Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, August 6, 2013

Tips Nak Main Mercun....

Salam...

Dikesempatan ini melalui blog yang tak sepertinya.. Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kat korang. Maaf jika akan tersilap kata di dalam blog ini. Kalau yang nak pulang kekampung tue berhati2 la di jalanraya. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. dan bila tibanya hari raya WAJIB Kat surat kabo terpampang berite sedara2 kita yang kecundang akibat main mercun. Pada pendapat aku yang daif nie.. tak salah kalau kite nak memeriahkan raya dengan main mercun tapi  yang nak mencucuh mercun tue main dengan berhati2 yer.. jangan sampai hilang nikmat anggota badan yang Allah bagi kat kite. Tadi gantinye weiii. sedikit tips kat korang kalau nak main mercun... semoga ngan tips aku nie akan kuranglah kes2 hilang anggota badan terutamanya tangan di hari raya tahun nie dan seterusnya Insyallah....

1) Bako n Baling- Takyah nak ngada2 nak letak dalam batang paip lah, bawah tin lah..

2) Tak Meletup Abaikan  - Takyah nak ngada2 nak pi kutip balik kalau mercun tue tak meletup

3) Baling Di Tempat Yang Selamat - Jgn Baling kat orang/ penonton plak.

4) Takyah Tunjuk Terer - Konon nye terer la siap pegang lama2 pastu sumbu dah nak abis baru baling..

5) Bako Satu Persatu - Jangan nak bako sekali banyak...

6) Takyah Main - Yang nie tips yang sangat digalakkan.. hu..hu..

Disertakan sekali gambo-gambo pembakar semangat bagi yang nak cucuh mercun..





Selamat mencucuh Mercun!!

P/s: Kalau aku jadi korang aku ikut tips yang no. 6 hu..hu... Selamat Hari Raya!

Friday, August 2, 2013

Kisah Pemakan Sup Babi Dan Pembela Anjing Di Bulan Puase..

Salam...

Hi Korang... lame betui aku tak menjenggok blog kesayangan aku nie... nasib baik log in boleh masuk lai hu..hu... Alhamdulillah harinie dah 24 hari kite berpuasa.. Syukur kita masih dapat menunaikan ibadah berpuasa dengan baik di negara tercinta kita nie..Walaubagaimapun kesucian ramadhan kita pada tahun nie di cemari dengan perbuatan2 yang tidak mengambil kira sensitiviti Agama Islam. Pada awal ramadhan kita dikecohkan dengan pasangan yang kononnya paling bahagia dalam dunia Alvin n Vivian yang mengucapkan selamat menyambut ramadhan dengan  mengupload gambar memakan sup babi. Tak kisah la kalau couple makan babi  tersebut nak makan bape kilo babi sekalipun. tapi tak perlulah nak tunjuk semangat keharmonian dengan upload gambar sebegitu. dah kene tangkap tau plak bagi alasan memacam. Bebaru nie pulak kecoh pasal cik Maznah si pengembala anjing upload video bersama anjing-anjingnya. Di saat aku menaip post nie aku mmg tak tgk video si maznah nie lagi. Tapi ada la jugak baca2 kisah tersebut dan komen orang ramai terhadap video tersebut.. Ramai yang marah dan tak kurang jugak yang menbela si maznah pengembala anjing nie. kata salah seorang pembela maznah, niat maznah baik agar kita semua tidak dikriminasi makhluk ciptaan Allah. Hari nie dikhabarkan si maznah sedang di tahan reman dan die takkan meminta maaf kerana menyatakan die tidak berhasrat menghina Islam. Bagi aku kalau betui die takde niat nak menghina bagusla.. tapi jaga la sket sensitiviti orang lain.. kalau ko sayang sangat kat anjing ko takyahla nak buat video macam tue bagai... tak berapa nak kenala bagi aku. Mmg Islam itu menyuruh umatnya menyayangi setiap mahkluk ciptaan Allah. tapi adalah cara2 nya kita nak buat baik pun.. Contohnya masih ingatkah korang dengan kisah pelacur dan anjing di zaman Rasulullah?

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu' anh bahawa baginda bersabda:

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberikan anjing tersebut dengannya. Maka Allah mengampunkan die kerana perbuatannya itu [Shahih al-Bukhari - no:3467]

aku copy n paste info mengenai hukum orang Islam memegang/menyentuh anjing mengikut MazhabShafie


PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.


Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, hartabenda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.

Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al Haram fi al-Islam)

beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadithRasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W.
bersabda antara lain maksudnya :

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang  atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.

Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. 

Hadith
ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.  

Wallahualam....