Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, July 16, 2010

Cerita Cinta Pak Suyatno....

Salam

hi korang.... ada satu artikel menarik yang aku copy dari halaman pengantin.com.. hope kite leh kongsikan bersama dan mengambil iktibar diatas kisah tersebut. difahamkan kisah yang ditulis ini adalah kisah sebenar. Check it Out!!

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ........."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya."Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

P/s: Utk Renungan..

CINTA

Tak salah kalau nak bercinta coz mmg ianya fitrah dan keinginan manusia. Bagaimanapun kita harus waspada dan bijak mengawal fikiran dan nafsu. Jgn sekali2 cinta menyebabkan hidup kita tunggang langgang tidak mengikut landasan Islam.

Org Yang mengasihi seseorang atau sesuatu lebih daripada kasihnya kpd Rasulullah S.A.W. matanya akan buta dan telinganya akan pekak. Fikirannya akan tumpul dan hatinya seolah2 mati!

Apa Nak Jadi La Stail Suami Sekarang....



Salam..

Hi Korang... sihat tak? diharap korang sentiasa bahagia dah sihat bersama pasangan memasing. Bagi korang yang baru mendirikan rumah tangga aku doakan agar jodoh korang akan berpanjangan bahagia ke akhir hayat. Alahai tak tau la nak cakap sejak nak akhir2 zaman nie banyak sang suami yang lupakan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah. Bukanla nak cakap aku nie suami yang baik sangat. Tapi sebagai seorang lelaki yang mempunyai hati dan nurani (chewah) sedih bila tgk kat paper kisah2 keluarga yang dulunya bahagia dengan pasangan memasing tapi kecundang disebabkan kasih suami yang beralih arah kepada orang yang ketiga dan pelbagai sebab lai tapi kebanyakannya akibat orang yang ketiga le. Salah satu kisahnye ialah kisah artis yang tgh hangat sekarang nie(tak taula pe puncanya) yang masuk lokap akibat telah memukul, menumbuk, menendang serta mencekik leher isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras.(Sumber Harian Metro). Walaubagaimanapun artis tue manyalahkan Harian Metro kerana membesar2kan cerita. Bebaru nie isteri artis tersebut telah mengikat jamin dan menarik balik tuduhan yang dibuat dengan syarat si suami membayar wang jaminan mahkamah kepada isteri sebanyak RM 2500 dengan harapan si suami akan sedar dan kehidupan merekan akan bahagia semula. Tup2 pas jamin si suami menunjukkan ke`jantan'annya lagi dengan mencederakan si isteri dan merampas semula duit RM 2500 tue. Dan yang paling tak bestnye lagi masa pas dijamin oleh isterinye aritue ada seorang perempuan yang menunggu dalam kete untuk bawa artis nie pergi wallahualam... tapi kalau betui la camtu.. mmglah Allah dah butakan hati si hati artis nie... Arini si isteri telah menuntut cerai taklik kepada artis tersebut. kalau dilihat dari segi luahan si isteri mmgla hatinya hancur musnah kerana disangkakan pas kes mahkamah selesai leh bina hidup baru ngan suaminya tapi apakan daya... pepun aku doakan yang terbaik utk si isteri tersebut dan kepada korang yang mempunyai suami yang jugak telah dibutakan hati oleh Allah. Semoga apa yang dilakukan oleh lelaki yang hilang rase tanggungjawab ini di berikan petunjuk oleh Allah dan segera bertaubat. mmm hai nie baru satu kisah.. Ada beribu2 kisah lai kat luar tue yang membuatkan aku sebagai lelaki rimas nak dengar. buat malu kaum je... wei kapada lelaki2 yg seangkatan dengan artis nie. bawak2 la bertaubat. jgn biarkan hidup kite dipandu oleh setan. seburuk2 perangai isteri pun jgn la kita menganiayanya dgn sebegitu rupa. fikir dgn waras. Buat keputusan yang sebaiknya yang mana diredai olah Allah. Ingatlah, Allah Sentiasa bersama orang2 yang bertanggungjawab di atas amanah yang dikendong! Wallahualam...




ANTARA TANGGUNGJAWAB SUAMI

ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

credit: http://www.pengantin.com.my/


Thursday, July 15, 2010

Khas Utk Abg Yang Tak Berapa Nak Hensem.....

salam.... Haaaa kalau ada sesape yang rasa dirinye kureng hensem tue ada berita baik utk anda. he..he.. takder ar sebenarnya semalam masa makan tghari ngan bebudak tempat aku kije kat jalan Duta. Salah sorang membe aku tue ada tunjuk kat satu `bunting' pasal iklan pusat mengurut. Yg menariknya nama salah satu seisi rawatan tue iaitu `URUTAN HANDSOME' he..he.. so kalau ada sesiapa rase die tak hensem tue leh la cuba.. tapi kalau dah perasan hensem tue takyah la pi lai sebab nanti kalau dah terlebih hensem risau plak org yang tersayang takut ramai yang tersangkut kat en abg die nanti. Tak salah nak menghensemkan diri untuk org yang tersayang terutama untuk isteri... jgn plak pasang niat nak bukak cawangan baru kalau dah hensem nanti haa tak betui niat tue.. Bagi org pompan pun sama. selalunya sibuk2 nak menghias diri tapi sebenarnya bukan utk suami pun. sibuk nak tunjuk kat org lain yg die cantik. sedangkan bila kita berhias untuk pasangan kita yang sah siap dapat pahala lagi dari Allah. Pepun nanti kalau dah hensem tue jgn lupa plak nak pastikan hati kita pun hensem ye... Jgn muke je hensem hati busuk.... Selamat Mencuba....

ikhlas dari...

Yang Tak Berapa Nak Hensem Tapi KACAK...




Friday, July 2, 2010

Abg Si Penjaja Buah Potong

Salam hi korang..... aritue mase pas solat kat Surau Al-Ikhlasiah di Keramat Jaya. Aku sempat berborak ngan seorang abg yang gigih berniaga menggunakan motosikal old skool roda tiganya. Nama panggilan abg nie ialah Eddy. Abg nie modus operandinye (chewah cam rancangan 999 plak he..he..) adalah meniaga air, rojak buah dan buah potong. Kerap jugala aku beli air cincau kat abg nie sementara menunggu org umah aku balik kije. sebab abg nie selalu meniaga kat pintu pagar sekolah yg berhampiran ngan tempat kije org umahku. Disebabkan mase tue cuti sekolah maka dengan itu abg tue hanya berniaga dikawasan2 strategik berdekatan dengan rumahnya. kebetulan plak abg tue pun solat kat surau yang sama ngan aku. So pas solat aku tgk abg tue sempat meniaga di kawasan surau dan tgh rancak melayan customer. Aku tanpa berfikir panjang terus membeli air cincau dan buah honey dew potong yang bersalut serbuk asam he..he.. so sambil menikmati air dan buah tue aku pun gatai mulut bertanyakan berapa lama dah abg nie menceburkan diri dengan bisnes nie.. sebenarnya yang membuatkan aku tertarik nak bersembang dengan abg nie ialah moto yang digunakan utk berniaga. Sebab aku rasa moto yang digunakan mmg tahan lasak memandangkan abg nie dah bisnes semenjak 26 tahun lepas iaitu semenjak tahun 1984. dan selepas 26 tahun berkhidmat moto nie masih gagah berkongsi perit jerih bersama abg nie dalam meneruskan kehidupan. chewah! abg nie menggunakan moto jenis Honda CG 125 cc. tips yang sempat diberikan utk jaga motonye ialah menukar minyak hitam secara berkala. mmm mmg aku tak nafikan tips tue mmg berkesan.

Ditanyakan pula mengenai pendapatan hasil menjajanya. abg nie bgtau sehari boleh dapat sampai RM250-300 kotor. tolak modal dalam Rm 1++. Itupun bergantung pada cuaca, kalau panas banyakla kalau hujan pendapatan berkurang. Bila bulan puasa lagi banyak die dapat untung. Abg Eddy sempat gak memberikan sepatah 2 kata kepadaku yangmana bila nak berniaga nie niat kena betul. Minta pada Allah agar diberikan rezeki yang berkat agar hidup lebih tenteram. Katannya lagi apa guna ada duit banyak kalau selalu ada masalah dalam keluarga, itu tandanya rezeki yang tak berkat la tue.. mmm pasal harge jualan abg eddy nie mmg aku tak nafikan murah dan tak mencekik darah. Selain daripada berniaga Abg eddy banyak meghabiskan masa dengan berkaraoke dan pernah mendapat no 2 dalam pertandingan karaoke peringkat flat tempat die tinggal..he..he.. All the Best utk Abg Eddy Si Penjaja Buah Potong!


Antara Pelanggan-pelanggan Yang Turut Memeriahkan


Moto Yang Berjasa Pada Abg Eddy


`Honda' The Power Of Dream


26 Tahun Berkhidmat....


Pose istimewa untuk pelanggan2 setia....

Salahlaku Menampal Roadtax

Salam...
hi korang.... pekabo... harap korang berada didalam keadaan yang sihat sejahtera... mmm korang mesti pernah tgk roadtax kete kan? rasenye yang takde kete pun tau camne rupenye roadtax kete tue... bagi yang pernah menampal roadtax tue pasti mengakui kesukaran menampal roadtax kerana jika tersalah tampal mesti susah nak tanggal n adjust balik sebab stiker pada roadtax tue mempunyai ciri2 keselamatan yang mana akan terkoyak or rosak jika di tanggalkan. Tujuan aku cerite pasal roadtax arini bukannye ape. Pagi tadi mase parking kete mase nak sapan aku terperasan satu kete yang cara ditampal roadtaxnye asalboleh je.. he..he.. mungkin owner kete tue tak mempunyai kelapangan nak menampal roadtax tersebut or saje nak bagitau org yg roadtax ketenye tue `bau kedai' he..he... pepun owner kete tue mesti ader sebab yang tersendiri yg mungkin kite tak tau.. pepun jom kite saksikan camne owner kete tu menampal roaxtax barunye.... he..he...


inilah ketenye....


kalau tgk tarikh kat roadtax tue 2 jun 2011. maknenye arini 2 julai mungkin genap sebulan roadtax tue ditampal sebegini rupa he..he..