Assalam...
hi korang! pekabo... aku terjumpe post nie kat forum.. jom kongsi...
mati adalah penyakit yang tiada ubatnya...ujian ketika menghadapi kematian juga memerlukan keyakinan iman dan taqwa..bersediakah kita menghadapinya....
Ujian-ujian yang dihadapi oleh orang yang hampir mati
Tiada siapa yang mengetahui bahawa setiap orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, menghadapi dua kesakitan; pertama sakit yang berpunca daripada penyakit-penyakit zahir yang dialami dan kedua sakit ketika roh
keluar daripada badan.
Sakit ketika roh berpisah daripada badan atau sakit sakaratulmaut tiada seorang pun dapat mengelakkan diri, sehingga Rasulullah saw sendiri ketika hampir wafat, baginda saw meletakkan semangkuk air di sisinya dan dicelupkan tangannya lalu diusapkan ke mukanya sambil berdoa : " Ya Allah, ringankanlah aku akan sakaratulmaut" (Imam Bukhari dan Muslim)
Sungguhpun begitu, di antara merasai sakit "penyakit" atau "azab sakaratulmaut", tidaklah sehebat ujian ketika seseorang itu berhadapan dengan satu lagi ujian yang paling kritikal. Ujian itu ialah ujian melihat berbagai-bagai rupa pandangan dan godaan syaitan yang hendak menyesatkannya ketika saat-saat seseorang itu sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
A. Pertarungan di antara kematian Suul Khatimah dan Husnul Khatimah
Saat ketika seseorang itu sedang menghadapi ujian, melihat pelbagai pandangan dan godaan syaitan yang menyerupai ibu bapa, keluarga, guru dan lain-lain. Itulah sebagai penentuan ke atas seseorang itu, apakah ia mati dalam 'suul khatimah' atau 'husnul khatimah' (mati dalam keadaan beriman atau mati dalam kufur).
Walaupun pada zahirnya, kita hidup sekarang ini dalam keadaan beriman dan mematuhi segala perintah Allah, tetapi yang menentukan kita mati beriman atau mati kufur ialah saat ketika penghujung hidup kita iaitu ketika mengakhir hayat dan saat itulah yang dinilai oleh Allah.
Sepertimana Rasulullah saw menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud : "
Demi Allah, yang tiada Tuhan yang lain daripadaNya, bahawa sesungguhnya salah seorang kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tiada ada lagi diantaranya dengan syurga kecuali sehasta sahaja lagi, mana telah terdahulu atasnya suratan (takdir) Allah, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan
sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tiada ada diantaranya dengan neraka kecuali sejengkal, maka atasnya takdir (ia mati dalam iman), lalu beramallah ia akan amalan ahli syurga, ketika itu ia mati, maka matinya mati beriman dan masuklah ia ke dalam syurga." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith lain Rasulullah saw menegaskan lagi yang maksudnya : "Ada orang yang mengerjakan amalan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah
ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak boleh menentukan sama ada ia akan mati beriman atau mati kufur. Segala-galanya di tangan Allah. Allah yang mentakdirkan semuanya. Cuma kita berhak dan berusaha mengharapkan rahmat dan taufik daripada Allah. Saat hampir mati itulah saat yang amat dikhuatirkan sekali oleh orang-orang soleh. Semasa mereka merintih memohon
dan mengharapkan 'rahmat' Allah. Kerana yang menentukan dan berhak meletakkan seseorang itu sama ada di dalam neraka atau syurga ialah Allah.
Memasukkan seorang yang beriman ke dalam syurga atau memasukkan seseorang yang derhaka ke dalam neraka atau sebaliknya adalah pekerjaan harus bagi Allah, bukan wajib bagiNya.
Thursday, October 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment