Salam.. korang!
Semoga kita mendapat pengajaran dari cerita ini....
> Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki
> berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan
> lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana
> terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk
> membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh
> tindak-tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu,
> dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan
> rumah tersebut.
> Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut
> rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia
> teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya
> daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di
> Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya.
> Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang
> haram, dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan
> kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil
> makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada
> godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang
> kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu.
> Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali
> lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia
> kepada pesan Rasulullah s.a.w, "Tinggalkan yang
> haram, dapat yang halal."
>
> Diletak kembali barang yang berharga itu.
> Haram mengambil barang milik orang lain. Namun
> sebelum dia beredar, datang lagi satu godaan yang
> lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila
> melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di
> kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk.
> Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar,
> peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan
> kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu
> dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, " Tinggalkan
> yang haram, akan dapat yang halal."
>
> Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan
> beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang
> melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan
> keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa
> di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan
> kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana
> berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu
> yang mengajak kepada yang haram, dia diberi
> ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.
>
> Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat
> subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di
> masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga
> semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang
> wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di
> masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia
> takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan
> seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya.
> Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang
> janda.
>
> Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada
> orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki
> yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda
> menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan
> adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda,"
> jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus
> selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah
> kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk
> dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.
>
> Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah
> s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki
> itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu
> menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah
> wanita tersebut. Lalu dia bertaubat.
>
> Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan
> lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para
> Sahabat. Demikianlah berkat meninggalkan yang haram,
> dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini,
> wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu
> menjadi halal baginya.
>
> Wallahu'alam.
>
Friday, May 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment