Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Wednesday, November 10, 2010

Awasi Anak Kecik Anda Ketika Bershopping!

Salam.. hi korang!

Aku ader dapat email yg difowardkan oleh org umah aku.. semoga kita semua lebih berhati2 dan waspada di hari2 mendatang... jom usya...

Penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU3 Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.

Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...

Semoga peristiwa ini juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.

Monday, November 1, 2010

Buat Isteri-Isteri...

Salam korang...

Terbace satu artikel yang yang boleh direnungkan bersama oleh sang suami dan isteri.. semoga keharmonian rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dan kesejahteraan dari Ilahi.. Insyallah.. jom usya....

Asma' binti binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu."Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.

Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus.

Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga.

Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.""Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.

Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah.

Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan drajat disisi Allah.Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

Friday, October 22, 2010

Jom Kite Merebet!!!



salam.. hi korang..

Harap korang dalam keadaan yang sihat2 ye... hah aku ader berite baik kepada korang yang kerap menggunakan touch n go melalui tol (Minimum 80 kali transaksi) pada setiap bulan. Korang leh rebet kembali sebanyak 20% daripada jumlah RM yang korang gunakan dalam sebulan. Pengumuman rebet ini dibuat pada bulan Julai 2009 oleh Menteri Kerja Raya dan kerje2 merebet boleh dibuat bermula pada bulan Oktober 2009. Aku pun sebenarnya tau camne nak rebet baru2 nie je (selepas setahun berlalu ha..ha.. )itupun dari budak opis aku . Tanpa membuang masa aku terus melayari laman web
https://privilege.touchngo.com.my/ untuk mendaftarkan kad Touch n Go aku. Selepas mendaftarkan kad touch n go aku di website yang disebutkan tadi. Alangkah hepinye bile aku menyemak jumlah RM yang leh aku rebet berjumlah lebih dari RM 100 (lebih ckit je) Alhamdulilah.. sape nak bagi kan... itu pun hanya tiga bulan je yang melepasi syarat 80 kali transaksi daripada 7 bulan iaitu bulan bermula Apr 2010 hingga Okt 2010. Pepun Alhamdulilah.... So apa lagi pergilah korang merebet!!!

Korang leh dapatkan rebet korang on the spot ditempat2 seperti di bawah

TOUCH ‘n GO SALES CENTRE / HIGHWAY SALES CENTRE
• Faber Towers• KL Sentral

PLUS
• Jitra• Alor Setar Utara• Pendang• Sg Petani Selatan• Sg Dua• Juru• Bukit Tambun Selatan• Jawi• Taiping Utara• Kuala Kangsar• Ipoh Selatan• Tapah• Bidor• Jalan Duta• Sg Besi• Batu Tiga• Sg Rasau• Damansara• Subang• Kota Damansara• Setia Alam• Kajang • Bandar Baru Nilai• Senawang• Ayer Keroh• Yong Peng Utara• Ayer Itam• Skudai• Kempas

BKE• Kubang Semang

ELITE• USJ• Seafield• KLIA

LINKEDUA• Taman Perling

PENANG BRIDGE• Penang Bridge

BORR• Bagan Ajam

ECE• Kuantan METRAMAC• KL East-West Link (Cheras bound)

PROLINTAS• Dato’ Keramat

BESRAYA• Mines (South)

SILK• Sg Balak

NPE• Pantai Dalam• PJS 2• PJS 5

SHAHPADU• Kapar

LEKAS• Kajang Selatan

DUKE• Batu

Selamat mencuba....

Monday, October 18, 2010

Biarlah Aku Mati Kerana Kecewa Dalam Percintaan!!

Salam...

Chewah... tajuk cam skrip drama swasta la plak hu..hu.. takder ar arini aku terbace satu kisah sadis kat surat kabo kosmo mengenai seorang janda beranak empat yang telah bunuh diri dengan sengaja berbaring di landasan kereta api di kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol. Janda tersebut dikatakan terlalu kecewa kerana hubungan percintaannya tidak direstui keluarga teman lelakinya..

Sape tak kecewa n sedih bile cinta tak kesampaian kan? sume orang pernah rasa kot.. Tapi janganlah mengambil jalan pintas dengan nak bunuh diri! cubalah untuk teruskan hidup dengan apa yang ada untuk kita. Lelebih lagi kita yang beragama ISLAM, bunuh diri adalah termasuk dalam golongan dosa-dosa besar biarlah kita gagal dalam percintaan di dunia, tapi jika kita tabah dan sabar Insyallah Allah akan memberikan kita nikmat atas kesabaran kita di Akhirat.

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi S.A.W.

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan bunuh diri adalah tergolongan dalam dosa besar. Perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A.

katanya:‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.

P/s: Sabar dan tabah ye!. Gagal dalam percintaan tak bererti gagal dalam hidup!

Thursday, October 7, 2010

Beramal Jariah Sambil Menyebarkan Syiar Islam

Salam..

Hi Korang! hah aku ader berita baik utk korang... korang leh dapat berlipat2 kali ganda pahala dari Allah sekiranya amalan murni korang diterima Insyallah. Mehla memberikan sumbangan kepada Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI). IPSI merupakan institusi bukan kerajaan yang bergerak aktif dalam penyebaran Agama Islam kepada masyarakat yang belum Islam di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Alhamdulilah dengan usaha yang diberkati,IPSI telah tertegak di Pulau Pinang selama 18 tahun dan dengan usaha yang diberkati ini juga IPSI telah menerima hampir 60 orang syahadah.

Mesej yang disampaikan oleh IPSI adalah ringkas dan tepat iaitu mengingatkan manusia untuk kembali kepada fitrah mereka: menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Pada Awalnya, dakwah yang disampaikan oleh IPSI tertumpu di sekitar Masjid Kapitan Keling. berfokuskan kepada para pelancong yang hadir ke masjid bersejarah itu, IPSI menyampaikan kebenaran Islam kepada pelancong yang kebanyakannya beragama lain.

Akan menjadi sejarah bagi Islam di Pulau Pinang, apabila kita memiliki sebuah bangunan yang bakal memberikan pelbagai kegunaan dan kemudahan serta perkhidmatan kepada orang awam terutamanya non-Muslim. Oleh itu IPSI sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah bangunan 4 tingkat untuk untuk dijadikan One Stop Centre untuk gerak kerja dakwah IPSI.



Maklumat Bangunan yang hendak dibeli

Alamat: 197 Jalan Argyll, 10050 P.Pinang
Keluasan: 5549 kaki persegi (4 Tingkat)
Maklumat Tambahan: Terletak di kawasan non-Muslim, di pusat Bandar.
Nilai/Harga Bangunan: RM 1.7 juta

Kegunaan: Pusat Penerangan Islam, Bilik pengislaman dan bimbingan saudara baru, Pejabat pentadbiran &urusan ahli-ahli pentadbiran, Kelas Perbandingan Agama, Kelas Umum (tafsir Al-Quran dan hadith), Kelas-kelas latihan dakwah untuk melahirkan kader-kader Islam, Bilik kuliah saudara baru, Dewan Seminar, Dewan Pelajar, Bilik R&D, Bilik Mesyuarat, Bilik Tetamu, Urusan Postage, Perpustakaan IPSI, Ruang untuk kanak-kanak dan keluarga, Muzium Islam, Ruang makan dan rehat untuk seminar, Kedai Buku IPSI, dan Kafeteria.

Objektif

-Memudahkan gerak kerja dakwah IPSI
-Sebagai Pusat Operasi Gerakan Dakwah IPSI
-Pusat Pertemuan atau tempat mesyuarat para ahli IPSI
-Sebagai Pusat Kegiatan Dakwah dan Tarbiah IPSI
-Sebagai gedung maklumat kepada orang bukan Islam
-Menjalankan program penyebaran Islam lebih Efektif dan Produktif
-Pusat Latihan para da'e yang berani menyebarkan dakwah kepada yang bukan Islam.

Bantuan pembelian bangunan ini boleh dibuat melalui Sumbangan/Derma Ikhlas ataupun melalui Skim Wakaf (RM 300 satu kaki persegi)

Boleh disalurkan menerusi
Akaun Bank Islam- 07025010021464
Akaun Maybank- 557380300023

Sebarang maklmat lanjut bolehla menghubungi:

PERTUBUHAN PENYEBARAN ISLAM ANTARABANGSA (IPSI)
CO-33A-GF,
KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG,
JALAN UTAMA, GEORGETOWN,
10460 PULAU PINANG.
TEL/FAKS: +604-2274849

EMAIL: ipsi7@streamyx.com

WEBSITE: http://www.ipsi.com.my/

Wednesday, October 6, 2010

Kecewa Kerana Di Kecewakan...



Salam..

hi korang! adakah korang tergolong dalam golongan orang yang kecewa?. Kecewa disini bermaksud mengalami masalah keluarga, gagal dalam ujian, putus cinta, putus harapan, putus semangat dan bermacam2 putus lagi lah. kalau ye korang kecewa arini aku terjumpe satu artikel kat dalam surat kabo mengenai cara nak tangani rasa kecewa. Yela kalau tak cuba tangani nanti kita leh stress dan boleh menjejaskan kesihatan dan kerjaya kita seterusnya mase depan kita musnah dek kerana tak leh terima kekecewaan. cewah aku nie cakap pandaila! huhu.. pepun jom kite kongsi tips2 yang agak berguna nie, check it up!!

Terima Kenyataan
Kita hanya mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan! so kita sebagai manusia hanya boleh rancang itu n ini. tapi kesudahannya samaada baik or buruk adalah ketentuanNYA. Adakalanya kita bernasib baik dan adakalanya juga kita diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah rasa kecewa dengan sesuatu. Cubalah terima dengan sabar dan redo kerana selain ianya mempunyai hikmah tertentu, ia juga mengajar kita agar lebih hati2 dan menjadikan kita insaf.

Berfikir
Cube senaraikan pro dan kontra apabila anda hendak membuat sesuatu keputusan agar anda tidak terlalu kecewa nanti apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Cuba biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya.

Berfikiran Positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki arinie mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Mmglah sukar untuk berfikiran positif ketika rasa kecewa menghimpit. Sebaiknya jgn terlalu mengikut perasaan, cuba fikirkan perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia Pasti Banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

Luahkannya
Bahaya jika kita terlalu memendamkan kekecewaan kita. Silap2 boleh meletup nanti. Kesannya anda akan mengalami kemurungan dan stress. Seelok2nya ceritalah kepada teman rapat yang boleh anda percayai. Jika anda sudah berkahwin dan kecewa dengan pasangan anda, anda tidak digalakkan untuk berkongsi dengan orang yang berlainan jantina lelebih lai jika iman anda tidak kuat, silap2 nanti bermula dengan rasa simpati pastu timbul bibit2 percintaan dah satu hal pulak! Bagi para remaja sebaiknnya berkongsi rasa kecewa dengan kedua ibu bapa. bukan apa sekurang2nya dengan meluahkan dan berkongsi, rasa kecewa akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh dari mereka.

Beri Tumpuan Pada Hidup
Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh disettlekan dengan mudah. Apa yang penting jangan biarkan perkara remeh atau perkara yang lepas menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

Wallahualam.....



Sumber: Harian Metro Bertarikh 6 oktober 2010

Tuesday, October 5, 2010

Korang Baru Beli LCD TV Eh?

salam... hi korang! Masih dalam mood raye lai ke? dengo2 citer korang siap beli TV LCD baru untuk raye aritue eh? (serkap jarang je hu..hu..) alah takyahla nak eksen ngan TV baru korang tue sebab kandang lembu pun ada tau! tak caya meh usya.....













Tujuan kandang lembu di rusia ini memasang tv tersebut ialah untuk memberikan lembu2 tersebut panorama kawasan rumput hijau yang subur. so lembu2 tersebut akan bahagia kat kandang tue tak stress. bila tak stress cepat gemuk, bila cepat gemuk cepat kena jual! hu..hu..