Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Thursday, March 18, 2010

Pak Itam Disondol Si Hitam!

Salam....

Aduhai!!!!! malangnye nasib semalam coz pak itam kesayangan kiteorang telah disondol dengan sebuah kete yg sama spesis dengannye. Ceritenye cam gini...

Pagi semalam cam biasa aku pi lah menghantar org umah ke tempat kijenye. Keadaan jalan ketika itu agak lancar mungkin disebabkan sekolah cuti. Panasku sangka hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Sedang elok menempuh perjalanan yang lancar rupenye kat depan sket traffic agak sesak mungkin disebabkan pertembungan simpang. aku pun yang agak biase dengan jalan tue memperlahankan dan memberhentikan kereta setelah kete depan semuanye berhenti. Sedang kete kiteorang dok berhenti. tiba2 terdengar bunyi brek kete yang panjang dan seterusnye gedebummmmmm terbaboooo n beberapa saat lepas tue sekali lai gedebummmmmm terbaboooo (Sound efek ditambah untuk menyedapkan jalan cerita) yang mana pak itam kesayangan kiteorang telah di sondol dengan jayanya. adoiiiiiiii...... sakitnye jiwa..... tak per nak buat itu semua suratan takdir. takdir ALLAH yang menentukan segalanya.. ceh semenjak tgk teater nie ayat tak leh blah ha..ha.. 4 bijik kete yang terlibat mase tue termasuk keta aku. Kete aku disondol oleh Myvi , Myvi disondol oleh Satria dan Satria plak disondol Ford Telstar. Mungkin kete yang paling belakang iaitu Ford Telstar bawak agak laju dan tak sempat brek bila baru perasan kete sume benti kat depan so terjadila tragedi sondol menyondol antara satu sama lain. So korang check it out gambo2 yg aku kepilkan sekali nie...


Pak itam selepas disondol


si hitam yang menyondol pak itam kesayangan

cian akak nie siap nangis dalam kete selepas ketenye menyondol dan disondol

Kete satria nie mengalami kecederaan teruk gak (driver pompuan)



Kete Ford Telstar nie lah yang dipercayai laju lalu memulakan upacara penyondolan yg melibatkan kete2 yang tak bersalah termasuk pak itamku. Hampeh tui! kalau brek cikai takyah la nak bawak lelaju dol!

mamat bertali leher tue la yg punce.. Hampeh..hampeh..hampeh

Pak itam kat bengkel!

Nasib Pak itam..

Semoga cecepat sembuh ye!

Kat sini aku nak sertakan sekali tips berkenaan apa korang nak buat jika korang terlibat dalam kemalangan.

1. Apabila berlaku kemalangan, hentikan kenderaan jangan panik, dan terus ambil gambar kejadian kemalangan itu.
2. Ambil gambar keseluruhan (depan belakang) kereta kita dan juga kereta2 lain yang terlibat.
3. Ambil maklumat (lesen kenderaan, nama pemandu, jenis kenderaan dll) kenderaan2 lain yang terlibat.
4. Seboleh-bolehnya jangan alihkan kenderaan anda. Jika anda mengalihkan kenderaan anda, anda sebenarnya telah mengganggu siasatan polis kerana mereka perlu membuat analisa berdasarkan kesan kemalangan pada kenderaan untuk menentukan kedudukan asal kenderaan semasa kemalangan. Apabila ini berlaku, ia mungkin akan menyusahkan anda kerana kadangkala kereta anda mungkin telah kemek sedia ada tetapi dianggap telah kemek akibat kemalangan dan boleh menyebabkan pihak polis membuat keputusan yang salah.
5. Hubungi ejen insurans kereta anda dan minta pendapat mereka sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Biasanya ejen insurans boleh membantu menenangkan anda dan memberitahu apa yang patut dilakukan seterusnya.
6. Jika anda dihampiri oleh `callman' selalunye die datang merekemenkan bengkel mereka dan lori towing. Anda dinasihatkan untuk tidak terus terpengaruh dan menandatangan mana2 dokumen yang diberikan. Call ejen ansurans untuk mengetahui mana2 bengkel panel. Kalau nak pilih bengkel yang terhampir dengan tempat tinggal anda pun ok. Satu maklumat yang perlu difahami oleh semua pemilik sekiranya kemalangan berlaku di luar daerah dan inginkan kereta ditarik ke daerah asal,maka sedikit kos tambahan towing terpaksa ditanggung oleh pemilik atau pemandu kereta tersebut. Walaubagaimanapun kos ini lebih kecil jika dibandingkan dengan kos untuk berulang alik ketempat kejadian sekiranya kereta tersebut dibaiki di situ.
7. Cuba berfikir dengan tenang tentang kejadian yang berlaku dan memberi keterangan ataupun membuat laporan polis apabila anda benar2 yakin dengan kejadian yang berlaku. Ini kerana, jika cerita anda berubah2 dan tidak meyakinkan, anda mungkin boleh dikenakan hukuman kerana dianggap cuba menipu pihak berkuasa.

Tuesday, March 16, 2010

Al-kisah Sri Mersing



Salam...

Hi Korang! Jgn jeles malam semalam kiteorang layan teater.. citer Sri Mersing. Fuhhhh kagum tui aku tgk kreativiti orang kite menjayakan teater tersebut. Four Thumb Up!(termasuk ibu jari kaki) ha..ha.. Tapi serius mmg best giler. Aku ngan orang umah tak abis2 memuji kehebatan teater tersebut sepanjang kami balik dari Istana Budaya. N yang paling aku bersyukur sekali malam tue seat kiteorang antara yang paling hadapan so dapatla tgk dengan sejelas2nye wajah2 hero, heroin dan pelakon2 lain. Geram je tangan aku nak memicit butang camere kat hp aku, tapi apakan daya untuk menghormati peraturan kat Istana Budaya Yang melarang sebarang bentuk rakaman dibuat termasuklah mengambil gambo...terpaksela aku pasrah ishhhhhh geramnye. Alhamdulilah kiteorang pulang dengan tersenyum kepuasan, Aku rekemen kat korang tgk teater nie.. aku jamin 100% korang mesti puas ati punye.. pepun Thanks Istana Budaya coz memberikan kami pengalaman yang sukar nak digambarkan..

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Hamba Musafir lalu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Musafir lalu.

Chewah.. meh aku citerkan sket sinopsisnye yang dipetik dari laman sesawang Istana Budaya.



Tajuk : Teater Sri Mersing
Produksi: Keno Productions Sdn Bhd
Kategori: Teater
Tempat : Panggung Sari
Tarikh : 12 - 21 Mac 2010
Masa : 8.30 malam

Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.

Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.

Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.

Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.

Antara Pelakon:
Damak=ADI PUTRA,
Sri Mersing=ELLY MAZLEIN,
Pak Malau= A. GALAK
Awang Sulong= YUS RAJA LAWAK
Merah= HAIRI ANAK WAYANG
Sri Melati= LEEZ ROSLI (AF)
Bentayan= RUSDI RAMLI
Siantan= MELISA SAILA
Tambak JEP= (SEPAH)
Jalak Lenteng= SHUIB (SEPAH)
Pak Sireh= DATO’ MUSTAPHA MAAROF
Sri Mersing Semasa= DATIN HJH.ROSNANI JAMIL
Penghulu= ABU BAKAR JUAH
Mak Dara= AZIZAH MAHZAN
Penghulu Lancang Kuning= OSMAN JUPRI
Siti Payung= MARDIANA BT ALWI
Deli MUTALIF= ABU BAKAR

Tenaga Produksi :Pengarah ROSDEN SUBOH
Pen. Pengarah :TAIYUDDIN BAKAR
Penulis Skrip :HAIRUL ANUAR HARUN
Pengurus Produksi :MOHAMAD FADIL ABDUL MAJID
Pengarah Muzik :NIK NIZAM
Pengarah Kareografer Tarian :ON JAAFAR
Pen. Pengarah Kareografer Tarian :MUTALIF ABU BAKAR

Tiket :RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150

Untuk Maklumat lanjut Usya Kat: http://www.istanabudaya.gov.my/home


Antara gambor yang nak dikongsi Check it out!!


Tiket `Bertuah' Kiteorang coz last minit di `upgrade' oleh pihak Istana Budaya utk dpt dok kat depan, thanks Istana Budaya!


Antara `Bunting' yang menghiasi tiang ruang legar Panggung Sari Istana budaya


Jualan Cenderahati..
(p/s: Kalau nak mintak autograph kene beli poster, buku cenderahati n lain2 kat sini dulu coz artis2 takkan sign kat tempat lain kecuali kat barang2 yang yerorang jual.)


Antara yang dijual.. beli..beli.. pas nie leh mintak sign...


Antara penonton2 yang tak sabar2 nak tgk show dok menunggu di ruang legar kaunter `box office' .


Ruang legar di pintu masuk Panggung Sari. Ada Class!


Pintu masuk utama Panggung Sari (akan digunakan bila ada VVIP)

Tuesday, March 9, 2010

Panggilan Pulau!

Salam..

Hi korang pekabo? Harap Korang semua cerie2 la hendaknye ye. Kalau korang tanye aku mmg la aku cerie al-maklumla hujung 2 minggu lepas aku n org umah bercuti (ala-ala honeymoon) he.he.. kat Pulau Redang Terengganu. Alhamdulilah.. plan yang kiteorang rancang bebulan2 sebelum, berjalan dengan lancar kecuali adalah sesket masalah yang mengganggu plan cuti kiteorang iaitu mase penerbangan balik kiteorang ditukarkan oleh AirAsia yang mane sepatutnye kiteorang berlepas balik kui 4.25 petang ditunda sehingga 9.20 malam. Hope lain kali AirAsia takdelah sesuka hati nak tuko2 ye. kalau tak lain kali aku naik MAS je. he..he.. belagak la pulok. K la nak kongsikan beberape pengalaman cket mase kat sana ngan korang. K setibenye kiteorang kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu kiteorang terus pickup teksi kat airport utk pergi ke Jeti Merang. Tambang dari airport ke Merang rm50.

So sesampenye kat jeti mmg takde la nampak pelancong2 lain kecuali kiteorang he..he.. adelah beberape pekerje resort tgh memunggah barang.(utk resort yg kiteorang menginap iaitu Mutiara Beach Resort, jetinye kat ujung sekali bumbung biru). Mase aku pi tue 25.02.10 yang mane kebanyakan resort2 kat Redang baru nak bukak balik dan kebanyakan mmg ditutup disebabkan oleh ombak beso dari bulan 12 kot sehingga bulan (sebenarnye kiteorang tak perasan pun pasal nie tapi disebabkan AirAsia promosi murah giler tiket ke terengganu masetue,kiteorang sambar jele).Tapi alhamdulilah usya punye usya resort Mutiara Beach Resort nie dah dibuka. Lepas Tunggu punye tunggu kat jeti tue tak lame pastu Kak Za(owner resort) n The gang pun sampe kat jeti tue. So aku tanye2 ngan Kak Za ramai tak orang kat pulau memandangkan kat jeti cume kiteorang, Kak Za cakap haritue mmg kiteorang je tetamu kat resortnye besoknye ramaila kate Kak Za. Aku ngan org umah terkujat la gak mendengar perkabaran tue, persoalan yg timbul bestke nanti takde orang lain kat sane??. So tanpe berlengah kiteorang berserta pekerja2 resort pun bertolak la dari jeti Merang cuma pada mase tue air surut so agak sukar bot kiteorang nak melepasi muara tue. mujurla driver bot kiteorang si Hasrul iaitu anak lelaki Kak Za yang merangkap pengurus pulau terer mencilok2 sehingga kami semua berjaya melepasi muara tersebut.

Sampe je kat pulau aku ngan org umah terpaku ngan keindahan ciptaan Tuhan. Alhamdulilah... Alhamdulilah... Alhamdulilah... Resort yang kiteorang pilih iaitu Mutiara Beach Resort mmg tak menghampakan. Sangat cantik..

Hari Pertama.

Seperti yg dibagitau mmg aku ngan org umah je tetamu kat resort so.. lepas makan tghari kiteorang bergambo la dengan berbagai aksi al-maklumla haritue pulau tue kiteorang yang punye! yang pasti bukan aksi sensored la. he..he.. pastu petang tui lebih kurang kui tiga seisi snorkling yang pertama. Mulanye risau gak, yela takkan kiteorang berdua je yg nak pi snorkling?? tapi alhamdulilah. dengan kesportingan bebudak pekerja resort tue, yerorang pun join same pada petang tue.. yahoo snorkling time... so kiteorang pi snorkling kat taman laut. utk pengetahuan korang caj rm 5 inggit sorang dikenakan kalau snorkling or nak memandi kat taman laut bagi menampung kos pemuliharaan. Hari pertama snorkling tak berape menarik sangat mungkin coral kat situ banyak mati. kate Hasrul(anak owner resort) coral kat situ banyak mati disebabkan manusia gak yelah dengan minyak bot dan berbagai2 jenis losyen yang disapu kat badan manusia sebelum terjun kelaut yang mana semuanye secare tak langsung memudaratkan coral kat situ. Agak meletihkan gak seisi snorkling pertama kiteorang mungkin disebabkan arus kat jeti taman laut yang agak kuat membawa kiteorang ke tgh. Sedari balik drp Snorkling, Hasrul bawak kiteorang tgk penyu berdekatan jeti resort die. Air yang sangat jernih membuatkan penyu dapat dilihat dengan jelas. Kata Hasrul, penyu mmg selalu bertelur kat pantai resort die cuma bukan rezeki kiteorang utk tgk kalinie. Lepas sampe resort kiteorang minum petang n seisi mengambil gambar diteruskan sampai ke senje!. Malam plak pas makan malam kiteorang cume layan DVD citer avatar kat cafe bersama2 bebudak pekerje resort.

Hari Kedua

Lepas sapan pagi, kiteorang gedebushhhh!! org umah aku tak habis2 memuji kejernihan air laut kat situ. Seisi snorkling yg kedua sepatutnye diadakan dalam kui 9.30 pagi tapi kiteorang tunggu sampe nak kui 11.00 pagi bot tak sampe2 n last sekali program snorkling kedua di kenselkan disebabkan masalah2 yang kiteorang bolehle terime alasannye. Kiteorang takle terkilan sgt masetue mungkin disebabkan dah penat giler memandi manda sebelum tue n cuace yang sangat panas. Lai pun kalau jadi sekalipun tak berape syok coz just kiteorang berdua je ye pi akan pi snorkling. Tghari tue resort tue dah mula meriah dengan kehadiran tetamu lain. So kiteorang pun epy la gak disebabkan adelah geng utk snorkling petang nanti. Tup2 rupe2nye dieorang sume nak pi taman laut tempat kiteorang pi semalam. aku tok seh la nak pi disebabkan aku dah pi semalam. nasib baikla si Hasrul tak menghampekan aku coz die berjanji pas anto yer orang sume kat taman laut yer akan bawak kiteorang snorkling kat tempat lain. Masalahnye nak taknak kite org berdua lai la nampaknye.Alhamdulilah, Lai sekali kiteorang tak dihampekan coz si Hasrul mengajak 1 couple lai yg baru sampai tadi utk join kiteorang. Alhamdulilah adela kiteorang kawan. he..he.. Kalinie kiteorang bebetui2 menikmati keindahan coral kat situ, si Hasrul bawak kite orang bersiar2 dengan menyuruh kiteorang berpaut pada satu pelampung (menggunakan jaket keselamatan). Hebat betul si hasrul nie menarik kiteorang berempat selama lebih kurang 2 jam. bertambah2 kagum lai si Hasrul nie bebas berenang dan menyelam kat laut tanpa memakai jaket keselamatan. siap leh tangkap sat ikan nemo utk ditunjukan kat kiteorang.kagum tui!

petang tue pas balik dari snorkling sempat gak aku join yerorg sume main bola tampo(sekadar cukupkan korum je he..he..) malam tue ader la seisi bakar membakar (barbeque).

Hari Ketiga

Lepas menikmati keindahan kat tempat tue utk kali terakhir, kiteorang bersiap utk bertolak balik ke jeti Merang! Mase kiteorang tibe kat muare Jeti Merang keadaan air masih surut dan menidak kiteorng utk sampai ke jeti. Nak taknak kiteorng terpakse dibawa oleh driver boat (husband kak za) ke kawasan pantai berdekatan jeti utk diturunkan. Kami disambut oleh kak Za. Alhamdulilah mmg rezeki kami kot agaknye, kami dibawa berehat kat rumah Kak Za berdekatan Jeti Merang . Lepas tue,Kak Za n husband bermurah hati blanje kiteorang makan tghari sebelum meminta pekerjanya menghantar kami ke Kuala Terengganu yang kebetulan nak ke sana jugak. Utk pengetahuan korang dari Merang ke Kuala Terengganu kalau naik teksi tambangnye RM 60. So Alhamdulilah dengan kemurahan hati Kak za n Husband dapatla kiteorang mengurangkan bajet kiteorang hik..hik.. thanks Kak Za n Husband, Thanks Hasrul, Semoge Resort Korang bertambah2 maju! n Thanks gak utk bebudak pekerja Mutiara Beach Resort! Korang mmg tidak menghampakan!

Aku sertakan view2 yg menarik utk dikongsikan ngan korang. Check it out!!


Pemandangan di Jeti Merang (Air Tgh Surut)




Pemandangan dari cafe resort



Jeti Kat Mutiara Beach Resort



Boat yg kiteorang naik mase datang









Punyele clear air.. ikan pari berenang pun leh nampak.



Kat sini le kiteorang gedebushhhh!!!

Pemandangan Kat Taman Laut Redang



Deretan chelet2





Antara lokasi2 bergambo kiteorang..





Boat yang kiteorang naik mase balik ke Merang


Pemandangan Jeti di Kala Senja... chewah..


p/s: kebanyakan gambo2 diatas diambil oleh org umahku. Thanks kat org umahku utk gambo2 yang menarik.

Thursday, February 11, 2010

Suami Yang Hampeh!!!

Salam... hi korang...

Alhamdulilah.... harini selama 1 tahun 8 bulan 1 Minggu 4 Hari aku telah menjadi si suami kepada org rumahku..tidak dinafikan mmg besar tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh si suami dan isteri dalam melayari kehidupan berumahtangga namun per yang pastinya mmg indah dapat hidup bersama berkongsi suka n duka bersama pasangan tercinta. So pada korang yang tak kawin lagi cecepatlah kawin ye..aku doakan korang semua mendapat pasangan yang serasi dan bahagia tuk hidup bersama. Lai satu aku doakan korang khususnya wanita2 tak dapat suami or jadi isteri macam gambar2 yg aku sertakan. ha..ha.. hampeh!











artikel yang disalin dari post imam khalid:

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1)Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2)Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3)Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4)Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5)Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6)Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7)Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8)Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9)Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10)Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.

Tuesday, February 9, 2010

40 Kesilapan Ibu Bapa



Salam...

Hi korang.. aku nak kongsikan petikan dari buku `40 kesilapan mendidik anak` oleh Dr. Hassan Ali. Semoga anak2 kita nanti tidak menunding jari kepada kita untuk menjadikan kite sebab di atas kesalahan yang diaorang wat sebagaimana dalam `wayang gambar' seniman agung P.Ramlee `Anakku Sazali ' Check it out!

40 KESILAPAN IBU BAPA

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat (tidak menjaga adab semasa jimak).
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18.Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19.Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21.Tidak menggunakan bahasa yang betul
22.Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28.Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39.Tidak tegas mendidik anak-anak
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama


Tips Utk Menyusahkan Hidup Penjenayah



Salam..

Hai Korang... Kat Sini aku fowardkan tips2 menghalang jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM.. semoga kita semua sentiasa awas dan berwaspada ye dan jugak semoga orang2 jahat cecepatla berputus asa nak buat jahat lagi. Roger n out!

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggudiluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depanmereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuatpanggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Friday, February 5, 2010

Si Baju Hijau...

Tajuk lagu: Baju Hijau

Artist: Sanisah Huri

Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putra setia

Gagah perkasa
Bersedia
Siang dan malam
Di persada negara

Salam...

Hah.. korang pernah dengo tak lagu diatas. Lagu diatas merupakan antara lagu pebret mama aku he..he.. kalau korang meneliti bait2 lagu tue. Lagu ini mmg dicipta sinonim untuk menyanjung atau sebagai perangsang kpd anggota tentera tentera kita yang telah dan bersiap siaga bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Tapi sejak kebelakangan nie satu persatu pekong di bongkar membabitkan anggota tentera yang telah menghancurkan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Bermula dengan isu kecurian dan penjualan secara haram 2 enjin jenis FGE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Belum habis hilang kehangatan isu tersebut timbul pula bala baru iaitu semalam menteri pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi membongkar berkenaan ada kedutaan asing yang jahat cube mengorek rahsia ketenteraan negara kita melalui `orang dalam' yang tak lain tak bukan merupakan perwira si baju hijau kita.. Hampeh..Hampeh..Hampeh.. Harap kan pagar! Pagar pulak bocor bagi perampok masuk! mmg tak leh nak diharap!!!!! Wei bangkitlah perwira2 ku sekalian.. kita bukan ada negara lain lagi!! nie lah satu2nye negara kita.. kalau kita lingkup bukan ader orang lain nak bagi tumpang beb! kalau pewira2 kita yang telah terkorban dulu idup lagi, mesti meraung yerorng tgk perangai korang.. Bangkit la si baju hijau ku! Bangkit la perwiraku! Bangkit la bangseku! Bangkit la agar kita semua boleh makan kuih bangkit dengan aman dan damai tuk tahun-tahun mendatang!. Wallahualam....

Semangat! Semangat!


Marilah Menuju Kejayaan..