Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, August 18, 2011

Hujan Peluru Di Negara Orang..... Negara Kita???

Assalam korang....

jom usya jap...

Nasib Kanak2 Islam Di Gaza Angkara Yahudi Laknatullah....













Kat Negara kita pun kanak-kanak Islam turut menerima nasib yang sama tapi........ dengan cara yang berbeza....











Dan Yang Terbaru..



Semuanya angkara Mercun!!

malas nak cakap banyak... kalau rajin bacela post aku yang terdahulu berkenaan main mercun kat SINI

Friday, August 12, 2011

Bukan Menghina Tapi Mengkeji..

Assalam...

Hi korang....

Semoga kite semua masih mendapat keredaan Allah setelah apa yang dilakukan oleh segelintir umat Islam pada masa skang nie..

Salah satunya ialah upacara `kenduri kesyukuran' yang diadakan disebuah gereja methodist damansara utama (DUMC). Apa yang telah dilakukan oleh gereja tersebut adalah sangat terkeji.. mereka telahpun diberikan kebebasan untuk menganuti agama kepercayaan mereka di Negara ini namun telah menyalahgunakan hak kebebasan yang telah diberikan.

Kite sebagai muslimin dan muslimat sepatutnya mencegah perkara ini tidak aku tengok saling salah menyalah antara satu sama lain.. apa lai kalau bukan sebab politik.. aku sebenarnye dah naik jijik dengan politik nie.. sebab politik la umat Islam kat negara kita takkan boleh bersatu.. bawak tepi la politik tue dulu... ini bukan isu main2 ini isu kesucian ISLAM. Bila si laknat dan mengambil kesempatan. Jgn kite masih menunding jari sesama sendiri. Cari punce kelemahan macamana agama lain ambil kesempatan.. Carilah kebenaran... kalau si laknat2 bebetui berusaha nak memurtadkan orang ISLAM. Jom kite sume bangkit la wei......

Wednesday, August 3, 2011

Tak Pose Di Bulan Pose

Assalam...

Hi korang.... amacam dah 3 hari kite berpuasa nie... ada ok? mestilah ok kan kita kalau dah tua2 nie liat semacam nak pose tue tandenye bukan hanya selemah2 iman.. tapi juga selemah2 manusia! tujuan aku post nie sebab aku kongsi citer pasal tak pose.. tadi aku pi servis moto aku.. ada bikers nie naik moto GTR 1400 pi tuko tayar motonye kat kedai yang same aku pi servis moto la.. aku sembang2 la ngan die pasal moto die pastu die ajak aku dok kat kosi sebelah die. Tup2 tanpe rase bersalah die keluarkan rokok dan terus menghisapnye... Die tanye aku pose tak? aku cume nganggukkan kepala dah blah dari tempat aku duduk aku. Teringin gak aku nak nasihatkan mamat tue tapi tak taula kenapa kata2 nasihat tak keluarpun dari mulut ku ini.. Ya Allah ampunkanlah hamba mu ini. Aku harap mamat tue adala terbace blog aku nie dan cari jalan untuk berubah. Janganlah kite sebagai hamba nak memperlekehkan perintah Allah. Sesungguhnya balasan Allah nanti tidak terperi sakitnya.. .

Terdengar satu cerite kat radio tghari tadi... kisah seorang lelaki yang kantoi menghisap rokok didalam kereta oleh pegawai agama... kisah nie terjadi pada hari pertama kite berpuasa. Lebih kurang beginilah dialognye...

Pegawai Agama: Kenapa En. tidak berpuasa?

Orang Yang Tak Pose: eh! mmmmm..... alamak saya terlupala harinie dah setat puasa..

Pegawai Agama: Oh begitu... Eh.. En tak berkije ke hari nie?

Orang Yang Tak Pose: Tak kije en... Cuti Sebab sambut Awal Ramadhan..

Pegawai Agama: Cuti sambut Ramadhan ingat pulak??

Orang Yang Tak Pose: he..he..

mmmmm ternyata umat Islam skang nie mmg tak tak takutkan azab yang dijanjikan Allah... tak pose satu hal. Tak menghormati bulan pose pun satu hal.. Bagi manusia yang bersyukur dan tahu menilai die akan berusehe utk beramal selagi mungkin untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda sebab tak tahu tahun depan sempat ke tak untuk bertemu dengan Ramadhan lai.. Bagi orang yang tak sedar2 diri dan tak sedar2 dek untung... Ramadhan akan dibiarkan berlalu begitu saje.. rugi weiiii

Friday, July 29, 2011

Bola... Puasa....

Assalam....

Hi korang... tgk bola tak semalam? Huhhhh mmglah singapura tue boleh digelar singa-pura-pura.. sakit betui hati aku... sampai terkeluar kata2 yang tak baik dari mulut aku semasa menyaksikan perlawanan tersebut.. ternyata tahap kesabaran aku masih lemah.. Diharapkan di Bulan Ramadhan yang akan muncul.. aku dapat menguatkan kesabaran aku lagi.. hu..hu.. Pepun aku mmg cukup kagum dengan kehandalan penjaga gol Harimau Malaya Khairul Fahmi.. aku yang tak terer main bola nie pun terlompat2 kat depan tv bile pemain singapura-pura try utk sumbatkan gol kat gawang kite.. tak lupe juga nak ucapkan tahniah pade safee atas gol yang disumbatkan itu.. Pada Dato K' (bukan Dato K Siti) dan seluruh team Harimau Malaya, aku nak ucapkan jutaan tahniah pada semangat juang korang walaupun kebangkitan korang di disekat oleh pelakon2 terkenal dari singapura.. huhhhh tak profesional langsung.. main cam budak2.. mmm okla kite lupekan la pasal bola tue..

Aku juga ngucapkan selamat berpuasa pada keseluruhan umat Islam di Malaysia dan serata dunia.. jom kite semua mencari kelebihan yang ada pada bulan yang mulia tersebut.. Selamat berpose korang!

Friday, July 22, 2011

Jalan-Jalan Syurga....

Salam korang... aku nak kongsikan satu kisah yang boleh dijadikan panduan dan iktibar utk kite semua.. jom check....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


Wednesday, July 6, 2011

Akhirnyaaaa....

Assalam.. hi korang...

mmm rasanye agak lame aku tak update blog kesayangan aku nie... untuk pengetahuan sepanjang aku tak update blog aku nie ada beberapa perkara yang best berlaku. Salah satunya ialah impian aku sejak kecik tercapai. Alhamdulillah... akhirnye aku memiliki motor beso.. kenape moto sebelum nie (modenas jaguh) tak cukup beso ke? beso tue mmg beso tapi moto jaguh tue tak berape sesuai nak buat ride jejauh. sekadar nak meranggi tue okeyla huk..huk.. sampai skang aku macam tak caye je aku dah ader moto beso tersebut... kalau nak kate aku banyak duit tak jugak.. takut mmg takut.. ialah dengan maintenance lai, roadtax insurance lai.. semuanya berganda2 dari moto aku yang pertama. tapi disebabkan minat yang mendalam dengan moto beso nie dan sokongan padu maut org umah aku.. akhirnya aku berjaya memiliki moto baru yang beso (tak la baru aku beli sekenhen) hu..hu.. so lepas2 nie terpakse la aku lebih berjimat dan lebih bijak berbelanja untuk memastikan aku dapat memaintain segala2nya. Insyallah..... moto beso yang aku beli adalah keluaran kawasaki model er6f. sebab2 utama aku pilih moto nie ialah hargenye yang agak murah berbanding model lain. rupabentuk yang menawan, seat yang selesa utk org umah aku dan spare part agak banyak kat negara kita. aku sertakan gambo moto baru aku utk korang usya.. bukan nak berlagak eh tapi nak berkongsi
hu..hu.. check it up!




Friday, June 3, 2011

Sajak Demam Facebook

Assalam.... hi korang.. aku copy sajak nie dari email yng aku dapat utk kongsi ngan korang.. usya yokkk!

Facebook oh Facebook!
By Shahmuzir

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook Oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”

Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?

Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook,
bermain: Facebook, berjalan:Facebook…

Facebook…Facebook…Facebook!

FACEBOOK OF FACEBOOK...ENGKAU KINI SEMAKIN DAHSYAT,MEMBERI KESAN BAIK DAN BURUK KEPADA MASYARAKAT,TERPULANG PADA KAMI UNTUK MEMANAFAATKAN ATAU DITIMPA MUDHARAT,MUDAH-MUDAHAN ENGKAU AKAN MENJADI SAKSIKU DI AKHIRATBAHAWA AKU TELAH MENGGUNAKANMU UNTUK BERBUAT TAAT.