Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Showing posts with label sesaje nak kongsi. Show all posts
Showing posts with label sesaje nak kongsi. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Pak itam digesek-gesek...

salam/salam sejahtera...

nak citer taknak..nak citer taknak... mmm citer jer ar... camni tahun baru hari tue aku ngan org umah pi la jenjalan kat Jusco kat tempat aku... masa2 nak balik pi kat tempat pak itam di parking hancur luluh hati aku tgk bontot pak itam digesek.. aduhhhhhh! kene langgo lari lai.... dah kali keberapa pun aku dah tak taula...terus takder mood aku... tak taula nak kata aku seorang yang penyabor tak jugak bile kene2 camgini rasa nak marah n seligi kepala orang yang tak bertanggungjawab menggesek pak itam aku tue .... Ya Allah ko tabahkanlah hatiku utk menghadapi ujian2mu yang dimasa mendatang...


Tuesday, December 6, 2011

Barang Kitar Semula itu Duit....

Assalam/Salam sejahtera....

hi korang! kat sini aku nak kongsi ngan korang salah satu cara kita untuk menyelamatkan alam sekitar di samping mendapatkan duit.. Aku ngan org umah mempraktikkan untuk mengumpul seberapa banyak botol dan bekas2 plastik yang telah digunakan kat umah aku untuk dijual.. Duit yang dapat takla seberapa sgt pun 1 kilo dptla 80 sen. jadila kan... kite pasangla niat untuk menjaga alam sekitar, selain dapat duit kita dapat pahala jugak! selain botol plastik, kertas, besi dan tin aluminium pun boleh... jom kita support kitar semula!



Antara barangan yang berjaya dikumpulkan...



Timbang-timbang dapatla 2 kilo= RM 1.60. Alhamdulillah....



Kat sinila tempat aku berurusniaga.. hu.hu..

Wednesday, July 6, 2011

Akhirnyaaaa....

Assalam.. hi korang...

mmm rasanye agak lame aku tak update blog kesayangan aku nie... untuk pengetahuan sepanjang aku tak update blog aku nie ada beberapa perkara yang best berlaku. Salah satunya ialah impian aku sejak kecik tercapai. Alhamdulillah... akhirnye aku memiliki motor beso.. kenape moto sebelum nie (modenas jaguh) tak cukup beso ke? beso tue mmg beso tapi moto jaguh tue tak berape sesuai nak buat ride jejauh. sekadar nak meranggi tue okeyla huk..huk.. sampai skang aku macam tak caye je aku dah ader moto beso tersebut... kalau nak kate aku banyak duit tak jugak.. takut mmg takut.. ialah dengan maintenance lai, roadtax insurance lai.. semuanya berganda2 dari moto aku yang pertama. tapi disebabkan minat yang mendalam dengan moto beso nie dan sokongan padu maut org umah aku.. akhirnya aku berjaya memiliki moto baru yang beso (tak la baru aku beli sekenhen) hu..hu.. so lepas2 nie terpakse la aku lebih berjimat dan lebih bijak berbelanja untuk memastikan aku dapat memaintain segala2nya. Insyallah..... moto beso yang aku beli adalah keluaran kawasaki model er6f. sebab2 utama aku pilih moto nie ialah hargenye yang agak murah berbanding model lain. rupabentuk yang menawan, seat yang selesa utk org umah aku dan spare part agak banyak kat negara kita. aku sertakan gambo moto baru aku utk korang usya.. bukan nak berlagak eh tapi nak berkongsi
hu..hu.. check it up!




Thursday, April 21, 2011

Kisah Angkasawan Yang Bijak Dan Terlebih Bijak

Assalam.. Hi korang...

Maka tersebutla kisah persaingan sengit dari 2 negara iaitu Amerika dan Rusia untuk meneroka ruang angkasa lepas.

Semasa angkasawan Amerika naik ke angkasa.. Dia mendapati,Pen yang dibawanya tidak boleh digunakan kerana tekanan graviti….(maklumlah dakwat pen tu terus naik kat atas masa nak menulis).

disebabkan itu, kerajaan Amerika melalui nasa telah menjalan kajian selama Bertahun-tahun dan telah menghabiskan berjuta-juta us dolar….Dan kerajaan amerika berjaya menghasilkan pen yang boleh menulis Ketika tekanan graviti rendah dan juga boleh menulis didalam air….Ini merupakan satu kejayaan bagi Amerika….



Akan tetapi di pihak Rusia Plak, yerorang

hanyA mengguNakaN PENSEL untUk menulis di angkasa lepas…
kan MUDah TU….Tak rUgi MAsa dan DUit……. hu...hu..


Friday, April 15, 2011

Kuiz Hari Ini: JGN SENYUM OR GELAK SEMASA MENJAWAB!!

Assalam.... ha korang dah lama tak mengasah minda kan? pagi ni aku nak korang cube sedaya upaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.. sila baca betul2 jawab dengan tenang dan yang paling penting JGN SENYUM OR GELAK! KALAU TAK KORANG GAGAL! Anda boleh mula menjawab sekarang. Selamat maju Jaya.


SILA LIHAT SOALAN DI BAWAH

*1. Siapakah yang membuka Melaka?

a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

*2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides , siapakah dia?

a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

*3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak ?

a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

*4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?

a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

*5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang...

a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak e. Tuk Bulu Hidung

*6. Pahlawan Melayu di Pahang..

a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

*7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?

a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

*8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?

a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

*9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan
Melaka?

a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

*10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?

a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

*11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?

a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

*12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?

a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

*13. Siapakah Ketua Kominis Malaya ?

a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

**MAAF...... ANDA GAGAL DISEBABKAN SENYUM SEMASA JAWAP ...**

Wednesday, April 13, 2011

Surat Cinta Monyet..

Salam.. hi korang.. aku nak tanye sejak umur berape korang bercinta? mmm memasing mesti ada sejarah cinta monyet kan? acehhhh.. cube korang usya surat nie.. geli hati aku bace..


click gambo untuk besokan

Pecah kaca, Pecah gelas
Sudah Baca, Harap Balas ha..ha..

Thursday, March 31, 2011

Geng Aboy Takde Kene Mengena Dengan Aboypunye Eh...



Assalam...

kalau korang bace kosmo arini ader berite tangkapan geng curi kereta yang digelar Geng Aboy. Jom usya petikan akhbar tersebut.

SERI KEMBANGAN – Kegiatan jahat sekumpulan lima lelaki dan seorang wanita bergelar Geng Aboy yang telah mengaut keuntungan sehingga RM60,000 dengan menjual komponen kereta curi sejak awal tahun ini bertemu buku dengan ruas apabila kesemuanya ditahan baru-baru ini.

Serbuan pukul 4 petang di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini pada 21 Mac itu dilakukan hasil risikan polis selepas menerima laporan daripada mangsa yang kehilangan kereta.

Selain itu, tindakan suspek yang mengiklankan komponen curi yang hendak dijual seperti ekzos, enjin dan alat ganti yang sentiasa mendapat permintaan di sebuah laman sesawang turut memudahkan polis mengesan kegiatan mereka.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kegiatan suspek terbongkar apabila pihaknya menahan seorang lelaki di sebuah bengkel di Taman Medang, Puchong sebelum bakinya ditahan di Taman Puncak Jalil beberapa jam kemudian.

“Modus operandi suspek mengumpil kereta mangsa yang telah dikenal pasti dengan sejenis alat yang diubah suai.

“Suspek kemudian mengiklankan komponen yang telah dileraikan di sebuah laman sesawang untuk dijual. Mereka dianggarkan sudah mengaut keuntungan sebanyak RM60,000,” katanya yang turut merampas empat kereta curi jenis Mitsubishi, Proton Wira, Satria dan Perodua Kancil.

KAT SINI AKU NAK MENAFIKAN GENG ABOY BUKAN GENG aboypunye.blogspot.com ha..ha...

Monday, February 21, 2011

Parking Yang Ngeri...

Assalam.....

Hi korang! pekabo... aritu di suatu tempat letak kete aku terlihat sesuatu yang sangat mengeri kan aku. Jom usya...

Dua bijik kete mahal yang diparkingkan terlalu rapat.

fuhhhh! nasib tak kene..
ngeri tak? ngeri tak? hu..hu..

Wednesday, January 12, 2011

Pak Itam Disondol Lagi

Assalam Korang......

Petang semalam aku mendapat panggilan telefon daripada membe opis aku yang balik kui 4.30 petang. Die tanye samaada aku ader eksiden ker sebab die tengok bumper depan pak itam teruk kena langgar. Aku dah tak sedap ati dah. aku terus pi tgk pak itam dari tingkat atas opis.. mmg sah kene sondol. Aku terus pi tgk kat bawah.. Aduhhhhhhhhhh .. sakitnye ati... dah la yang melanggar tue terus cabut tanpa rasa bersalah (touch n go!) dan meninggalkan kesan. Yelah paling kuatpun tinggalkan lah no tepon. Ini takde rase tanggungjawab langsung bila dah buat salah.. Pepun aku anggap ini adalah ujian dr Allah utk aku di awal tahun ini...



Wednesday, January 5, 2011

Kayu Peramal?

Assalam.....

Hi korang.. Pekabo... Sesaje nak kongsi ngan korang fakta mengenai kayu ramalan cuaca yang ada kat Taman Negara Pulau Pinang. Korang usya la sendiri ye `kehebatan' kayu nie ye hu..hu..





Cilck gambo untuk `tumbesaran' gambo.

p/s: Dah nama kayu tue kayu jugak..

Thursday, December 23, 2010

Tentang Hati

Assalam...

Sesaje nak kongsi ngan korang.. check it out!!



Click kat gambo utk besarkan gambo

Tuesday, October 5, 2010

Korang Baru Beli LCD TV Eh?

salam... hi korang! Masih dalam mood raye lai ke? dengo2 citer korang siap beli TV LCD baru untuk raye aritue eh? (serkap jarang je hu..hu..) alah takyahla nak eksen ngan TV baru korang tue sebab kandang lembu pun ada tau! tak caya meh usya.....













Tujuan kandang lembu di rusia ini memasang tv tersebut ialah untuk memberikan lembu2 tersebut panorama kawasan rumput hijau yang subur. so lembu2 tersebut akan bahagia kat kandang tue tak stress. bila tak stress cepat gemuk, bila cepat gemuk cepat kena jual! hu..hu..

Thursday, September 2, 2010

Bukan Salah Aku.. Dieorang Yang Seiras

salam....

hi korang... pekabo sihat tak? ha..ha... arini aku dimalukan oleh aku sendiri. padan muke aku. sebenarnye camgini tadi mase kat tempat moto kat opis aku nampak la sorang sahabat nie tgh wat per tah kat moto die (membelakangkan aku ). Aku pun dengan yakin mencoket sahabat nie( alah yg cucuk kat pinggang tue) ape lai terkejut la mamat tue. tapi bile sahabat tue pusing rupa2 nye org lain ha..ha.. malunyeeeee. pastu aku terus minta maaf n cakap kat mamat tue mati2 aku ingat die tue sahabat aku si tutttttt..... pastu nak cover malu aku buat2 la tanye soalan seperti 1) budak baru eh? 2)dok bahagian mana? 3) kije sebagai apa? last2 lepas menjawab sume soalan aku, mamat tue pun bagitau sebenarnye die adik kepada si tutttt.. ha..ha... patutla aku konpiden je mencoket tadi.... sorry eh jangan salahkan aku. tapi korang mmg seiras.. ha..ha.... malunye aku....


Moral: Jgn Mencoket orang di bulan Ramadhan Al-Mubarak. ha..ha..

Friday, July 2, 2010

Abg Si Penjaja Buah Potong

Salam hi korang..... aritue mase pas solat kat Surau Al-Ikhlasiah di Keramat Jaya. Aku sempat berborak ngan seorang abg yang gigih berniaga menggunakan motosikal old skool roda tiganya. Nama panggilan abg nie ialah Eddy. Abg nie modus operandinye (chewah cam rancangan 999 plak he..he..) adalah meniaga air, rojak buah dan buah potong. Kerap jugala aku beli air cincau kat abg nie sementara menunggu org umah aku balik kije. sebab abg nie selalu meniaga kat pintu pagar sekolah yg berhampiran ngan tempat kije org umahku. Disebabkan mase tue cuti sekolah maka dengan itu abg tue hanya berniaga dikawasan2 strategik berdekatan dengan rumahnya. kebetulan plak abg tue pun solat kat surau yang sama ngan aku. So pas solat aku tgk abg tue sempat meniaga di kawasan surau dan tgh rancak melayan customer. Aku tanpa berfikir panjang terus membeli air cincau dan buah honey dew potong yang bersalut serbuk asam he..he.. so sambil menikmati air dan buah tue aku pun gatai mulut bertanyakan berapa lama dah abg nie menceburkan diri dengan bisnes nie.. sebenarnya yang membuatkan aku tertarik nak bersembang dengan abg nie ialah moto yang digunakan utk berniaga. Sebab aku rasa moto yang digunakan mmg tahan lasak memandangkan abg nie dah bisnes semenjak 26 tahun lepas iaitu semenjak tahun 1984. dan selepas 26 tahun berkhidmat moto nie masih gagah berkongsi perit jerih bersama abg nie dalam meneruskan kehidupan. chewah! abg nie menggunakan moto jenis Honda CG 125 cc. tips yang sempat diberikan utk jaga motonye ialah menukar minyak hitam secara berkala. mmm mmg aku tak nafikan tips tue mmg berkesan.

Ditanyakan pula mengenai pendapatan hasil menjajanya. abg nie bgtau sehari boleh dapat sampai RM250-300 kotor. tolak modal dalam Rm 1++. Itupun bergantung pada cuaca, kalau panas banyakla kalau hujan pendapatan berkurang. Bila bulan puasa lagi banyak die dapat untung. Abg Eddy sempat gak memberikan sepatah 2 kata kepadaku yangmana bila nak berniaga nie niat kena betul. Minta pada Allah agar diberikan rezeki yang berkat agar hidup lebih tenteram. Katannya lagi apa guna ada duit banyak kalau selalu ada masalah dalam keluarga, itu tandanya rezeki yang tak berkat la tue.. mmm pasal harge jualan abg eddy nie mmg aku tak nafikan murah dan tak mencekik darah. Selain daripada berniaga Abg eddy banyak meghabiskan masa dengan berkaraoke dan pernah mendapat no 2 dalam pertandingan karaoke peringkat flat tempat die tinggal..he..he.. All the Best utk Abg Eddy Si Penjaja Buah Potong!


Antara Pelanggan-pelanggan Yang Turut Memeriahkan


Moto Yang Berjasa Pada Abg Eddy


`Honda' The Power Of Dream


26 Tahun Berkhidmat....


Pose istimewa untuk pelanggan2 setia....

Salahlaku Menampal Roadtax

Salam...
hi korang.... pekabo... harap korang berada didalam keadaan yang sihat sejahtera... mmm korang mesti pernah tgk roadtax kete kan? rasenye yang takde kete pun tau camne rupenye roadtax kete tue... bagi yang pernah menampal roadtax tue pasti mengakui kesukaran menampal roadtax kerana jika tersalah tampal mesti susah nak tanggal n adjust balik sebab stiker pada roadtax tue mempunyai ciri2 keselamatan yang mana akan terkoyak or rosak jika di tanggalkan. Tujuan aku cerite pasal roadtax arini bukannye ape. Pagi tadi mase parking kete mase nak sapan aku terperasan satu kete yang cara ditampal roadtaxnye asalboleh je.. he..he.. mungkin owner kete tue tak mempunyai kelapangan nak menampal roadtax tersebut or saje nak bagitau org yg roadtax ketenye tue `bau kedai' he..he... pepun owner kete tue mesti ader sebab yang tersendiri yg mungkin kite tak tau.. pepun jom kite saksikan camne owner kete tu menampal roaxtax barunye.... he..he...


inilah ketenye....


kalau tgk tarikh kat roadtax tue 2 jun 2011. maknenye arini 2 julai mungkin genap sebulan roadtax tue ditampal sebegini rupa he..he..

Monday, May 17, 2010

Orang Ingat Aku Eksiden..

Salam...

Hi korang.. jumaat lepas beberape orang kat tempat kije aku ingat aku eksiden moto berdekatan ngan tempat kije aku. Beberape orang bile terserempak ngan aku haritue bertanyekan keadaan aku.. sayang jugak yerorang kat aku he..he.. takde ar sebenarnye semuanye berpunce daripada kemalangan di awal pagi jumaat tersebut yang melibatkan motosikal n kete, kebetulan plak moto yang terlibat tue same jenis ngan moto kesayangan aku, itu yang yerorang ingat aku yang eksiden. Yerorang yang saksikan kemalangan tue cakap org yg naik moto tue melambung n jatuh menjunam dengan kepala kebawah kat atas jalan .Ekstrem gak tue...Laju sangat gamaknye. Agaknye yerorang risaula kalau orang itu adalah aku hu..hu. terharu.. Hope mamat tue terselamat daripada kecederaan yang serius. Pepun aku harap korang yang lain kene lebih berhati2 menunggang moto kerana kajian yang dijalankan menyatakan peratusan kemalangan yang paling tinggi di negara kita adalah melibatkan penunggang moto. Oleh itu `Tungganglah Dengan Selamat'.

Jom kita usya keadaan moto yang disangkakan moto aku tue.....








Moto kesayangan aku yang yang disangkekan telah terlibat dengan kemalangan (Mintak Dijauhkan Amin.....)

Tuesday, May 11, 2010

Pocong Di Sg Penchala???

Salam...

Aku Ada terima email dari orang umah... check it up! he..he

Lokasi: Terowong Penchala Link menghala ke mutiara damansara, betul2 kat bwh jambatan selepas exit TTDI…ada hantu ke kat situ sampai letak signboard camni? Signboard ni tak penah belajar lak masa ambil L. Ada yang pedajal ke?



Friday, May 7, 2010

Bila Duit Dibuat Main....

Salam hi korang!

Ada gambo yang agak menarik gak utk dikongsi ngan korang...

Check It Out!

p/s:He..he.. Kreatif la korang nie.. Abis orang opis sume jadi mangse..























Friday, April 30, 2010

Pengsan Akibat Bau Kaki Di Kasut...

Salam Korang..

Semoga hari nie korang hepi2 hendaknya la ye, pada sesiape yang tak hepi mungkin aksi2 kat gegambo nie leh membantu he..he.. check it out!!!! he..he.











P/s: Orang yang menjaga kebersihan akan disayangi oleh Allah...