Assalam...
hi korang! harap2 korang masih belum kene tipu.. hu..hu.. aku nak kongsi ngan korang info yang aku copy n paste berkenaan cara2 penipuan yang popular kat negara kita. Harap kita semua sentiasa beringat dan jangan jadikan diri kita mangse tipu ye! check it up!!
12 Penipuan Popular di Malaysia
Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling POPULAR yang digunakan oleh golongan 'durjana' malah JSJK Bukit Aman sudah mengklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.
1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.
2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.
3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan. Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
Itu adalah diantara pakej penipuan yang berleluasa berlaku di Malaysia. Maka berhati-hatilah jangan sampai ANDA PULA DITIPU ketika masih bernafas.
Friday, January 28, 2011
Thursday, January 13, 2011
Suka satu ke tiga?
Assalam....
Hah korang! tgh bersedih or berduka cita ke? tak mampu nak senyum? cube sebut tiga secara berulang.. tiga..tiga..tiga..tiga..dan seterusnya sampai mulut anda akan tersenyum secara automatik chewah.. tapi sebaliknya kalau korang sebut satu..satu..satu...satu... automatik mulut korang akan jd muncung ( hah lawo sangat la tue ). so mane satu yang korang pilih? hu..hu...
Lagu Senyum pebret aku (alah yg kempen senyum kat tv tue)
Senyum Seindah Suria
Yang Membawa Cahaya
Senyumlah Dari Hati
Duniamu Berseri
Senyum Umpama titian
Dalam Kehidupan
Kau Tersenyum Ku Tersenyum
Kemesraan Menguntum
(Chorus)
Senyum.... Kepada Semua
Senyumanmu Amatlah Berharga
Senyum.... Membahagiakan
Dengan Senyuman Terjalinlah Ikatan.

Wednesday, January 12, 2011
Pak Itam Disondol Lagi
Assalam Korang......
Petang semalam aku mendapat panggilan telefon daripada membe opis aku yang balik kui 4.30 petang. Die tanye samaada aku ader eksiden ker sebab die tengok bumper depan pak itam teruk kena langgar. Aku dah tak sedap ati dah. aku terus pi tgk pak itam dari tingkat atas opis.. mmg sah kene sondol. Aku terus pi tgk kat bawah.. Aduhhhhhhhhhh .. sakitnye ati... dah la yang melanggar tue terus cabut tanpa rasa bersalah (touch n go!) dan meninggalkan kesan. Yelah paling kuatpun tinggalkan lah no tepon. Ini takde rase tanggungjawab langsung bila dah buat salah.. Pepun aku anggap ini adalah ujian dr Allah utk aku di awal tahun ini...

Wednesday, January 5, 2011
Kenapa Aku Tak Suke Facebook
Assalam....
hi korang!
Korang ada facebook/fesbuk/muka buku(istilah akak ipor aku haha)? aku pasti korang yang taknak ketinggalan dalam mengejar trend komunikasi yang canggih skang mesti ada akaun facebook kan? takyah cakap korang la, family aku sendiri pun rata2 ada akaun nie.
Surat kabo utusan arini melaporkan Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg meningkat dua kali ganda kepada 9 bilion (RM42.66 bilion) selepas menerima pelaburan daripada firma kewangan, Goldman Sachs. Perjanjian dengan syarikat tersebut mungkin meningkatkan sebanyak dua kali ganda harta peribadi Zuckerberg yang dijangka sebanyak 4.5 bilion (RM21.33 bilion pound) apabila Facebook dinilai pada 14.9 bilion (RM70.626 bilion) Wow!
Aku tak nafikan mmg facebook nie ada kebaikannya kalau tak takkan kebanyakan mesjid2 dan surau hatta kerajaan kite sendiri pun menggunapakai facebook untuk berinteraksi dengan umum. selain tue jugak aku difahamkan dengan adanya facebook nie korang leh mencari kenalan2 lama dengan mudah. dengan itu leh le bertanyakan khabar dan secara tak langsung hubungan korang akan kekal terjalin. Bagi yang belum kawin leh la menggunakan medium nie utk mencari jodoh (tak digalakkan). Aku sendiri pun ada menggunakan akaun frenster untuk kontek member2 lama dan mencari membe baru(skang tak berapa nak aktif) tapi aku rase skang nie sape yang pakai frenster mungkin akan dianggap tak up to date. K la tapi itu bukan isunye. Tapi masalah yang aku nampak. sejak gilenye korang dengan akaun facebook nie banyak sangat isu keruntuhan rumahtangga berlaku.. banyak suami or isteri yang dapat berhubung dengan kekasih baru, kekasih lama, kekasih gelap, kekasih terang dan macam2 kekasih lagi la termasuk kekasih awal dan akhir. Kat Facebook jugalah tempat korang samaada si suami or isteri (aku tekankan pada pasangan yang berkahwin sebab kebanyakan org yang dah kawin yang selalu lupa diri) yang berkongsi untuk meluahkan rasa tak puas ati tentang pasangan memasing. pastu lama2 mulalah terjalin cinta terlarang nauzubillah! pastu bila dah terkantoi mulalah rumahtangga porak peranda!
Selain tu jugak, ada antara korang yang menggunakan facebook untuk mengumpat dan memfitnah. bezanya dengan cik kiah dan cik tom dieorang mengumpat kat tepi pagar or tembok tapi korang leh mengumpat dengan cara yang canggih sket. lagi satu melalui facebook jugaklah korang tanpa segan silu berkongsi gambo dengan kawan korang, tak kira la gambo tutup aurat ke, bukak aurat ke, gambo korang berpeluk ngan pakwe or makwe ke. chitttt! taula korang sume segak2 n cun2. korang tak terpikirke ada malaun yang akan menyalahgunakan gambo korang tue.
Kalau aku tak silap pengasas facebook nie merupakan orang yahudi. so kalau dah nama yahudi tue mestilah menggunakan macam2 cara untuk mendapatkan apa yang dieorang inginkan. pernah ada isu yang segala maklumat peribadi korang yang ada dalam facebook nie boleh digunapakai untuk kepentingan kaum si laknat nie.
Pepun tak salah sebenarnya menggunakan apa yang dicipta oleh si yahudi nie untuk kebaikan. Tapi kita kenalah bijak membezakan baik dan buruk. pengasas die sendiri pun tak suka kongsi peribadi die kat facebook die. korang siap nak citer masalah dalam selimut korang kat facebook apa hal?
Aku harap segala masalah yang berpunce dari facebook nie dapat diatasi agar institusi keluarga Islam kita tidak runtuh dan punah disebabkan perkara yang tersebut diatas. Wallahualam...
Bila dipikir2kan logik jugak apa yang tersirat... hmmmmmmm

Kayu Peramal?
Subscribe to:
Posts (Atom)