Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Tuesday, May 25, 2010

Org Gomen Yang Menipu...

Salam... Hi korang!

Diharapkan korang sentiasa berada di dalam kebahagiaan. Mmm arini kalau korang usya surat kabo Berita Harian muka surat depan sekali bahagian bawah, Cuepacs atau nama panjangnye Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam mendedahkan kira2 45,000 org gomen atau 3% daripada 1.5 juta org gomen menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Tidak dinafikan ada org gomen yang mengambil cuti sakit semata2 nak buat bisnes luar. Yela mmg la tak salah nak cari wit lebih tapi agak2 la. korang pun mesti tahu cari rezeki dengan menipu apa hukumnye? Ada juga yang tipu cuti sakit semata2 sayang nak meluakkan cuti rehat yang telah diperuntukkan kpd mereka. takut cuti jadi sket gamaknye nanti raye dah takde cuti plak. Ataupun mungkin ade org gomen yang old2 timer (yang nak pencen) berazam nak kumpui baki cuti bebanyak sebab nanti pencen dapat ganjaran yang beso keatas jumlah baki cuti yang banyak tidak digunakan. Ataupun ada gak org gomen yang cuti rehat yang telah diperuntukkan habis terus! pastu sangap nak cuti. Pepun aku harap panel2 perubatan or doktor lebih berfungsi dengan baik agar sijil cuti sakit dapat diberikan kepada yang berhak. Dan Kepada org gomen yang telah menipu dan merancang nak menipu genti2 kan la ye... janganla disebabkan korang, pandangan masyarakat terhadap orang gomen menjadi serong. Semoga rezeki yang dicari mendapat keberkatan dari Allah. Wallahualam....

Surat cuti yang dikarang oleh budak sekolah. Jgn der plak orang gomen yang buat surat camni he..he.. haru.....

Monday, May 17, 2010

Orang Ingat Aku Eksiden..

Salam...

Hi korang.. jumaat lepas beberape orang kat tempat kije aku ingat aku eksiden moto berdekatan ngan tempat kije aku. Beberape orang bile terserempak ngan aku haritue bertanyekan keadaan aku.. sayang jugak yerorang kat aku he..he.. takde ar sebenarnye semuanye berpunce daripada kemalangan di awal pagi jumaat tersebut yang melibatkan motosikal n kete, kebetulan plak moto yang terlibat tue same jenis ngan moto kesayangan aku, itu yang yerorang ingat aku yang eksiden. Yerorang yang saksikan kemalangan tue cakap org yg naik moto tue melambung n jatuh menjunam dengan kepala kebawah kat atas jalan .Ekstrem gak tue...Laju sangat gamaknye. Agaknye yerorang risaula kalau orang itu adalah aku hu..hu. terharu.. Hope mamat tue terselamat daripada kecederaan yang serius. Pepun aku harap korang yang lain kene lebih berhati2 menunggang moto kerana kajian yang dijalankan menyatakan peratusan kemalangan yang paling tinggi di negara kita adalah melibatkan penunggang moto. Oleh itu `Tungganglah Dengan Selamat'.

Jom kita usya keadaan moto yang disangkakan moto aku tue.....








Moto kesayangan aku yang yang disangkekan telah terlibat dengan kemalangan (Mintak Dijauhkan Amin.....)

Perampok Lif..

Salam..

Hi korang... Aku der dapat e-mail berkenaan satu kejadian merampok kat dalam lif yang difowardkan oleh membe opis aku. Kejadian nie menunjukkan satu lagi bukti bahawa pada masa sekarang, orang akan melakukan per aje untuk mendapatkan duit. Pantang ada peluang!. So kite semua hendaklah sentiasa berhati2 dan waspada. Semoga kita semua dilindungi dan diberkati oleh Allah!
































Friday, May 14, 2010

Merogol Menggunakan Taktik Lain....



Salam.. Hi korang!

Aku ader terima e-mail tapi tak ingat bile tarikhnye yang pastinye e-mail yang agak lame gak ar.. Tapi aku rase masih lum terlambat utk aku berkongsi maklumat nie ngan korang.. Kalau korang pompuan korang jadikan ingatan dan kalau korang lelaki sampaikan la pada ibu,isteri, adik pompuan n kengkawan pompan yang lain. Semoga kita semua dijauhkan dari segala perbuatan jahat. Amin.....

kandungan e-mail tersebut adalah:

Subject: FW: Cara merogol baru
Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie... dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi. Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan. Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi. ..

Tuesday, May 11, 2010

Pocong Di Sg Penchala???

Salam...

Aku Ada terima email dari orang umah... check it up! he..he

Lokasi: Terowong Penchala Link menghala ke mutiara damansara, betul2 kat bwh jambatan selepas exit TTDI…ada hantu ke kat situ sampai letak signboard camni? Signboard ni tak penah belajar lak masa ambil L. Ada yang pedajal ke?



Al-Kisah Jejari Kentang Spesel Saudi...

Salam...

hi korang! aku pasti ada yang pernah dengo berkenaan keraguan status halal pada produk jejari kentang jenama saudi pada bulan mac lepas. Aku harinie ader terbace email pasal perkara tue Kat inbox aku yang di kirimkan oleh membe opisku. Jom kita usya isi kandungan email tersebut..

BERHATI2 LAH SEMASA MEMBELI...

Untuk pengetahuan semua.. Ber hati² sebelum membeli..

ADUAN PENGGUNA-JABATAN BARU?-Dikemaskini pada 11 Mac 2010



EJAAN YANG TERTERA PADA LOGO INI : JARATAN KEMA HJAN ISLAM MALAYSIA ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA



MENGIKUT KENYATAAN PENGURUSAN CARREFOUR KEPADA PEGAWAI PERHUBUNGAN & KOMUNIKASI PPIM, PN ROSNANI PAGI INI,MEREKA AKAN MENARIK PENJUALAN PRODUK MEREKA DI CAWANGAN-CAWANGAN MEREKA BAGI MENGHORMATI PENGGUNA DI MALAYSIA.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TINJAUAN PPIM,PENGADU DAN PIHAK MEDIA DI CARREFOUR KOTA DAMANSARA PADA 11 MAC 2010. (PERNAH KELUAR BULETIN UTAMA DAN 999)











P/s: diminta pengguna Islam lebih berhati2 coz ramai yang mengambil kesempatan menggunakan nama ala2 islamik untuk melariskan produk yerorang.. Busuk punye orang!

Wallahualam....

Friday, May 7, 2010

Bila Duit Dibuat Main....

Salam hi korang!

Ada gambo yang agak menarik gak utk dikongsi ngan korang...

Check It Out!

p/s:He..he.. Kreatif la korang nie.. Abis orang opis sume jadi mangse..