Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah...
Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru! Semoga azam kita utk tahun nie akan tercapai.. dan tahun nie menjadi tahun yang lebih bermakna utk kita semua... Salam Maal Hijrah 1433!
Tuesday, November 22, 2011
Jebeng Oh Jebeng...
ehmm..ehmm.. sakit tekak aku menjerit malam kelmarin menyaksikan Team Harimau Muda melawan pasukan Garuda... PUAS HATI!!! itu ayat yang leh aku cakapkan.... setinggi2 tahniah kepada team Harimau Muda... Walaupun dilayan buruk oleh jebeng-jebeng kat situ. pasukan negara kita mampu menyerap provokasi yang dibuat oleh si jebeng yang seolah2 tak tau cara nak hormat orang lain.. Kemenangan pasukan negara kita malam tue aku rasakan seolah2 dapat `menumbuk' mulut2 jebeng yang menghina negara kita. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan bila menulis post nie tapi tue la... geram melihat gelagat si jebeng yang tak sudah nak mencari pasal. tah apa yang tak dieorang tak puas hati pun aku tak tau.. mungkin yerorang lupa yang kebanyakan saudara mara dieorang sibuk mencari rezeki kat negara tercinta kita nie... Astahfirullah..... melalut pulak aku sabar...sabar... Pepun Alhamdulillah... kita dapat mengangkat maruah negara kita..
Tahniah Harimau Muda!!!! Yihaaaaaaa Kita Menang yea.. kita menang yea.... kita menang yea... jebeng kalah yea..jebeng kalah yea... jebeng kalah yea

Tahniah..tahniah....

Kurang Ajar!

Harapan Jebeng.....

Hakikatnye...... Yihaaaaaaa
Thursday, November 17, 2011
Seruan Kubur!!!
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan kalimah syahadah.. supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Thursday, October 13, 2011
Disaat Berjumpa Sakaratul Maut.....
hi korang! pekabo... aku terjumpe post nie kat forum.. jom kongsi...
mati adalah penyakit yang tiada ubatnya...ujian ketika menghadapi kematian juga memerlukan keyakinan iman dan taqwa..bersediakah kita menghadapinya....
Ujian-ujian yang dihadapi oleh orang yang hampir mati
Tiada siapa yang mengetahui bahawa setiap orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, menghadapi dua kesakitan; pertama sakit yang berpunca daripada penyakit-penyakit zahir yang dialami dan kedua sakit ketika roh
keluar daripada badan.
Sakit ketika roh berpisah daripada badan atau sakit sakaratulmaut tiada seorang pun dapat mengelakkan diri, sehingga Rasulullah saw sendiri ketika hampir wafat, baginda saw meletakkan semangkuk air di sisinya dan dicelupkan tangannya lalu diusapkan ke mukanya sambil berdoa : " Ya Allah, ringankanlah aku akan sakaratulmaut" (Imam Bukhari dan Muslim)
Sungguhpun begitu, di antara merasai sakit "penyakit" atau "azab sakaratulmaut", tidaklah sehebat ujian ketika seseorang itu berhadapan dengan satu lagi ujian yang paling kritikal. Ujian itu ialah ujian melihat berbagai-bagai rupa pandangan dan godaan syaitan yang hendak menyesatkannya ketika saat-saat seseorang itu sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
A. Pertarungan di antara kematian Suul Khatimah dan Husnul Khatimah
Saat ketika seseorang itu sedang menghadapi ujian, melihat pelbagai pandangan dan godaan syaitan yang menyerupai ibu bapa, keluarga, guru dan lain-lain. Itulah sebagai penentuan ke atas seseorang itu, apakah ia mati dalam 'suul khatimah' atau 'husnul khatimah' (mati dalam keadaan beriman atau mati dalam kufur).
Walaupun pada zahirnya, kita hidup sekarang ini dalam keadaan beriman dan mematuhi segala perintah Allah, tetapi yang menentukan kita mati beriman atau mati kufur ialah saat ketika penghujung hidup kita iaitu ketika mengakhir hayat dan saat itulah yang dinilai oleh Allah.
Sepertimana Rasulullah saw menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud : "
Demi Allah, yang tiada Tuhan yang lain daripadaNya, bahawa sesungguhnya salah seorang kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tiada ada lagi diantaranya dengan syurga kecuali sehasta sahaja lagi, mana telah terdahulu atasnya suratan (takdir) Allah, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan
sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tiada ada diantaranya dengan neraka kecuali sejengkal, maka atasnya takdir (ia mati dalam iman), lalu beramallah ia akan amalan ahli syurga, ketika itu ia mati, maka matinya mati beriman dan masuklah ia ke dalam syurga." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith lain Rasulullah saw menegaskan lagi yang maksudnya : "Ada orang yang mengerjakan amalan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah
ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak boleh menentukan sama ada ia akan mati beriman atau mati kufur. Segala-galanya di tangan Allah. Allah yang mentakdirkan semuanya. Cuma kita berhak dan berusaha mengharapkan rahmat dan taufik daripada Allah. Saat hampir mati itulah saat yang amat dikhuatirkan sekali oleh orang-orang soleh. Semasa mereka merintih memohon
dan mengharapkan 'rahmat' Allah. Kerana yang menentukan dan berhak meletakkan seseorang itu sama ada di dalam neraka atau syurga ialah Allah.
Memasukkan seorang yang beriman ke dalam syurga atau memasukkan seseorang yang derhaka ke dalam neraka atau sebaliknya adalah pekerjaan harus bagi Allah, bukan wajib bagiNya.
Friday, September 9, 2011
Firaun Menyebabkan Saintis Perancis Peluk Islam
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Mumia Ramesses II
Prof. Dr. Maurice Bucaille
Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.Bucaille.Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Nota Aku: Yakinlan dengan Panduan yang telah dikurniakan Allah (Alquran dan Hadith) dan juga petunjuk2 Allah! Subhanallah!
Monday, September 5, 2011
Keluhan Perempuan
Terjumpe post nie untuk dikongsi!
1.“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
2.“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
3.“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
4.“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
5.“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
6.“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
7.“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
1.“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
2.“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
3.“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
4.“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
5.“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
6.“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
7.“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Nota Aku: Bersyukurlah! dan jangan pertikaikan ketentetuan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Allah Maha Adil!
Thursday, August 18, 2011
Hujan Peluru Di Negara Orang..... Negara Kita???
jom usya jap...
Nasib Kanak2 Islam Di Gaza Angkara Yahudi Laknatullah....
Kat Negara kita pun kanak-kanak Islam turut menerima nasib yang sama tapi........ dengan cara yang berbeza....
Dan Yang Terbaru..
Semuanya angkara Mercun!!
malas nak cakap banyak... kalau rajin bacela post aku yang terdahulu berkenaan main mercun kat SINI






