Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Wednesday, June 27, 2012

Ciuman Terakhir Utk Tokyah....

Salam....

25.06.12 Atuk belah ayah aku (tok yah) telah meninggal dunia akibat sakit tua...aku sampai kat kg di Muar, arwah tokyah hampir siap dimandikan.. sedih yang teramat sangat apabila melihat jasad tokyah terbujur kaku tidak bernyawa lagi... lebih sedih dan sebak lagi sesudah aku mencium arwah tokyah utk kali terakhir selepas dikafankan... Alhamdulillah urusan pengebumian jenazah berjalan lancar dan saudara mara dan kenalan arwah yang hadir pun agak ramai.. Alhamdulillah.....  Begitulah janji Allah! yang hidup pastinya mati.... kita yang masih diberikan nyawa nie haruslah menggunakan kesempatan yang ada untuk perkara yang baik dan diredhai...Semoga Roh Arwah dicucuri Rahmat! Al-fatihah....

Untuk ingatan bersama... Bacaan Talkin.

Apabila membaca, sebutlah nama sendiri, jika tak terasa meremang, sama samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah. WALLAHU A’LAAMM. [...]

 Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr

Thursday, June 21, 2012

99 Nama Allah Swt

salam....

99 Nama Allah...

1. Ar-Rahman - Yang Maha Pemurah
2. Ar-Rahim - Yang Maha Mengasihi
3. Al-Malik - Maharaja Teragung (Yang Maha Menguasai)
4. Al-Quddus - Yang Maha Suci
5. Al-Salam - Yang Maha Selamat Sejahtera
6. Al-Mu'min - Yang Maha Melimpahkan Keamanan
7. Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
8. Al-Aziz - Yang Maha Berkuasa
9. Al-Jabbar - Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya)
10. Al-Mutakabbir - Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
11. Al-Khaliq - Yang Maha Pencipta
12. Al-Bari - Yang Maha Menjadikan
13. Al-Musawwir - Yang Maha Pembentuk
14. Al-Ghaffar - Yang Maha Pengampun
15. Al-Qahhar - Yang Maha Perkasa
16. Al-Wahhab - Yang Maha Penganugerah
17. Al-Razzaq - Yang Maha Pemberi Rezeki
18. Al-Fattah - Yang Maha Pembuka
19. Al-'Alim - Yang Maha Mengetahui
20. Al-Qabidh - Yang Maha Pengekang
21. Al-Basit - Yang Maha Melimpah Ni'mat
22. Al-Khafidh - Yang Maha Perendah (Pengurang)
23. Ar-Rafi' - Yang Maha Peninggi
24. Al-Mu'izz - Yang Maha Menghormati (Memuliakan)
25. Al-Muzill - Yang Maha Menghina
26. As-Sami' - Yang Maha Mendengar
27. Al-Basir - Yang Maha Melihat
28. Al-Hakam - Yang Maha Mengadili
29. Al-'Adl - Yang Maha 'Adil
30. Al-Latif - Yang Maha Lembut serta Halus
31. Al-Khabir - Yang Maha Mengetahui
32. Al-Halim - Yang Maha Penyabar
33. Al-'Azim - Yang Maha Agung
34. Al-Ghafur - Yang Maha Pengampun
35. Asy-Syakur - Yang Maha Bersyukur
36. Al-'Aliy - Yang Maha Tinggi serta Mulia
37. Al-Kabir - Yang Maha Besar
38. Al-Hafiz - Yang Maha Memelihara
39. Al-Muqit - Yang Maha Menjaga
40. Al-Hasib - Yang Maha Penghitung
41. Al-Jalil - Yang Maha Besar serta Mulia
42. Al-Karim - Yang Maha Pemurah
43. Ar-Raqib - Yang Maha Waspada
44. Al-Mujib - Yang Maha Pengkabul
45. Al-Wasi' - Yang Maha Luas
46. Al-Hakim - Yang Maha Bijaksana
47. Al-Wadud - Yang Maha Penyayang
48. Al-Majid - Yang Maha Mulia
49. Al-Ba'ith - Yang Maha Membangkitkan Semula
50. Asy-Syahid - Yang Maha Menyaksi
51. Al-Haqq - Yang Maha Benar
52. Al-Wakil - Yang Maha Pentadbir
53. Al-Qawiy - Yang Maha Kuat
54. Al-Matin - Yang Maha Teguh
55. Al-Waliy - Yang Maha Melindungi
56. Al-Hamid - Yang Maha Terpuji
57. Al-Muhsi - Yang Maha Penghitung
58. Al-Mubdi - Yang Maha Pencipta dari Asal
59. Al-Mu'id - Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60. Al-Muhyi - Yang Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit - Yang Mematikan
62. Al-Hayy - Yang Senantiasa Hidup
63. Al-Qayyum - Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64. Al-Wajid - Yang Maha Penemu
65. Al-Majid - Yang Maha Mulia
66. Al-Wahid - Yang Maha Esa
67. Al-Ahad - Yang Tunggal
68. As-Samad - Yang Menjadi Tumpuan
69. Al-Qadir - Yang Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir - Yang Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim - - Yang Maha Menyegera
72. Al-Mu'akhkhir - Yang Maha Penangguh
73. Al-Awwal - Yang Pertama
74. Al-Akhir - Yang Akhir
75. Az-Zahir - Yang Zahir
76. Al-Batin - Yang Batin
77. Al-Wali - Yang Wali / Yang Memerintah
78. Al-Muta'ali - Yang Maha Tinggi serta Mulia
79. Al-Barr - Yang banyak membuat kebajikan
80. At-Tawwab - Yang Menerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82. Al-'Afuw - Yang Maha Pengampun
83. Ar-Ra'uf - Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84. Malik-ul-Mulk - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram - Yang Mempunyai Kebesaran dan kemuliaan
86. Al-Muqsit - Yang Maha Saksama
87. Al-Jami' - Yang Maha Pengumpul
88. Al-Ghaniy - Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89. Al-Mughni - Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90. Al-Mani' - Yang Maha Pencegah
91. Al-Darr - Yang Mendatangkan Mudharat
92. Al-Nafi' - Yang Memberi Manfaat
93. Al-Nur - Cahaya
94. Al-Hadi - Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95. Al-Badi' - Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96. Al-Baqi - Yang Maha Kekal
97. Al-Warith - Yang Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyid - Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99. As-Sabur - Yang Maha Penyabar