakan kalimah Allah. Yang aku pelik ada golongan Islam yang mengaku bijak pandai setuju dengan memberi alasan2 yang seperti tidak mahu mempertahankan hak mutlak agama sendiri yang sedihnye ustaz2 pun ader tau! manalah peginye rase sensetiviti yerorang. Tempat-tempat lain yang dah pakai tue mungkin terjadi disebabkan kesilapan terdahulu sebagai contohnye kat sabah yang dah lama gunakan istilah Allah utk agama yerorang mungkin disebabkan kesalahan men`translate' katanama ‘god’, menggunakan kitab indonesia yang translate god kepada Allah. Jgnla kite plak yang mengaku tak ketinggalan zaman ngade2 nak ikut. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan betui tak?. Ustaz harun din pun der cakap, Dalam Bible, dari halaman pertama lagi nama Allah takde, mereka guna God, tapi dalam Al Quran dari Surah Al baqarah lagi dah ada 279 kali perkataan Allah dalam 286 ayat.., rujuk sendiri.., Allah itu satu, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada satupun yang setara dengan Nya. Walaupun terdapat Surah yang menyatakan penggunaan Allah adalah boleh jatuh `Harus' digunakan oleh agama lain tapi ada juga Surah yang jelas iaitu Surah Al-Ikhlas yang bermaksud ALLAH TIDAK SAMA DENGAN TUHAN YANG LAIN. Ia jelas boleh membawa kepada Haram lebih2 lagi bilamana umat Islam pada masa sekarang mudah terpesong dan memandang enteng agamanya sendiri. Sedarlah...sedarlah...sedarlah. Wallahualam....

aku ader sertakan e-mail yang difowardkan oleh rakan se`opis'ku. Tergamak kah korang? jgn sampai dah terlambat baru nak terhegeh2.

Assalamualaikum w.b.t.... Brother & sisters.. Just want to share something with you all... Think carefully for our next future generations... Remember the quote "to see the future of nation just look at their youth @ youngster... What their done is the mirror of what will happen in future...." So what happen now give big implication on our next generation... It's a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God. So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them.. For me, it's really sad they can't even simplest thing & hurt Malaysian people really bad... After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to 'Aqidah' & purity of Islam religion it's really too much.... I don't want our past mistake happen again & again..... I believe this part of the Jewish plan. So to all Muslim, please come unite & protect our beloved religion & country.... P/S : Here I attached some interesting photo that may open any Muslim eye regarding this matter.... So, please don't say in the name of democracy, or whatever.....

What the kids will think after this if Allah can be seen at church like this?? It'll make them confuse like 'we can pray Allah at church' or 'Allah has more than one'??? What will happen next??


This already happen in East Malaysia , so please do something before its spread here...




Don't wait until it happen like in Indonesia which lot of confusion like this.... That time 'Murtad' is normal & can't be stop anymore.... Again, to all my Muslim friend lets unite and face this for sake of our future... Thanks..... Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Wassalam... Regards,

Tuesday, January 26, 2010

Oh Aduka! Ko Mmg Penderhaka!

Salam...

Hi korang! aku terpanggil nak mencoret pasal sorang blogger yang mengelarkan dirinya adukataruna. Sempat jugak aku usya blognye di http://adukataruna.blogspot.com/
Mungkin mamat aduka nie terlalu mengikut kata hati dan mengikut akal yang tak berapa nak sedar. Tak tau la apa yang dimarahkan sangatnye sampai tergamak die menulis sebegitu rupa. Lepas dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan barulah die memohon maaf secara terbuka melalui blognye. Tapi kata orang terlajak perahu bolehla nak corner balik, tapi kalau dah terlajak kata. sesuka hati nak memaki orang sendiri mau ingat la. Kalau korang nak tgk reaksi masyarakat terhadapnye usyala kat blognye. Kalau korang bace permohonan maafnye korang bolehla nak menilai sendiri keikhlasan die. tapi kalau bebetui ikhlas Alhamdulilah.. tapi orang yang spesis mamat nie rasenye tak cukup nak mintak maaf je. Sebab die mmg terang2 menghina isteri Rasullullah, Para sahabat dan Ulamak. Kenyataan die dalam entrynye lagi yang die tak kisah kalau org nak panggil die kapir. ko nie kenape dol? Mane pergi ISLAM,IMAN,IKHSAN ko hah!!. Ko mmg kene BERTAUBAT dol. lain kali nak luahkan isi hati jgn ikut sedap otak je, Guna akal! kalau orang islam sendiri menghina orang2 kesayangan Rasullullah dan Kalau orang melayu sendiri menghina Raja Melayu ko jgn haraplah bangse lain nak memartabatkannye. Aku harap mamat nie segeralah bertaubat, jgn sekadar mintak maaf je. Hari nie dalam radio, Kerajaan Malaysia sedia memaafkan mana2 blogger yang meminta maaf secara terbuka. Mmmm kalau itulah keputusannye sesamala kita berdoa dan berharap mamat nie bebetui mengakui kesilapannye dan bertaubat la segera sebab ALLAH S.WT Maha Pemaaf dan Pengampun.

P/s: Tak tergamak aku nak copy kate2 kesat mamat nie kat entry aku nie. tapi kalau korang nak bace just utk jadi ikhtibar lehla usya kat http://puterinafisah.blogspot.com/



Semoga Tuanku Dicucuri Rahmat Amin.....



Salam.. hi korang.. sepertimana yang korang sume tau, pada hari Jumaat lepas 22.01.10 Sultan Johor ke-4 iaitu Sultan Iskandar telah kembali menghadap Allah. Armahum yang juga pernah menjadi Agung ke-8 telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Pakar Puteri pada jam lebih kurang 7.15 malam. Jenazah Armahum telah selamat dikebumikan di Bukit Mahmoodiah pada 23.01.10 pada pukul 4.10 petang. Semoga Roh Armahum Sultan Iskandar di rahmati Allah dan segala amal kebajikannya semasa memerintah Johor diterima oleh Allah jua Amin.... kepada Tuanku Sultan Ibrahim yang telah ditabalkan sebagai Sultan Johor yang ke-5 patik doakan akan kesejahteraan Tuanku. Semoga Negeri Johor akan kekal aman dan damai di bawah naungan Tuanku. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku.

Info Kesultanan Johor

1)Sultan Mahmud Shah I (1511-1528) -Sultan Pertama
2)Sultan Alauddin Riayat Shah II ( Raja Ali/Raja Alauddin) (1528-1564)-Sultan Ke-2
3)Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar) (1564-1570)-Sultan Ke-3
4)Sultan Abd. Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil) (1570-1571)-Sultan Ke-4
5)Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) (1570/71-1597)-Sultan Ke-5
6)Sultan Alauddin Riayat Shah III(Raja Mansur) (1597-1615)-Sultan Ke-6
7)Sultan Abdullah Ma`ayat Shah (Raja Mansur) (1615-1623)- Sultan Ke-7
8)Sultan Abdul Jalil Shah III(Raja Bujang) (1623-1677)-Sultan Ke-8
9)Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau) (1677-1685)-Sultan Ke-9
10)Sultan Mahmud Shah II(Raja Mahmud) (1685-1699)- Sultan Ke-10
11)Sultan Abdul Jalil IV (Bendehara Paduka Raja Tun Abdul Jalil) (1699-1720) -Sultan Ke 11
12)Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang Dipertuan Johor) (1718-1722) - Sultan Ke 12
13)Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Shah (Raja Sulaiman/Yang Dipertuan Besar Johor Riau) (1722-1760) -Sultan Ke-13
14)Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761) -Sultan Ke-14
15)Sultan Ahmad Riayat Shah (1761)- Sultan Ke-15
16)Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud) (1761-1812) -Sultan Ke 16
17)Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman) (1812-1819)
-Sultan Ke 17
18)Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long) (1819-1835) - Sultan Ke-18
19)Sultan Ali (1835-1877)- Sultan Ke-19
20)Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor (1855-1862) -Sultan Ke-20
21)Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar) (1862-1895)- Sultan Ke-21
22)Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar (1895-1959)-Sultan Ke-22
23)Sultan Ismail Sultan Abu Bakar (1959-1981)- Sultan Ke-23
24)Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj (1981-2010)- Sultan Ke-24
25)Sultan Ibrahim Ibni Armahum Sultan Iskandar (2010)- Sultan Ke-25




Jalur Gemilang dan Bendera Wilayah Persekutuan Di Turunkan Separuh Tiang Kerana Tempoh Perkabungan Di Atas Kemangkatan Armahum Sultan Iskandar.





Tuesday, January 19, 2010

Virus Denggi Si Nyamuk Aedes

Salam.. Hi Korang...

Alhamdulilah... Akhirnye pada 14.01.2010 haritue doktor mengesahkan org umah aku bebas daripada virus denggi setelah hampir seminggu terperap kat hospital dan dekat seminggu gak bertapa kat umah bahana terkena demam denggi. So utk Post aku kali nie aku nak kongsi berkenaan virus penyakit yang telah menular pada orang umah aku melalui gigitan nyamuk aedes (camne nyamuk mengigit eh?). Nama Panjang virus denggi nie ialah (genus Flavivirus). Virus jahat ini merebak melalui nyamuk aedes betina. Virus Ini akan terpendam kat dalam badan pesakit selama 3-14 hari iaitu secara purata 4-6 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti:
. Demam kuat secara mengejut.
· Demam berterusan.
· Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
· Ruam atau bintik merah di kulit.
· Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.

Simptom-simptom lain yang mengiringi termasuk:
· Sakit kepala.
· Ruam merah di kulit.
· Hilang selera.
· Muntah-muntah.
· Sakit perut.
. Lidah terasa pahit


Gambo Virus Denggi

Demam Denggi juga terdapat beberapa jenis spt:

* Demam tanpa mengalami sebarang gejala

* Denggi klasik (Classical Dengue fever), pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit

* Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic fever without shock), gejalanya adalah sama dengan denggi klasik tetapi terdapat juga pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut dan dubur, muntah darah dan berak berdarah
* Demam denggi berdarah beserta sindrom kejutan denggi (Dengue Haemorrhagic fever with shock). Pesakit mengalami gejala yang sama seperti demam denggi berdarah tetapi disertai dengan kaki dan tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah, lesu dan mengantuk.

Pada masa skang mmg tiada ubat yang sebetul2nya sebagai antidot untuk melawan panyakit ini. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.


Org umahku ketika menjalani rawatan di hospital.

So cara yang paling baik untuk melawan penyakit ini ialah dengan cara mencegah. bak kata2 hikmah skang nie, `Mencegah lebih baik daripada mengubati'.

antara langkah2 pencegahannye adalah:

· Senarai & periksa semua tempat kemungkinan pembiakan.
· Rondaan kawasan berterusan.
· Pembersihan menyeluruh & tidak membenarkan pengumpulan sampah & sisa binaan.
· Buang air-air yang bertakong.
· Bubuh ABATE untuk bunuh jentik-jentik.
· Penyemburan kabus (fogging) berterusan.
· Penyemburan Aerosol di dalam bangunan.



Sifat-sifat nyamuk aedes
. Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.
· Aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan di awal senja. (5 Pagi-8 pagi dan 5 petang-8 malam)
· Ia membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam ataupun di luar rumah.
· Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tempat-tempat pembiakan nyamuk ini pulak adalah seperti:

·Tangki air – bekalan air, hawa dingin & saluran bantu mula (hosereel)
· Bumbung rata
· Talang & palong – gutter, RWDP
· Bumbung rata
· Cucur atap
· Basement e.g PPK Awam
· Saliran konkrit & sump, peti injap
· Kolam
· Lopak
· Tangki simbah – cisterns yang rosak atau terbiar
· Urinal terbiar
· WC yang terbiar
· Timbunan sampah
· Tong, balang terbiar
· Pasu bunga
· Kerja-kerja sementara kontrak binaan.
· Bahan & sisa binaan terbiar.
· lain-lain

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah melancarkan kempen 10 minit utk setiap Hujung Minggu untuk kita semua menghapuskan tempat-tempat membiak nyamuk aedes. Jom kita semua hapuskan tempat pembiakan nyamuk pembawa virus denggi!!!



p/s: Untuk mengetahui petua2 yang boleh digunakan untuk membantu melawan penyakit denggi. usyala post aku sebelum-sebelum nie yang bertajuk `Sup Ketam Kasih Sayang'.

Wednesday, January 13, 2010

Sup Ketam Kasih Sayang

Salam.. hi korang! berjumpe lagi pada tahun yang baru.. mesti banyak kenangan manis korang kan di awal tahun baru nie kan. Bagi aku plak awal tahun baru nie kenangan tak best telah menimpa diriku ini coz org umah tersayang aku kene demam denggi. Hari khamis 31/12/09 org umah aku dah mmg tak larat dah, Kebetulan hari yang sama kiteorang mmg plan nak balik ke kg aku utk bercuti menyambut tahun baru kat sane. So org umah aku memula terseksa menahan sakit denggi nie semasa dalam perjalanan ke kg hingge sampe kg aku ar. so besoknye 01/01/10. aku bawakla org umah aku pi klinik. Dr cakap die suspek denggi memandangkan simtom2 yang dihidapi oleh org umah aku tambahan lagi kate Dr skang nie mmg musim die. besoknye 02/01/10 setelah ubat yang Dr kat klinik tue bagi tak berape berkesan. aku ajak org umah aku balik KL dengan alasan terus pi hospital kat sane manetau kot2 kene tahan wad, kene kat KL so senangla sikit urusannye nanti. Org umah aku kate takpe alang2 kat kg die nak tunggu sampe 03/01/10 sebab dari awalnye mmg kiteorang rancang nak balik 03 haribulan. Tapi dari malam 31/12/09 -02/01/10 mmg sekse aku tgk org umah aku menahan kesakitan kepala yang die mmg tak leh handle. Kesian kat die. so 03/01/10 petang tue pas sampe kl kiteorang terus pi ospital n lepas check. Dr Suspek denggi. Hari tue jugak orang umah aku kene tahan wad. Orang umah aku bertapa kat wad tue sampai 08/01/10. So pada masa org umah aku kene tahan wad tue ade beberapa petua yang diberi oleh keluarga, kengkawan opis termasuk misi(nurse) yang mana diantarenye iaitu minum banyak air 100 Plus, minum banyak air masak, makan sup ketam bunga, minum air bali (yg Biji Bukan Serbuk). Alhamdulilah semua dapat aku ikhtiarkan utk org umah aku dan yang paling aku puas ati, aku dapat memasakkan sup ketam utk org umah aku. Aku anggap cabaran tue agak ekstrem gak utk aku wat sebab aku mmg tak pernah memasak sebelum nie kecuali, masak air, maggi, telur goreng, panaskan makanan yang mmg dah dimasak. ha..ha.. So dengan semangat yang tinggi aku study camne nak masak sup ketam dengan menghello mama n akak sepupu aku (sengaja taknak tanya org umah aku. konon-konon nak suprise le). setelah mendengar tips2 dan cara2 nak masak so aku pun berusahalah menyediakan bahan2 yang diperlukan antaranya:

1) Ketam Bunga (2 Ekor) (Besar Punyaaa!)
2) Bawang Kecik (4 Biji Dihiris Halus)
3) Bawang Putih (2 Biji Dihiris Halus)
4) Serai ( 1 Batang )
5) Cili Api (2 Biji )
6) Asam Keping ( Sekeping Besar)
7) Halia ( ikut pandai nak letak banyak mana )
8) Garam
9) Ajinomoto

Memula sekali puan2 masukkan air dalam periuk yang bersesuai dengan saiz dan bilangan ketam, Amaran: JGN SAMPAI AIR BERLADONG! itu kate mama n akak sepupu aku. he..he.. Bile agak air dah nak mendidih. Masukkan Bawang kecik, Bawang Putih, Asam Keping, Serai ( pastikan batangnye telah di henyak sebelum dimasukkan kedalam periuk kite ye puan2). Tak lupa jugak halia, cili api pun tak ketinggalan untuk dihenyak sebelum dimasukkan bersekali di dalam periuk. masukkan jugak ketam kedalam periuk dan akhir sekali puan2 jgn lupa utk meletakkan garam n ajinomoto secukup rasa tekak. biarkan air mendidih dan agak2 ketam dah kemerah-merahan bermakna dah siap masak. So aku namakan resepi ketam yang aku masak khas utk org umah aku ialah `Sup Ketam Kasih Sayang'. Chewah..... jgn jeles ye..

kat bawah nie aku sertakan gambo ketam bunga manelah tau korang tak pernah tgk ketam bunga hu..hu..


Pandangan Atas Ketam Bunga Jantan


Pandangan Bawah Ketam Bunga Jantan


Pandangan Atas ketam Bunga Betina


Pandangan Bawah Ketam Bunga Betina