Salam....
25.06.12 Atuk belah ayah aku (tok yah) telah meninggal dunia akibat sakit tua...aku sampai kat kg di Muar, arwah tokyah hampir siap dimandikan.. sedih yang teramat sangat apabila melihat jasad tokyah terbujur kaku tidak bernyawa lagi... lebih sedih dan sebak lagi sesudah aku mencium arwah tokyah utk kali terakhir selepas dikafankan... Alhamdulillah urusan pengebumian jenazah berjalan lancar dan saudara mara dan kenalan arwah yang hadir pun agak ramai.. Alhamdulillah..... Begitulah janji Allah! yang hidup pastinya mati.... kita yang masih diberikan nyawa nie haruslah menggunakan kesempatan yang ada untuk perkara yang baik dan diredhai...Semoga Roh Arwah dicucuri Rahmat! Al-fatihah....
Untuk ingatan bersama... Bacaan Talkin.
Apabila membaca, sebutlah nama sendiri, jika tak terasa
meremang, sama samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang
mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya
amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi
penyelamat, InsyaAllah. WALLAHU A’LAAMM. [...]
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang
kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran
kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah
akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang
Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap
hadirat Allah Ta'ala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada
bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke
negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad
itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan
Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu
berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila
mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka
berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji
diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam
alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan
semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan
dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah
benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat
tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan
Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas
kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu
serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana
rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-A'sr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga arwah atok ditempatkan bersama-sama orang beriman..Al Fatihah
ReplyDeletealfatihah amin
ReplyDelete