Hi Korang... lame betui aku tak menjenggok blog kesayangan aku nie... nasib baik log in boleh masuk lai hu..hu... Alhamdulillah harinie dah 24 hari kite berpuasa.. Syukur kita masih dapat menunaikan ibadah berpuasa dengan baik di negara tercinta kita nie..Walaubagaimapun kesucian ramadhan kita pada tahun nie di cemari dengan perbuatan2 yang tidak mengambil kira sensitiviti Agama Islam. Pada awal ramadhan kita dikecohkan dengan pasangan yang kononnya paling bahagia dalam dunia Alvin n Vivian yang mengucapkan selamat menyambut ramadhan dengan mengupload gambar memakan sup babi. Tak kisah la kalau couple makan babi tersebut nak makan bape kilo babi sekalipun. tapi tak perlulah nak tunjuk semangat keharmonian dengan upload gambar sebegitu. dah kene tangkap tau plak bagi alasan memacam. Bebaru nie pulak kecoh pasal cik Maznah si pengembala anjing upload video bersama anjing-anjingnya. Di saat aku menaip post nie aku mmg tak tgk video si maznah nie lagi. Tapi ada la jugak baca2 kisah tersebut dan komen orang ramai terhadap video tersebut.. Ramai yang marah dan tak kurang jugak yang menbela si maznah pengembala anjing nie. kata salah seorang pembela maznah, niat maznah baik agar kita semua tidak dikriminasi makhluk ciptaan Allah. Hari nie dikhabarkan si maznah sedang di tahan reman dan die takkan meminta maaf kerana menyatakan die tidak berhasrat menghina Islam. Bagi aku kalau betui die takde niat nak menghina bagusla.. tapi jaga la sket sensitiviti orang lain.. kalau ko sayang sangat kat anjing ko takyahla nak buat video macam tue bagai... tak berapa nak kenala bagi aku. Mmg Islam itu menyuruh umatnya menyayangi setiap mahkluk ciptaan Allah. tapi adalah cara2 nya kita nak buat baik pun.. Contohnya masih ingatkah korang dengan kisah pelacur dan anjing di zaman Rasulullah?
Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu' anh bahawa baginda bersabda:
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberikan anjing tersebut dengannya. Maka Allah mengampunkan die kerana perbuatannya itu [Shahih al-Bukhari - no:3467]
aku copy n paste info mengenai hukum orang Islam memegang/menyentuh anjing mengikut MazhabShafie
PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG
ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB
SHAFIE
Mengikut pandangan Mazhab Shafie,
binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah
(najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air
mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau
memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.
Berkaitan hukum memelihara anjing
mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing
untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki
oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, hartabenda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara
anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di
rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah
wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh
memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang
ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf
al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al Haram fi al-Islam)
beliau mengatakan hukum memelihara
anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadithRasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W.
bersabda antara lain maksudnya :
“Barang siapa yang memelihara anjing
bukan untuk menjaga ladang atau ternakan,
maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya.
Hadith
ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Wallahualam....
Hadith
ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment